Monday, October 5, 2009

Ghostrider Berlatih Kembali

Ghostrider buncit kembali. Kepayahan berbulan-bulan menyusutkan diri secara natural telah hancur dalam dua minggu. Enam bulan yang diperuntuk untuk nyahkan 10kg tampak sia-sia. Hapus hanya dalam 2 minggu.



Usus dan salur darah Ghostrider kembali berminyak. Minyak Mazola, Sawit dan sebagainya adalah tinggalan dari gumpalan rendang, gulai, kari, masak itu dan ini. Bahaya minyak ini, ia mampu menyumbat saluran air sebuah apartmen. 'Special Chemical' boleh diguna untuk meredakan kesesakan. Tapi manusia boleh mati jika minum chemical ini, termasuk Ghostrider. Tiada jalan pintas. Dia perlu berlatih kembali.

Ghostrider jadi rajin. Beberapa hari sebelum bertemu puaknya, dia sudah dulu pusing crank. Hari pertama bertemu dia, aku nampak dulu perut dia, baru aku nampak muka dia. Dia kayuh steady 2 round kriterium. Peluh berminyak lalu menguasai permukaan luar tubuh badannya. Beberapa detik rehat di Z&K, selepas lupus 2-3 gelas air, dia sedut rokok satu batang. Sepengetahuan aku, asap adalah diet specis hantu jin. Tapi dia ada kurang hisap rokok, kira satu pencapaian.

Hari lain di'set' untuk puak lagi ramai. Tak ramai pun cuma 3 orang. Selain aku dan dia, lagi satu adalah sarjan nama macam cerita P. Ramlee.

Ghostrider bikin gegar. Lap pertama terus tarik 25kmj. Kira lajulah ikut standard kami, calon juara mukim. Kami tak minat jadi juara dunia. Tiada lagi nikmat jika naik basikal sponsor. Ghostrider cukup steady, aku kasi ruang dulu 3-4 tiang. Sarjan cucuk angin dia. Mesti best, sebab saiz lebar badan dia cukup untuk cover angin sarjan.

Masuk lap kedua, dia kasi sarjan lead. "Oh biasalah, kasi tukar pulak, bukan apa-apa", hati besar aku terdetik. Tanpa warning tiba-tiba prestasi dia menurun secara mendadak. Lalu aku berjaya mengiring tepinya, lantas dia menunjuk-nunjuk bahagian perutnya. Aku potong dan kejar sarjan di depan. Meter murah sudah tunjuk 30kmj. Masih tidak boleh jadi juara dunia.

Sesekali aku menoleh, tiada lampu kucing kelihatan. Mungkin bateri 'kong'. Dia di belakang tadi, dan di depannya ada simpang jalan 'ayam'. Mungkin dia masuk situ untuk ternak 'ayam' di simpang satu lagi.

Telahan awal memang tepat. Memang betul dia menjenguk ternakan 'ayam'nya. Tak apalah. Cukuplah 2 lap, "Mari kita lepak di Jazee!".

***

"Tadi aku makan nasi ayam", kata Ghostrider.

"Tiba-tiba ayam tu cucuk-cucuk perut aku, menyesal aku makan tadi", sambungnya lagi.

Aku order 100 plus, roti telur, separuh nasi goreng ayam sarjan & mee segera sup. Licin. Aku bersandar diam sampai habis sesi.

2 comments:

KeLoLo said...

Hah...Ghostrider sudah lepas dari rantaian. Tapi...The Don masih unggul.

Bila nak ride sesama nih. Dah lama dah...(macam biasa dengar plak)

said...

感覺很好的blog,祝你開心喔........................................