Wednesday, October 15, 2008

Hummer H2 vs Jeep Cherooke

Apa yg kita minat tiada kena-mengena dgn org lain. Unik. Pedulikan pada yg kutuk, "Apa la kau punya taste?". Biasa juga kita dengar org yg kutuk itu akan cerita barang pilihan dia yg baginya lebih best! Sama macam dia, kita juga kadang2 akan kata balik dlm hati, "Itu kau kata best? Apa la kau punya taste!".

Dlm byk TV series, aku meminati CSI. Dari 3 siri yg ditayang, aku paling tertarik dgn CSI: MIAMI. Bukan pasal ada bikini! Tapi imej yg berbeza, stail tersendiri, high contrass, bright color bla bla bla. Paling unik sebab department itu guna kenderaan rasmi: HUMMER! Character hero Horatio Caine juga menarik. Tua & tak hensem tapi kool. Lagi kool bila dia naik Hummer kejar penyangak. http://www.hummer.com/



Nampak macam best kalau parking atas bukit dgn ada mountain bike di belakang. Bila aku survey, rupanya enjin 3.7l. Kiralah berapa byk minyak mahu suap. Lagi terkejut bila aku survey nak cari 2nd hand. Mak ai!!! Sebijik 500k++. Macam mana boleh jadi kereta polis ni? Setengah juta? Mahu bankrap kalau diperuntukkan di Malaysia! Lagi malang, Jumaat lepas. Habis jemaah di Masjid Saydina Umar Plaza Damansara, tiba2 sebuah Hummer silver lalu depan mata. Sayup. Macam lihat sebuah banglo sedang berarak atas jalan. "Abang, boleh tumpang tak?".





Tutup buku & lihat saja. Tapi aku ada kenderaan back up yg jauh lebih murah. Since aku tiada loan kereta atau motosikal, basikal jauh sekali, maka menerawanglah mencari model2 yg diminati. Sampai noktah ke Jeep Cherokee. Yg ini model 2nd hand byk. Sebahagian boleh dapat kurang 20k dgn 2.5 liter engine. Boleh make-up lagi. Apa enjin boleh masuk? Mungkin kena tanya member2 dari Tanjung Malim. Sana banyak peminat 4x4. Inilah aku punya taste! Nak beli, famili pula perlu pula MPV... errrr...



5 comments:

Riza said...

Don, sekarang boleh dapat 12k ajer. Aku pun lama dah minat, tapi kena rajin maintain sebab barang lama.

Riza said...

Don, sekarang boleh dapat RM12k ajer. Aku ada jugak terfikir nak pakai, tapi last2 pickup senang sikit nak angkut basikal. :)

Satu lagi benda ni barang lama, kena rajin antar bengkel nak maintain.

Alimuddin Shahid said...

Ya betul tuh... akan masuk dlm kira2 segala maintenance. Masalahnya design kereta baru skrg takde yg mcm ni... Dulu ada member pki rover, tukar suspension je dah abih 5k hahaha sebijik basikal tuh, high end!

Riza said...

Kira ok laa, sebab bayar murah tak payah berhutang lagi. Bayar 12k dapat keta, bulan2 tak payah risau installment. Save duit untuk maintenance ajer. Pas tu tukar component ori tahan lama sikit, tak macam kereta local.

Kalau beli kereta baru mau sakit kepala bayar bulan2, pas tu maintenance lagi.

Alimuddin Shahid said...

Boleh cash yg bagus tu... tak payah hutang. Setuju sgt!