Friday, October 31, 2008

Carian Mountain Bike Blog

Apa yg orang taip di Search Engine utk tiba di Blog ini? Sekarang sudah resmi mountain biker perlu kepada blog sendiri. Selain beri link di BBS (lama aku tak masuk dah), email & pelbagai cara promosi blog lain, search engine adalah destinasi ramai utk tiba ke blog. Walau blog adalah utk syok sendiri, tapi ramai yg berkeinginan utk tunjuk syok dia kepada org lain.

Pengunjung utama (dari search engine Google & Yahoo!) blog syok sendiri yg sedang kau lihat ini datang dari Malaysia. Diikuti jauh oleh USA. USA??? HA HA HA. Aku pasti "Mat Saleh"2 itu semua menyesal ke sini, satu hapah tak faham!

Utk 2 hari kebelakangan ini, berikut adalah keyword yg pengunjung taip di search engine utk tiba ke sini & membuang masa. Tidak kira post itu berfaedah atau tidak, kita akan tetap membuang masa utk membacanya.

- Mountain bike in FRIM
- taman komanwel
- kayuhan alam sekitar
- kit kat club "steve han"
- crank truvativ kotak
- alimuddin don
- dabomb torabora
- destinasi percutian di bukit keluang resort
- direction from sungai merab to Bandar Putrajaya

Dan yg paling tiada kena mengena dengan basikal - "cara masak sardin" - yg terus landing ke: http://alimuddin.blogspot.com/2008/08/episod-2-resepi-cara-memasak-dengan.html. Nampak market blog ini semakin meluas ke pasaran "masakan".

Terima kasih kerana membaca post yg membuang masa anda ini. Selamat berhujung minggu!
Read more...

Thursday, October 30, 2008

Mountain Bike Joke - Mini Pump

Sudah barang trend atau keperluan utk carry mini pump jika berkayuh offroad. Soalnya, adakah ia perlu? Aku sendiri sudah melupakan adat resam mountain biker ini. Ada kemungkinan ia sesuatu yg sia2.



Contoh paling mudah ialah bila seseorg mountain biker itu 'pancit' semasa climb. Tidak pernah kulihat ia menggunakan mini pumpnya utk menambah kapasiti atau isipadu angin dalam badan, sama ada melalui hidung atau pun mulut. Setiap kali pancit, mesti turun & tolak. Tidak sekalipun disentuh mini pump yg dibawa ke hulu ke hilir dlm hydration pack.

Satu mini pump juga punya kadar berat beberapa gram. Buang ia agar kayuhan lebih ringan, lambat sikit pancit. Boleh guna sahaja mini pump rakan2 yg lain.

Cara2 Mempraktikkan Joke Ini Dengan Berkesan

1. Cari rakan kayuh yg lebih poyo dari anda tapi suka bawa mini pump.
2. Bawalah rakan itu ke trail yg punya bukit & anda pasti dia akan pancit di situ.
3. Racun rakan anda dgn apa cara sekalipun supaya dia bersemangat utk climb dahulu.
4. Ekori dgn sabar dibelakangnya. Tunggu sehingga beliau 'pancit' lalu turun dari basikalnya & mula menolak. Bila tiba detik ini, anda terus bertanya;

Engkau: "Apasal Bro, tolak pulak?"
Mamat Pancit: "Aku pancitlah, tak larat dah ni!"
Engkau: "Oh, kau ada bawak pump tak?"
Mamat Pancit: "Ada"
Engkau: "Meh bagi kat aku. Aku boleh tolong pump balik angin kau tu!"

Nota: Barang diingat, kali terakhir joke ini dipraktikkan, 2 sahabat baik tidak bertegur suku purnama. Pastikan rakan anda boleh berlawak.
Read more...

Sunday, October 26, 2008

Blog Mountain Bike #1 di Google

Sebagaimana boleh dilihat, transformasi 2 template dlm seminggu. Tukar selera mungkin kerana bosan, tidak byk ride. Kali terakhir berkayuh, aku berjaya menghabiskan semua "angin" di penghujung Rover trail Frim. Walau pancit, masih mampu utk mengharamkan penggunaan "granny ring", kira ok lah.

