Wednesday, June 16, 2010

Kenapa Tukar Basikal Besi?

Hi, bertemu lagi di post yg ke-2 selepas bertapa sekejap :). Seperti yg dijanjikan... penulis akan cuba untuk update semula blog sekerap mungkin dengan info-info bermanfaat yg boleh dikongsi bersama.

Kenapa Tukar Basikal?

Ramai di antara kita yg seringkali upgrade basikal atau tukar frame dgn pelbagai alasan. Lebih sukar sekiranya ia melibatkan basikal yg sudah sebati & telah digunakan bertahun-tahun. Begitulah dgn Kona Dawg yg telah menjadi teman di trail sejak 2006. Khabarnya kini, frame tersebut sudah berpindah milik sekali lagi, dari Serdang ke Rawang.


Kenangan bersama Dawg & kembarnya (masih belum jual)

Setiap orang punya citarasa tersendiri. Selain bentuk rupa, geometry & kesesuaiannya adalah pilihan. Bagi penulis, geometry & kesesuaian adalah pokok utama. Pengalaman sedikit sebanyak membolehkan penulis merasai perbezaan ketara bagi setiap kategori rekaan frame.

Berbulan-bulan sebelum mengambil keputusan menjual Dawg, penulis lebih banyak menghabiskan masa menunggang Fire Mountain, sebuah hardtail entry level juga dari Kona di trail yg lebih teknikal seperti Kiara & Putrajaya Challenge Park.



Kenapa Kona?

Simple! Kerana Kona mempunyai head angle yg slack (kurang 70°), membuatkannya lebih selesa ketika menuruni bukit. Harus difahami, lebih slack angle tersebut, steering akan menjadi lebih slow dan stabil ketika menuruni bukit. Ini berbeza dgn kebanyakan basikal XC lain yg lebih gemar menggunakan head angle sekitar 70°-71° utk quick steering. Insyaallah bahagian ini akan dibincangkan di post lain jika ada kesempatan :).

Satu lagi, penulis juga lebih gemarkan frame bersaiz kecil (15") & bukan 17" yg sesuai dengan ketinggian (167cm) seperti basikal pertamanya (Giant Yukon 05').

Selepas sekian lama mencuba pelbagai frame spt Scott Scale, DaBomb, Giant, Kona dll... penulis dapat merasakan terdapat sedikit kekurangan pada bahagian belakang. Walau menggunakan frame kecil, masih dirasakan terlalu panjang & bahagian belakang dirasakan tidak cukup compact. Pendek kata penulis perlukan frame yg lebih compact - besar sedikit dari BMX kot...

Dalam masa yg sama, penulis lebih banyak ride di kategori All Mountain (boleh lihat slide foto Flickr! di bahagian kiri blog ini) dan perlukan HT frame yg boleh masuk Fork sedia ada (Marzocchi All Mountain SL) dgn travel 120mm-160mm.

Dalam senarai ketika itu adalah kesemuanya Hardtail All Mountain/FR seperti Transition TransAM, Cove Stiffee FR & NS Surge.

Basikal Besi NS Bikes Surge 08'

Sebenarnya penulis lebih meminati Transition TransAM bermaterial Chromoly. Ia berbeza dgn aluminium dari segi serapan hentakan utk batu-batu kecil yg dirasakan lebih smooth. Ianya lebih berat berbanding alloy namun punya kelebihan dari segi feel seperti yg disebutkan di atas. Namun kesukaran mendapatkan harga dari dealer tempatan termasuk harga yg tinggi utk belian dari luar negara (USD599) telah membantutkan hajat tersebut.

Akhirnya penulis memilih untuk membeli NS Surge stok 08' tetapi baru dari Rhythm Imports (Australia) . Ini adalah model terlaris yg sering kehabisan, terutama model 09 ke atas kerana materialnya dipertingkatkan menggunakan Chromoly yg lebih bermutu tinggi.


NS Surge 08' bersama majoriti stok part 06' Kona Dawg!

Faktor tubing yg simple (bulat basic je) dengan siapan satu warna lebih menepati citarasa. Walau bersaiz kecil, NS menyatakan feel adalah seperti saiz 17" utk kayuhan XC. Memandangkan ianya frame Freeride... geometrynya juga berbeza. Ia boleh menampung fork dgn travel maksimum 160mm dengan head angle 66.3° (ini la yg aku cari!). Chainstaynya juga lebih pendek berbeza sekitar seinci berbanding frame XC.

Kelebihan & Kekurangan

Tiada yg sempurna ada pada setiap frame. Jadi faktor pemilihan adalah bergantung kepada bentuk tunggangan yg kita mahukan.

Jika anda lebih meminati trail seperti FRIM, Elmina atau trail XC yg lain, maka HT XC yg biasa sudah memadai. Namun bagi penulis, selain faktor keperluan berkayuh, faktor keseronokkan lain lebih diutamakan seperti menuruni lembah single trail yg sedikit teknikal ditambah sedikit drop & jump yg sederhana. Maka dengan itulah penulis memilih frame NS Surge yg walaupun dibina utk Freeride, tetapi cukup ringan & sesuai dgn setup All Mountain.

Frame ini mempunyai berat 2.75kg (saiz 15.5"), hampir sekali ganda lebih berat berbanding frame XC biasa. Namun binaan penuh masih lebih ringan berbanding mesin All Mountain Kona Dawg sebelum ini.

Perbezaan ketika menuruni bukit berswitchback lebih ketara dgn chainstay yg lebih pendek lebih memudahkan kawalan bahagian belakang. Cuma, geometry begini lebih memudahkan utk wheelie dan ianya amat dirasakan ketika pendakian yg curam, kerana bahagian hadapan lebih mudah terangkat. Fork Marzocchi dgn minimun travel 120mm jelas tidak membantu kerana selain agak tinggi, low speed compression juga kurang baik (bouncing sana sini). Namun fork ini cukup baik ketika menuruni bukit pada kelajuan yg agak tinggi.

Apa Pilihan Anda?

Adalah diharapkan dengan post ini, sedikit sebanyak dapat membantu mereka yg masih kurang faham dgn faktor geometry frame yg boleh mempengaruhi bentuk tunggangan masing-masing. Adalah cukup memuaskan sekiranya anda dapat setting satu basikal yg sesuai dgn saiz badan dan corak tunggangan anda seperti contoh basikal di bawah ini. Seksi kan?



Banyak lagi yg ingin dikongsikan penulis bersama anda, pengunjung setia blog ini jika berkesempatan. Untuk pengetahuan, satu page di FACEBOOK sedang diselenggarakan utk kita peminat-peminat mountain bike tempatan boleh berkomunikasi secara lebih ilmiah berkaitan teknik, part, trail dan lain-lain yg berkaitan dgn MTB.

Penulis menjemput semua yg berminat utk menyertai page di FACEBOOK tersebut. Jemputan akan dikeluarkan sekiranya segalanya sudah bersedia. Jadi, kunjungilah blog ini selalu utk UPDATE terkini!

3 comments:

-MASH- said...

salam.
Saya ada keinginan untuk tukar frame saya dari aluminium ke chromoly. Saya nak tanya Cik Amin, website yang mana satu yang patut saya layari kalau nak beli frame TransAM secara online?

Alimuddin Shahid said...

W'salam

Dulu ada jumpa di BeyondBikes.com, skrg dah takde... try check di google atau email diorang di http://www.transitionbikes.com/

佩芳 said...
This comment has been removed by a blog administrator.