Tuesday, June 9, 2009

Pulau Meranti Epic Part 2

Perjalanan diteruskan demi mengembalikan zaman kegemilangan sebagai 'Photostunt' tidak terkemuka tanpa sebarang pendapatan. Berkat kesabaran akhirnya ketemu suatu latar unik ala 'Mountain Bike UK' di ketinggian lebih 300kaki dari paras lutut.



Perjalanan asal yang dirancang sepatutnya berlanjut di trail antara dua highway. Tetapi manusia itu memang lemah dari segi perlaksanaan. Akhirnya tersasar ke puncak yang sebahagian besarnya sedang dibinasakan oleh 'tangan-tangan' manusia atas dasar pembangunan.



Apapun, latar 'Bukit Batu Hitam' serta rerumput kekuningan ini cukup sesuai untuk 'posing' ditambah dengan cuaca suam-suam jerebu, tampak seperti kabus.





Hari harus menjadi semakin panas tanpa jerebu. Perjalanan berpatah-balik menuruni Bukit Batu Hitam ini terlalu menonggeng, dan itu menjadi punca untuk dua kaum menolak turun. Perjalanan seterusnya kembali pada perancangan asal; mencari trail di antara dua highway. Sepatutnya ia berhampiran sebuah pusat jagaan pokok/bunga.

Akhirnya ketiga-tiga kaum itu sampai di pemuka trail, lalu memilih untuk masuk melalui jalan belakang yang tampak lebih mencabar. Kesudahannya... tolak dan mendaki! Dan kami berakhir di puncak bukit yang salah, jalan mati.

Namun kami masih hidup, lalu menggunakan sisa-sisa tenaga yang ada lalu mencari jalan turun. Laluan tersekat, seolah-olah kami dinafikan kebebasan untuk keluar sesudah memasuki kawasan itu. Demi keselamatan nyawa, kami usahakan juga untuk keluar dengan apa cara sekali pun. Kami berjaya!



Tidak jauh dari situ, terdapat satu laluan ke sebelah kiri. Si Jawa memutuskan untuk mengintai laluan yang akhirnya berjaya menemukan doubletrack di antara dua highway. Ini yang dicari sebenarnya, laluan sepanjang hampir dua kilometer pergi dan balik berdasarkan Google Earth.





Lorong masuk ke kawasan ini sebenarnya dilarang untuk sebarang aktiviti kerana merupakan laluan kabel bervoltan tinggi. Namun kawasan persekitarannya sudah menjadi tapak penanaman rumput komersil dan terdapat juga sebuah kandang kambing.



Setelah menghabiskan masa disekitarnya kami berpatah balik untuk kembali ke Putra Perdana. Satu-satunya laluan yang dipilih adalah melalui Kilang Bas berhampiran, tapi di lorong masuk yang berlainan dari lorong keluar.



Kami pilih jalan senang, tarmac all the way. Tapi di depan itu terdapat pagar tertutup, namun ada sedikit laluan bukit kecil bersebelahan. Daki saja, bukan tinggi pun. Memang tak tinggi pun, tapi ada anjing! Berlonggok-longgok anjing keluar dari lubang-lubang kediaman seperti filem 'Planet of the Apes', lalu mengejar Si Jawa yang di depan sekali. Si Jawa cuba mengeluarkan kaki untuk menyepak lidah anjing yang terjelir digenangi air liur meleleh. Tapi kakinya tiba-tiba tersangkut pada clipless pedal AtomLabnya tanpa dapat dikeluarkan, sedang anjing-anjing itu semakin bernafsu untuk mencium RD Shimano XTnya!

Setelah puas berborak beberapa meter secara kasar dengan anjing-anjing tersebut, akhirnya anjing bajingan itu mengalah kerana gagal mendapatkan RD Shimano XT 06' itu secara percuma. Dua lagi kaum terkemudian sudah awal-awal lagi 'chicken out' dan masuk highway lalu bertemu semula di pintu utama tadi.

Dipendekkan cerita kerana penat menaip, kami masuk ke trail pepohonan getah bersebelahan Kilang Bas menuju jalan pulang. Dari getah ke sawit. Dari sawit mendaki laluan baru sebelum berpatah balik downhill menggigil beberapa meter. Downhill ini tidak sesuai untuk hardtail, tanyalah satu kaum itu yang sengal bahunya.



Kami akhirnya keluar di singletrack berhampiran. Sempat juga dua kaum dari mereka menjengah satu lagi singletrack berhampiran. Ianya dipercayai dapat menemukan laluan yang keluar di ladang sayur berdekatan, akan dicuba lain kali.



Laluan pulang ke Putra Perdana adalah doubletrack terbuka yang akan merentasi ladang sayur sebelum keluar di kandang ternakan lembu berhampiran highway dan tasik.



Laluan lapang ini sesuai untuk kayuhan rekreasi santai ini berakhir di satu sign, namun kami gagal menjumpai 'sniper' terbabit!



Dan akhirnya jerebu-jerebu itu hilang, lalu kami pulang dengan wajah yang sedikit terbakar pada kepanasan jam 12 tengahari.



Putra perdana mungkin menjadi satu-satunya taman di Benua Dengkil jajahan Sepang yang menyediakan singletrack di tepi-tepi jalan utamanya.

4 comments:

HaidilMustafa said...

Wakakaka..mmg satu garapan yg best la Don..kekeke...The best part is "Dua lagi kaum terkemudian sudah awal-awal lagi 'chicken out' dan masuk highway lalu bertemu semula di pintu utama tadi" & "Laluan lapang ini sesuai untuk kayuhan rekreasi santai ini berakhir di satu sign, namun kami gagal menjumpai 'sniper' terbabit"..coz aku blh tersengih sorang2 depan PC..wakakaka

Haitsan said...

jom ajak kaum-kaum yang lak layan bergambo kat trail-trail nie... huhuu..

heero yui said...

gambar power, trail power, camraman power dasat dasat

Alimuddin Shahid said...

@Haidil
Sekali2 jgn lupa tmpt tinggal anjing tuh :)

@ Haitsan
Nanti lain kali blh repeat, masuk jln2 baru...

@Heero
Itulah hasil kerjasama antara kaum :)