Terkini, satu blog jiran kelolaan aku: http://republicofpuchong.blogspot.com telah rank #1 di Google utk keyword "Republic of Puchong". Ironinya, tiada siapa akan search term tersebut, sedang blog itu juga masih belum punya sebarang Page Ranking (PR).



Blog alimuddin.blogspot.com pula rank #8 di Yahoo utk keyword "mountainbikeaction". Namun bagi search term "mountain bike action", blog ini lenyap ke belakang. Jika di Google, utk search term yg sama, anda boleh temui link ke blog ini melalui listing #2 iaitu dari BlogCatalog.com.

Persaingan byk bergantung kepada saingan kepada keyword tertentu. Republic of Puchong punya saingan terlalu minima. Mudah utk melonjak ke #1. Harus diingat, tiada guna utk listing #1 jika tiada sesiapa search nama tersebut dgn kata lain, tiada sesiapa akan menemui blog anda melalui search engine!

Blog ini punya PR1 setakat ini hasil kerjasama anda pengunjung & blogger yg bermurah hati utk link ke blog ini. Dgn berbesar hati aku ucapkan terima kasih. Banyak lagi blog2 mountain bike lain sedang menerima peningkatan yg sama. Syabas!

Tetapi, utk rank yg lebih baik di search engine, link tersebut harus ditukar ke nama yg lebih spesifik. Dalam kes ini, gunakan nama "All Mountain Bike Action" utk link tersebut. Ini bermakna jika sesiapa search perkataan tersebut, atau sebahagian darinya, blog ini akan rank lebih tinggi dan mudah ditemui.

Aku akan update link terkini ke blog2 Mountain Bike tempatan (Blogroll asal hilang sekali lagi!). Link ini aku dapati memberi kemudahan kepada peminat MTB utk browse maklumat & aktiviti setempat. Jika anda dapati blog anda tersenarai, atau ingin disenarai, sila email nama yg anda inginkan tertera (contoh: Mountain Bike di Malaysia). Ini akan lebih memudahkan blog anda dikunjungi dari search engine pada masa hadapan.

Jika tidak keberatan, pada yg telah link ke blog ini, tukarkan nama link tersebut ke "All Mountain Bike Action" atau nama gua + "All Mountain Bike Action".

Majulah Blog2 Mountain Bike Malaysia utk Negara!

Tips: Utk keyword contohnya "Mountain Bike di Malaysia", selain URL nama blog juga adalah lebih baik menggunakan nama tersebut. Search engine akan rank blog ini dgn lebih baik. Pengunjung juga akan lebih jelas dgn skop blog anda.
Read more...

Monday, October 20, 2008

Huh! Cedric Gracia & Steve Peat?

Anda tengoklah gambar di bawah ini. Kesemuanya aku kenal. Cuma tak pernah bergambar dgn yg lagi 2 sebelah kanan. Hampehlah. Masa ini aku sedang makan nasi di rumah org. Org putih 2 org itu makan nasi kandar tak? Jemputlah beraya! Cerita lebih KL Downtown : http://republicofpuchong.blogspot.com/2008/10/kl-downtown.html


Read more...

Wednesday, October 15, 2008

Kembar Mountain Bike, Dawg

Bila kali terakhir ride pun aku lupa. Mungkin hampir 2 bulan. Bila lama tak kayuh semua trail & climb jadi senang. Senang PANCIT! Calling2 akhirnya ke Frim Ahad lepas. Dapat jumpa satu lagi kembar baru. Pemilik basikal yg tak berapa best di Malaysia, Dawg. HA HA HA. Kalau ikut buku memang tak cukup best. Semua akan kata Heckler. Member kembar ini pun pemunya model 06' juga & tiada rasa ingin jual. Tapi brek brader ini stim lah, Shimano SLX. HA HA HA.







Cuti Hari Raya Aidilfitri

Aku lupa atau sengaja tidak ucap Selamat Hari Raya. Maaf Zahirlah, aku tiada simpan apa2 dalam batin. Isteri cukup konfiden tahun ini utk mengenakan busana Oren. No problem. Hujung2 itulah warna cat dinding & langsir raya rumah kakak aku. HA HA HA.



