Tuesday, May 26, 2009

Training di Malam Keliwon

Siri latih kayuhan bersama 'Ceplos' di malam2 'Keliwon'. Menurut lagenda, sesiapa yg mati di siang Keliwon, harus dijaga kuburnya di malam hari. Dibimbangi si mayat akan menjadi mangsa pembuat 'Minyak Dagu'. Begitulah setan menyesatkan manusia, khurafat sungguh!

Kayuhan menjadi saksi beberapa peristiwa2 pelik di malam Keliwon:

1. Pengayuh dari mereka bertaraf 'artis' akan menguap2 setiap kali tiba di puncak bukit. Mungkin sebagai pembayang betapa boringnya kayuhan di malam Keliwon.

2. Anjing pada malam jumaat tidak aktif mengejar kerana tidak mampu lari akibat sedang berjimak, sedang anjing2 yg lain pakat duduk keliling, sama ada mahu cover atau skodeng.

3. Pekerja kedai mamak akan 'blur' tentang waktu kedainya beroperasi. Kami sempat singgah satu kedai mamak di Cyberjaya. Jam sudah 11.50 malam. Mamak itu menunggu dgn penuh sabar di meja utk mengambil pesanan, sedang kami cuba parking basikal.

Aku: Mamak, sini tutup pukul berapa?
Mamak: Pukul 12.00
Aku: Huh???.....

Tuesday : Dapat check dari US, tak buat apa2 pun. Terima kasihlah pada yg rajin beri duit!



Wednesday : REST

Thursday : 1 jam 24.57 mins MTB onroad from Pulau Meranti to LDP highway. Betul2 kerja gila. Terpaksa memecut di tengah2 hiway sambil diapit oleh deruan2 kenderaan besar dikiri kanan! Malam ini juga paling byk anjing2 yg mahu bersembang sahut-menyahut sambil berlari2 anak dgn empunya 2 roda (Dst 27.54km, Av 19.4, Mx 43.5)

Friday : REST

Saturday : 1 jam 47.10 mins MTB onroad from Putra Perdana to Cyberjaya (MMU) to Pulau Meranti (Dst 29.09km, Av 16.2, Mx 54.5). Keseluruhan 3 climb sebelum berehat di puncak hentian tepi hiway baru nama apa ntah... MEX?

Sunday : Recce trail di petang hari on motorbike. Kolam pancing, jalan pembinaan, kandang lembu & tahi2nya, pokok durian, singletrack kebun sayur bla bla bla...

Monday : 0.38.24 mins MTB onroad from Putra Perdana to Bukit Puchong. Kayuhan untuk makan ikan kembung masak pedas sambil buat recovery ride kononnya. Hampir bertembung dgn pakcik kapcai ketika sedang super rempit turun yg tak berapa bukit pun! (Dst 13.48km, Av 20.9, Mx 41.0)

Jumlah keseluruhan kayuhan 229.91 mins 70.11km

2 comments:

abuomar said...

salam,
apa maksud malam keliwon tu?

Alimuddin Shahid said...

Salamun Alaikum

Keliwon dari bahasa Jawa, merujuk kepada malam tertentu berdasar kepada pengiraan hari/bulan... lebih difahami oleh generasi di kampung2 terdahulu - biasa juga difaham sbg mlm berhantu

Jazakallah Khair