Monday, November 10, 2008

Cross Country Taman Mas - Banting

Tak tahu pun Klang begitu hampir, hanya 18km dari trailhead. Hari ini (09/11/08) sejumlah 14 rider turun padang ke Taman Mas Puchong/Sepang. Pada mula diingat sebagai Pulau Meranti, walhal dua kedudukan bertentangan.



Majoriti laluan adalah kebun kelapa sawit dengan sebahagian descent yg agak bumpy, pun begitu tidak punya climb yg panjang. Guide - Micheal explain yg laluan akan merintasi 2 perkampungan orang asli.



Walau sekadar sawit, penat juga jika ride non-stop. Bagusnya kerana rimbunan daun sawit sedikit menyejukkan cuaca yg terang panas. Climb? Hanya satu yg steep tetapi pendek, cukup pendek. Selainnya hanya kadar naik turun yg minima. Dengan kata lain, trail ini juga sesuai utk beginner yg mahu menjinakkan diri menternak mountain bike.





Lepas satu perkampungan orang asli, akan menyusul satu lagi perkampungan, laluan satu pusingan sebelum berpatah balik.







Huh! sampai Banting?

Sungguh tidak sangka sebenarnya, laluan akan merentas jauh ke tempat orang. Terdapat papan tanda jelas yg kami berada di perkampungan orang asli, bukan di Puchong tapi sudah menyeberang ke Banting. Dan papan tanda itu menjadi mangsa keghairahan mountain biker bergambar, tak sangka sampai ke Banting.



Dari situ semua loop satu round kampung sebelum berpatah balik & keluar melalui laluan masuk tadi. Walau cross country, tidak semsti mudah. Hakikatnya 3 rider telah berhenti sekerat jalan sebelum berpatah balik.

Total Riding Time : 1.45.53
Distance : 27.03km
Average Speed : 15.3km/h
Maximum Speed : 33.0km/h
Calorie Burned : 293.9 (tak cukup utk menguruskan badan sebab lepas ride makan byk pula di Mamak)


Download Slide Images : http://www.slide.com/s/WFSKBEg4yT-H3ulGmjsfLLvmyUREsv0T?dir=-1

5 comments:

Taufik said...

Wah menarik tuh. Ada simpan trail nya? Kalau ada, saya berminat untuk try lah. 27km tuh oneway or return?

Alimuddin Shahid said...

Takde GPS nak record la bro... 27km 1 loop pergi balik, next time kalau ada ride lagi boleh join

Riezal said...

best tu bro.. harap next trip dapat join korang..

Alimuddin Shahid said...

Boleh... takde hal, dialu2kan

Taufik said...

if you can burn 293.9 calories daily, you can reduce weight 1kg in a month.