Rezeki kurniaan Tuhan. Lepas raya dapat duit raya. Walau hanya sedikit x tukaran ringgit yg melambung = lagi banyak duit aku. Alhamdulillah. Duit ini bukan skim cepat kaya tapi satu dari bayaran perniagaan Internet sebelum cuti (ada sesiapa berminat dgn Internet Marketing?). Sedikit kerana banyak main dari menjual, tak apa bukan produk aku pun. HA HA HA. Ada lagi yg belum tiba. Bila ntah? Minggu depan kot...


Read more...

Hummer H2 vs Jeep Cherooke

Apa yg kita minat tiada kena-mengena dgn org lain. Unik. Pedulikan pada yg kutuk, "Apa la kau punya taste?". Biasa juga kita dengar org yg kutuk itu akan cerita barang pilihan dia yg baginya lebih best! Sama macam dia, kita juga kadang2 akan kata balik dlm hati, "Itu kau kata best? Apa la kau punya taste!".

Dlm byk TV series, aku meminati CSI. Dari 3 siri yg ditayang, aku paling tertarik dgn CSI: MIAMI. Bukan pasal ada bikini! Tapi imej yg berbeza, stail tersendiri, high contrass, bright color bla bla bla. Paling unik sebab department itu guna kenderaan rasmi: HUMMER! Character hero Horatio Caine juga menarik. Tua & tak hensem tapi kool. Lagi kool bila dia naik Hummer kejar penyangak. http://www.hummer.com/



Nampak macam best kalau parking atas bukit dgn ada mountain bike di belakang. Bila aku survey, rupanya enjin 3.7l. Kiralah berapa byk minyak mahu suap. Lagi terkejut bila aku survey nak cari 2nd hand. Mak ai!!! Sebijik 500k++. Macam mana boleh jadi kereta polis ni? Setengah juta? Mahu bankrap kalau diperuntukkan di Malaysia! Lagi malang, Jumaat lepas. Habis jemaah di Masjid Saydina Umar Plaza Damansara, tiba2 sebuah Hummer silver lalu depan mata. Sayup. Macam lihat sebuah banglo sedang berarak atas jalan. "Abang, boleh tumpang tak?".





Tutup buku & lihat saja. Tapi aku ada kenderaan back up yg jauh lebih murah. Since aku tiada loan kereta atau motosikal, basikal jauh sekali, maka menerawanglah mencari model2 yg diminati. Sampai noktah ke Jeep Cherokee. Yg ini model 2nd hand byk. Sebahagian boleh dapat kurang 20k dgn 2.5 liter engine. Boleh make-up lagi. Apa enjin boleh masuk? Mungkin kena tanya member2 dari Tanjung Malim. Sana banyak peminat 4x4. Inilah aku punya taste! Nak beli, famili pula perlu pula MPV... errrr...




Read more...

Monday, October 13, 2008

BJX5720 No First Prize!

Pagi2 servis kapcai. Tukar minyak enjin, oil filter, spark plug bla bla bla. Tiba2 apek Foong Yen teriak, "Haiya, lu punya nombor naik la ini hali!" sambil menunjuk akhbar cina - 1st prize 9720! "Kalau lu beli ABC pun boleh sangkut 720. 1 linggit boleh lapat 400 wooo! (Tu dia, Crank XT!). Nasib aku tak main nombor. Nauzubillah... tiket 1st class ke neraka.

"Lu punya tayar pun sulah mau habit. Tubeless 75 saja". "Mahal lah, bulan depan tukarlah boss! jawab aku. Tapi kalau Kenda Nevegal botak, RM110 mau ku lebur hari ini. Pelik kan? Frame Titus Motolite standard 5.5K, kalo ada offer 4.8K org kata murah... Murah??? 4800 tuhhh!!!

Tapi aku tak punya alasan ke kedai basikal. Nevegal ku walau cap dah luntur, bunga masih sedap lepas 2 tahun. Dah lebih 6 bulan tak salam Ah Leong & Lim di KSH TTDI. Ya, kalau nak jimat duit tayar, beli la Nevegal DTC & ride lah tayar tu sampai boring.

RALAT: Sebelum tukar tayar basikal, make sure tayar kereta ada bunga. Nak bawa anak bini tu, biar selamat. Sendiri golek langgar pokok takpe.
Read more...