Wednesday, September 3, 2008

Episod 3 - Video Aksi2 Menyayat Hati Semua Peserta

Siri tajaan Kopi Aik Cheong ini merupakan episod ketiga & terakhir kepada "Bila Mountain Biker Memasak".

Tiada yg lebih menyayat hati dari menonton video mountain biker tanpa satu pun aksi di atas hendal & crank basikal. Yang ada hanyalah lakonan ketika makan, terdampar di batuan, mencuci periuk & lagak ngeri yg biasa dilakukan oleh badak2 di seluruh dunia iaitu berendam, berendam & berendam hingga jari kecut.

Tiada sebarang 'cut' atau editing special effect bagi nampak ganas dilakukan pada video ini untuk mengekalkan kejujuran lakonan semua peserta. Biar pun pendek tapi punya banyak kenangan terindah. Kita saksikan!

AMARAN! Jika anda mengharapkan aksi lincah ganas & hebat seperti drop dari bangunan 3 tingkat, anda akan menyesal. Video ini khusus bagi mereka yg boleh menerima aktiviti santai sebagai sebahagian dari dunia mountain bike.



PinkBike.com video link: http://www.pinkbike.com/video/37121/
YouTube.com video link: http://www.youtube.com/watch?v=qnkA1XGsGX0

Bagi yg telah menjenguk keseluruhan 3 episod & mungkin berminat, aktiviti2 berikutnya InsyaAllah akan diadakan selepas Aidilfitri (masa belum ditetapkan). Tidak kira anda beginner, atau tengah2, atau otai tujuh keturunan, jika boleh menerima aktiviti kayuh slow dekat2 (kecuali jika dikejar babi & anaknya) & melepak ramai2 tepi sungai, kehadiran adalah dialu2kan. Mungkin jika kehadiran menggalakkan, kenduri potong kambing boleh diadakan. Air sungai free yg sentiasa mengalir sejuk utk dimandi, disediakan utk keluarga yg ingin berpicnic sambil lakinya meninggalkan mereka utk memenuhi nafsu berbasikal.

0 comments: