Sunday, October 26, 2008

Blog Mountain Bike #1 di Google

Sebagaimana boleh dilihat, transformasi 2 template dlm seminggu. Tukar selera mungkin kerana bosan, tidak byk ride. Kali terakhir berkayuh, aku berjaya menghabiskan semua "angin" di penghujung Rover trail Frim. Walau pancit, masih mampu utk mengharamkan penggunaan "granny ring", kira ok lah.

Terkini, satu blog jiran kelolaan aku: http://republicofpuchong.blogspot.com telah rank #1 di Google utk keyword "Republic of Puchong". Ironinya, tiada siapa akan search term tersebut, sedang blog itu juga masih belum punya sebarang Page Ranking (PR).



Blog alimuddin.blogspot.com pula rank #8 di Yahoo utk keyword "mountainbikeaction". Namun bagi search term "mountain bike action", blog ini lenyap ke belakang. Jika di Google, utk search term yg sama, anda boleh temui link ke blog ini melalui listing #2 iaitu dari BlogCatalog.com.

Persaingan byk bergantung kepada saingan kepada keyword tertentu. Republic of Puchong punya saingan terlalu minima. Mudah utk melonjak ke #1. Harus diingat, tiada guna utk listing #1 jika tiada sesiapa search nama tersebut dgn kata lain, tiada sesiapa akan menemui blog anda melalui search engine!

Blog ini punya PR1 setakat ini hasil kerjasama anda pengunjung & blogger yg bermurah hati utk link ke blog ini. Dgn berbesar hati aku ucapkan terima kasih. Banyak lagi blog2 mountain bike lain sedang menerima peningkatan yg sama. Syabas!

Tetapi, utk rank yg lebih baik di search engine, link tersebut harus ditukar ke nama yg lebih spesifik. Dalam kes ini, gunakan nama "All Mountain Bike Action" utk link tersebut. Ini bermakna jika sesiapa search perkataan tersebut, atau sebahagian darinya, blog ini akan rank lebih tinggi dan mudah ditemui.

Aku akan update link terkini ke blog2 Mountain Bike tempatan (Blogroll asal hilang sekali lagi!). Link ini aku dapati memberi kemudahan kepada peminat MTB utk browse maklumat & aktiviti setempat. Jika anda dapati blog anda tersenarai, atau ingin disenarai, sila email nama yg anda inginkan tertera (contoh: Mountain Bike di Malaysia). Ini akan lebih memudahkan blog anda dikunjungi dari search engine pada masa hadapan.

Jika tidak keberatan, pada yg telah link ke blog ini, tukarkan nama link tersebut ke "All Mountain Bike Action" atau nama gua + "All Mountain Bike Action".

Majulah Blog2 Mountain Bike Malaysia utk Negara!

Tips: Utk keyword contohnya "Mountain Bike di Malaysia", selain URL nama blog juga adalah lebih baik menggunakan nama tersebut. Search engine akan rank blog ini dgn lebih baik. Pengunjung juga akan lebih jelas dgn skop blog anda.

0 comments: