Thursday, October 30, 2008

Mountain Bike Joke - Mini Pump

Sudah barang trend atau keperluan utk carry mini pump jika berkayuh offroad. Soalnya, adakah ia perlu? Aku sendiri sudah melupakan adat resam mountain biker ini. Ada kemungkinan ia sesuatu yg sia2.



Contoh paling mudah ialah bila seseorg mountain biker itu 'pancit' semasa climb. Tidak pernah kulihat ia menggunakan mini pumpnya utk menambah kapasiti atau isipadu angin dalam badan, sama ada melalui hidung atau pun mulut. Setiap kali pancit, mesti turun & tolak. Tidak sekalipun disentuh mini pump yg dibawa ke hulu ke hilir dlm hydration pack.

Satu mini pump juga punya kadar berat beberapa gram. Buang ia agar kayuhan lebih ringan, lambat sikit pancit. Boleh guna sahaja mini pump rakan2 yg lain.

Cara2 Mempraktikkan Joke Ini Dengan Berkesan

1. Cari rakan kayuh yg lebih poyo dari anda tapi suka bawa mini pump.
2. Bawalah rakan itu ke trail yg punya bukit & anda pasti dia akan pancit di situ.
3. Racun rakan anda dgn apa cara sekalipun supaya dia bersemangat utk climb dahulu.
4. Ekori dgn sabar dibelakangnya. Tunggu sehingga beliau 'pancit' lalu turun dari basikalnya & mula menolak. Bila tiba detik ini, anda terus bertanya;

Engkau: "Apasal Bro, tolak pulak?"
Mamat Pancit: "Aku pancitlah, tak larat dah ni!"
Engkau: "Oh, kau ada bawak pump tak?"
Mamat Pancit: "Ada"
Engkau: "Meh bagi kat aku. Aku boleh tolong pump balik angin kau tu!"

Nota: Barang diingat, kali terakhir joke ini dipraktikkan, 2 sahabat baik tidak bertegur suku purnama. Pastikan rakan anda boleh berlawak.

0 comments: