Monday, September 22, 2008

Online Mountain Bike Parts

Google.com rank blog ini PR1 (Page Ranking 1). Bagi yg blur dgn SEO (Search Engine Optimization), PR ini mewakili kepentingan sesuatu site (Google akan rank 1-10). Byk blog mtb tempatan yg wujud tapi tak punya PR (n/a). Lagipun blog ini tak well optimized pun main belasah saja. Sesiapa yg pernah ke blog Dr. Mahathir sbg contoh - http://www.chedet.com/ punya PR5 dgn pengunjung memcecah 6 juta!

Cukup dengan itu, back to topic - Online Shopping - cari parts mountain bike.

Ada 2 site yg biasa aku pergi http://www.pricepoint.com/ dan http://www.wheelworld.com/

Pricepoint.com punya stok yg byk. Cuba cari old stock atau barang yg 'rare', tiada di Malaysia. Jersey, kasut, aksesori. Check bargain basement. Shipping agak mahal dgn menyusutnya ringgit. Harga shipping dikategori mengikut jumlah belian i.e 49.98, 99.98 etc. USD! Shipping guna DHL/UPS akan sampai kurang seminggu.

Wheelworld.com juga ada stok barangan yg byk. Website inilah tempat gua dapat helmet Giro Xen 07' pada harga diskaun USD79 + shipping USD29. Total dlm RM beberapa bulan lalu hanya RM349. F.Y.I helmet yg sama dijual di Malaysia pada harga tidak kurang RM500. Model 08' lebih mahal dari itu. Shipping lebih murah guna USPS (penaja Lance Armstrong dulu) tapi akan sampai lewat 2-3 minggu.

Habiskan masa cuci mata bulan puasa. Tapi bulan puasa usah berbohong. Inilah masa sesuai utk berterus-terang dgn org rumah anda akan nilai sebenar basikal anda. Ada ulama' berpendapat org yg kekal dlm dosa kecil (seperti berbohong) sepanjang masa, adalah Fasik. Ini tidak boleh jadi wali anak perempuan kahwin. Wallahu'alam.

2 comments:

Beskal Chap Ayam said...

tersentuh ngan kata-kata akhir tu > Ada ulama'berpendapat orang yang kekal dalam dosa kecil(seperti berbohong)sepanjang masa,adalah Fasik.Ini tak boleh jadi wali anak perempuan kawin.Wallahu'alam

Joe said...

My philosophy: Kalau ditanya, jawab. Kalau tak ditanya, jangan volunteer!