Wednesday, June 30, 2010

Dakian Non-Stop vs Mental

Salam pengunjung blog sekelian :)

Merujuk pada tajuk post di atas mungkin rata-rata sudah maklum - ia antara perkara paling dibenci tapi dibuat juga berulangkali. Dah nama pun basikal bukit, bak kata seorang teman, "Takat nak relak2, baik main chess!"

Malangnya tak semua yg ada basikal bukit tu, larat naik bukit pun. Sebahagian terjebak kena 'racun'... yg lain pula 'ter'join atas 1001 sebab yg lain. Tapi dah pegang basikal bukit, kena juga naik bukit!

Post kali ini mungkin sesuai bagi mereka yg baru berjinak-jinak dgn MTB atau yg masih cuba utk melakukan dakian bukit panjang yg pertama secara non-stop. Kita ambil contoh mudah 'Steroid Hill' di FRIM. Bagi yg diluar KL, ambil saja mana-mana bukit dgn ketinggian lebih 200m dgn jarak dakian minima sekitar sebatu atau 1.5km.

Penulis pertama kali mendaki 'Steroid Hill' sekitar tahun 2005 & berjaya melakukannya NON-STOP! Tapi tak semudah yg disangka pun :) Pernafasan cukup huru-hara. Nasib baik pada tahun tersebut, tidak terlalu ramai yg mengunjungi bukit ini. Jadi walaupun slow, selalunya takde org tengok & potong pun :) Tapi pernah juga sekali kena 'tapau' dgn uncle umur 50... Walaupun begitu, point post ini adalah utk mendapatkan 'base fitness' sebelum 'push' ke tahap seterusnya.

Seperti kebanyakkan rider beginner lain masa tu, penulis hanya berbekalkan satu hardtail 8spd (Giant Yukon), Helmet IronMag (besar giler), Spek Hitam pasar malam, Jersey Bola MU Siam & kasut beli kat Giant! Tengok kat bawah ni...


Hari2 awal di Frim, 2005

Untuk pengetahuan, penulis bukan atlit & tak pernah dapat pingat dlm acara sukan sekolah. Basikal pun nasib baik tidak terbeli Lerun setelah disergah dgn seorang kawan supaya pergi jenguk kedai KSH Taman Tun.

Dipendekkan cerita, berikut adalah apa yg penulis lakukan utk dakian pertama tersebut. Teknik yg sama juga telah digunakan kemudian utk mendaki terus dari Steroid Hill ke Helly Pad/Mango Hill/Salem secara NON-STOP! Sesuatu yg jarang dilakukan oleh mana-mana rider yg mengunjungi FRIM.

  1. Kunci utama adalah mental - ini sahaja yg ada pada orang yg tak larat. Dan dari sini datangnya target.
  2. Sebab dah tak larat, maka kayuhan adalah yg paling slowwwww... terus guna gear yg paling ringan.
  3. Utk melakukan non-stop bermakna tidak boleh berhenti! Jadi kayuhlah paling slow, tidak perlu push utk laju. Yang paling penting - pusing crank tu satu, satu dgn segala kudrat yg ada.
  4. Bila sudah terlalu slow, kadang2 speed meter pun tunjuk 0km/j... maka imbangan pun kelam kabut. So, pusing hendal ke kiri kanan utk imbangan. Lainlah pada yg dah master teknik 'track stand', maka relak je la.
  5. Muka kena tebal & buat tak tahu saja! Maklumlah dah slow, maka adalah yg potong. Biarkan & tak perlu kejar... layan diri je.
  6. Tak payah kira masa. Ambil masa selama mana pun asalkan crank tu pusing & tak berhenti. Pejam celik, sampai juga ke puncak nanti.

Yang penting adalah menghabiskan dakian tersebut sekali harung. Selepas itu bolehlah membuat penilaian apa yg boleh diperbaiki. Mungkin, bila sudah berjaya maka keyakinan pada kemampuan diri sendiri akan bertambah. Kalau kali ini purata kelajuan adalah 5km/j, next time boleh try 6km/j pula dan begitulah seterusnya.

Mungkin juga boleh adjust mana-mana setting yg patut utk memudahkan dakian seperti menukar stem yg lebih panjang dll. Anda boleh juga bereksperimen dgn gear yg sesuai, bergantung kepada tahap kecerdasan diri.

Aerobic vs Anarobic

Mungkin ramai yg tidak perasan perkara ini. Ianya berbeza bagi setiap orang. Sebagai contoh di antara Lance Armstrong & Jan Ulrich - 2 ikon rider utama di Tour de France.

Bagi Lance Armstrong, beliau biasanya akan menggunakan gear yg lebih ringan tetapi kayuhan yg lebih laju. Ini kerana Lance mempunyai kelebihan dari segi Aerobic (jantung). Manakala Jan Ulrich sering menggunakan gear yg lebih berat kerana punya daya Anarobic (kekuatan otot fizikal) yg lebih tinggi. Dapat bezakan?

Yang Mana Satu Kekuatan Anda?

Ini anda kena rasa sendiri. Bagi kebanyakkan yg pernah menjadi atlit seperi larian jarak jauh, mereka pasti punya kelebihan dari segi aerobic. Bagi yg seperti penulis, bukan atlit, maka secara dasarnya akan ada kekurangan dari segi aerobic.

Bila berkayuh laju, atau menggunakan gear ringan terlalu laju, maka akan cepat habis angin. Jadi antara penyelesaian yg boleh dilakukan ialah latihan utk kekuatan kaki atau anarobic. Teorinya adalah dengan menggunakan gear yg lebih berat tetapi kelajuan kayuhan yg sederhana. Maknanya kita akan kayuh lebih berat ketika climb, tidak terlalu laju tetapi akan rasa lebih relak, jimat tenaga utk jangka masa panjang.

Dlm kebanyakkan kes, tidak perlu berlumba atau kejar mereka yg potong anda. Mungkin mereka punya kemampuan aerobic yg tinggi & mengejar mereka akan hanya membuang masa & menghabiskan tenaga & angin anda.

Tapi diingatkan bahawa tip ini tidak sesuai utk semua orang. Ia bergantung kepada kemampuan individu yg berbeza.

2 comments:

KeLoLo said...

Don,

Lasat nko. Sampai ada peminat dari Beijing. Nko tahu baca mandarin ke?

Ha, aku hanya mampu berkayuh "senapas" naik steroid hanya selepas hampir 2 tahun berusaha.

Tips nko memang berguna untuk yang bukan atlet (macam aku). Kalu boleh ditambah sikit, jangan mendongak tengok puncak semasa mengayuh. Jarak puncak yang masih jauh akan "membunuh" mental dan mengajak kita berehat di tepi trail...Tengok ke depan sikit saja daripada tayar depan...

Alimuddin Shahid said...

Haha... org beijing ni mmg suka post yg bukan2.. penat da nak delete!

Betul tu lupa nak taruk... tgk tayar depan je hehe