Tuesday, June 22, 2010

Jimat Duit Upgrade & Maintenance MTB

Post kali ini adalah berkenaan benda paling penting pada basikal... tiub! Pada yg naik hardtail pasti juga selalu terpancit bila mengisi kurang angin pada tiub belakang supaya basikal tak rasa keras sangat.

Sebelum ini penulis pernah post berkaitan pembelian tiub biasa dari kedai basikal utk jimat kos. Harga cuma sekitar RM6-7 sahaja (Shredder Valve). Ada org mengatakan ianya berat, tapi jgn lupa hampir hari-hari kita pegang kertas putih 80-100gram. Ada rasa beza berat ke? Tapi itu terpulanglah pada kemahuan masing-masing.

Selalunya bila pancit, kita kadang-kadang akan tampal. Ada juga yg agak berduit tu, tukar buang terus! Bagi yg nak jimat, ini penulis nak bagi satu tip terkini...

Lihat foto di bawah ini, kiranya boleh kenal ke dgn tape warna hitam tu?



Ini merupakan tampalan teknik terbaru yg aku guna. Koyak & tampal saja. So far dah dekat setengah tahun guna tiub macam ni. Mula-mula ada juga keluar angin selepas beberapa hari, tapi selepas diulang pam setiap kali - lama-lama dia jadi normal macam tiub biasa.

Kalau nak beli set tampal yg baik pun ok, cuma ada lagi cara yg lebih murah! Beli set utk mekanik seperti di bawah ni. Kira berjanggutlah nak habiskan! Harga cuma RM10 sekotak termasuk gam. Kertas pasir beli je di kedai hardware RM1-2.



Nak Tukar Fork Ke?

Satu lagi dilema yg sering melanda mereka yg baru berjinak-jinak dgn kayuhan offroad, terutama yg melibatkan descent(downhill) yg agak kasar - maka jam-jam tu juga rasanya nak tukar fork!

Tapi fork bukan barang murah. Salah beli tak puas hati & tukar lagi. Dan bukan pula semua org poket jenis gemuk, yg berat dgn syiling adalah :)

Untuk itu penulis kongsikan beberapa tips awal yg boleh dicuba dulu terutama mereka yg masih menggunakan fork entry level spt Dart, Spinner, XCM dll:

  1. Try loosekan sedikit siku & lutut juga genggaman pada grip. Guna sendi-sendi tersebut sebagai extra suspension yg membantu menyerap hentakan. Ini boleh mengurangkan kesan hentakan pada bahu & lain-lain bahagian badan.

  2. Jika anda punya berat badan jenis heavyweight (sekitar 75kg keatas), cuba gunakan saiz tayar yg lebih besar seperti 2.3 berbanding saiz asal 1.95, 2.1 atau 2.2. Ini akan memberi lebih kusyen pada basikal & perjalanan akan dirasakan lebih smooth.

Mungkin ada yg mengatakan berat & sekali lagi tip ini bukan utk semua org. Pokoknya, jika anda tak cukup fit, tayar kecil mana pun akan tetap tolak naik bukit :) Alang-alang tolak, biar puas turun!

Bila dah ambil keputusan utk tukar tayar besar, tiub lama masih boleh digunakan. Ini kerana walaupun tiub itu mungkin tertulis saiz 1.95, tetapi ia boleh cukup kembang utk tayar yg lebih besar.

5 comments:

Tak puas hati? said...

Nice blog! Insyallah will drop in frequent for any usable infos. :)

Aku dan Basikal said...

idea yang menarik. tq.

Jom join kayuhan Belia di Kuala Selangor Layari http://akudanbasikal.blogspot.com/2010/06/kayuhan-belia-di-kuala-selangor.html

Dean said...

ASM,

Saya tinggal di Puchong and now have a small group of MTB riders. 5 adults (avg age 40) and 3 kids (anak2 kami).

It would be nice if we can join you in your ride. Would prefer a small group. Last week we went to Putrajaya, PICC - Jenderam trail. Biasa2 Hutan Ayer Hitam Puchong, Lestrari.

Kalau boleh contact saya at tengkush@yahoo.com

Alimuddin Shahid said...

@ Tak puas hati? :)
Terima kasih singgah...

@ Aku dan Basikal
Tu dah dkt dgn kg area sabak bernam

@ Dean
Check email tuan... maybe boleh ride sekali kat Puchong tuh :)

Zulhilmi said...

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana mengwujudkan blog ini..amat tertarik..Soalan saya:

1. saya baru nak mula berjinak2 dgn sport ini.. apakah jenis basikal yg sesuai dengan saya..lingkungan harga basikal dan setting basikal yg sesuai..berat badan 75kg tinggi 172cm..thanks