Wednesday, November 5, 2008

Gegar Lutut di FRIM

FRIM 02 November 2008 - 20 orang rider telah membuang masa di FRIM. Satu kejayaan tercipta kerana berjaya mengurangkan masa kayuh & melebihkan rehat sambil menghisap rokok menanti rakan2 regroup.







Ride dipenuhi dgn photographer (paparazi @ papa jahat?) & aku kantoi lebih gelak dari kayuh!



Akhir2 ini malas sudah utk menembak photo, sudah tersiar segala hasil rakaman lensaku di blog ini pun. Aku menantikan aksi2 ride yg lebih 'fantastic' selain memegang hendal bar sambil tersengih seperti ride sambil tangan memegang wheelset atau cassette, maka aku sanggup utk menembak photo & menghabiskan Kodak cap Fuji yg sudah diconvert ke SD card.

Trail Gegar Lutut

Minggu sebelumnya aku ter'spot' 2 jogger keluar dari satu laluan kiri pada penghujung Rover Trail. Itu pertama kali kulihat pengguna melaluinya. Akhirnya, minggu ini semua telah masuk haluan kiri didahului Atuk yg berkebetulan telah pernah menjelajahi. Tapi ada 2-3 rider laju tak ingat org yg tak merasa sebab terlajak keluar Rover laju sangat! (itulah, kan dah kena tunggu... ha ha ha).



Ini bukan trail utk semua orang, tapi satu yg aku suka. Teknikal yg buat aku sibuk & bukan hi speed (kelajuan boleh membunuh - amaran oleh Kementerian Pengangkutan). Roots & drop berselang-seli. Braking & handling cukup kritikal. Drop hampir setiap satu akar yg melintang sedalam 1/2 - 1 kaki. Cukup utk 'endo' jika salah kedudukan badan. Mungkin pada yg empunya fullface, boleh guna trail ini utk uji kekuatan helmet bila jatuh tersembam. Rider hardtail perlu kerja lebih, sedang rear travel aku pun sudah habis dimakan. Tinggal lagi fork hanya run 120mm dari full 160mm.

Ending cukup menyayat kerana perlu dukung basikal sambil pegang tali menuruni bukit. Seperkara, trail ini sebenarnya dilarang mountain biker melaluinya. Mujur tiada kelibat 'jaga', maka dapat mengakhiri tanpa gangguan.





Hampir pukul 12 tengahari baru climb Steroid Hill. Begitulah slow & lamanya lepak. Tidak jadi hal pun sebab semuanya kaki lepak. Habis ride lepak lagi minum 2-3 gelas sampai pakcik kedai melayu itu pun pening nak hulur gelas.





Betul2 lepak hingga berakhir hampir pukul 2 petang. Kayuh sekadar 1 jam setengah & tamat pukul 1.30??? Lepak = 3 jam??? Gelaklah, jangan tak gelak.

Total Riding Time : 1.35.02
Distance : 16.83
Averange Speed : 10.6
Maximum Speed : 44.0

Sebahagian gambar adalah dari 2 site berikut:
http://biawaktasik.multiply.com/photos/album/232/ride_frim_kepong
http://projectrudy.net/blog/?p=753

5 comments:

Taufik said...

Menarik. Hope I can join you, later.

Alimuddin Shahid said...

Silakan, lebih ramai dialukan

Corey said...

bro...ada sebab kenapa trail ini dilarang....kita sebaga mtb'ers patutnya respek with nature...trail ini tempai research anai2.....dan sebab itulaaah mtb dilarang masuk....

flatfinger said...

huhu..kalau Ahad roger2x la...Sabtu tak dpt psl keje...

Alimuddin Shahid said...

Corey - Yup! setuju... sekali dah cukup, mmg byk pot utk kaji selidik dlm tuh.

Flat - InsyaAllah, ahad ni Tg Malim. ROP pi sabtu tido dlm hutan