Thursday, July 8, 2010

Panduan Kecergasan Untuk Mountain Biker

UPDATE 09 JULAI 2010: Download "Panduan Kecergasan Untuk Mountain Biker" telah dibuka bermula hari ini! Download sekarang di http://www.rajabukit.com/ sebelum server jadi terlalu sibuk :)

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Kali ini ada berita yg baik untuk disampaikan. Bermula esok, pihak RajaBukit.com akan memberikan download percuma "PANDUAN KECERGASAN UNTUK MOUNTAIN BIKER". Anda hanya perlu melawat laman web RajaBukit.com dan mendaftar secara percuma dengan memasukkan nama dan email. Link download akan dihantar terus ke email anda.



Program ini pernah digunakan oleh pasukan marathon MTB Profesional. Ia juga sesuai untuk semua tidak kira bagaimana tahap kecergasan anda sekarang. Dengan panduan ini anda boleh:

  1. Mendapatkan kecergasan asas yang baik untuk aktiviti berbasikal bukit
  2. Menambah stamina dan kekuatan untuk kayuhan jarak jauh
  3. Menyediakan diri untuk menyertai perlumbaan, kayuhan epik atau jamboree

Jadi, kepada yang berminat lawatilah laman web http://www.rajabukit.com/ esok untuk mendapatkannya.

Pengalaman Penulis

Penulis diperkenalkan dengan program ini hampir 2 tahun yang lalu. Akibat kekangan masa, maka penulis tidak dapat menghabiskan keseluruhan program. Namun sempat menghabiskan bahagian "Base Training" selama sebulan.

Umum yg biasa mendaki Steroid Hill pasti maklum yang rata-rata rider akan menggunakan gear granny ring (depan kecil sekali) dan belakang yg paling besar. Semasa mengikuti program latihan dalam panduan tersebut, penulis mampu untuk mendaki tanpa granny ring dan melakukan 2 pusingan non-stop! Dan melakukannya menggunakan basikal Dawg seberat 14kg... Walaupun kadang2 pancit juga bila terlepas 1-2 minggu ride, masih boleh juga climb dgn granny non-stop.

Walaubagaimanapun, penulis tegaskan bahawa dakian tidak pada pace yg lebih laju memandangkan jantung (aerobic) tak cukup kuat:) Sebaliknya lebih menggunakan kekuatan kaki (anarobik) dengan pace perlahan dan lebih relak (latihan bagi tujuan ini juga disediakan di dalam panduan tersebut).

Apa yang pasti, hasil pengalaman ini meyakinkan penulis bahawa panduan tersebut memang berkesan digunakan mengikut kesesuaian kecergasan individu. Dan hasilnya berbeza, namun pasti lebih baik dari sebelumnya.

Disclaimer

Apa-apa program sekalipun, pasti hasilnya berbeza mengikut tahap fizikal dan kecergasan individu. Anda tidak akan menjadi POWER sekelip mata! Tapi, jika anda seperti penulis yg lebih suka 'leisure ride' di hujung minggu, panduan ini memang baik untuk mengekalkan tahap kecergasan asas semasa berkayuh supaya lebih relak dan tidak terlalu letih.

3 comments:

吳婷婷 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
志穎志穎 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
zackcong said...

boleh tak saya tahu dekat mana yg jual akseseri basikal yg murah sikit dekat lembah kelang ni....