Thursday, January 14, 2010

Basikal Besi dari Australia

Ini basikal besi, bukan aluminium. Nak Chromoly budget limited... Apa beza Steel dan Chromoly? Mana nak letak bottle cage ni? Huh... Memang takde tempat nak letak!




Dawg dah jual. Owner baru sekarang sedang bergembira membelai spring Vanilla rear shock. Still tak boleh ride, fork takde. Apa barang dawg pakai RS DART?

Fork aku tak jual. Bike XC Fire Mountain tiada masalah, cuma selalu pancit bila downhill langgar batu. Aku malas sikit nak pilih line!

Aku nak yang lebih simple, boleh run 140-160mm fork, tetapi hardtail! Boleh freeride tapi cukup ringan untuk All-Mountain pasal aku kayuh XC tak laju. So, steel/chromoly material paling baik. Ada 2-3 pilihan, Cove Stiffee FR, Transition TransAm... semua kedai tak jual. Kedai sibuk jual basikal aluminium dipateri di Taiwan.

Basikal kuning ini sudah belayar dari Australia ke Malaysia. NS (NorthShore Tested) Bikes Surge 08. Sampai di malaysia terus dibelai kastam secara lembab, banyak kaunter semua kena pergi untuk cop borang berkeping-keping salinan sambil di bantu oleh pekerja tua yang hisap rokok dikaunter.

Basikal besi mesti lebih berat... Dekat 3kg. Jadi kalau ada yang potong aku di mana-mana trail, bukan pasal dia laju... tapi basikal aku yang berat!


Read more...