Monday, September 22, 2008

Online Mountain Bike Parts

Google.com rank blog ini PR1 (Page Ranking 1). Bagi yg blur dgn SEO (Search Engine Optimization), PR ini mewakili kepentingan sesuatu site (Google akan rank 1-10). Byk blog mtb tempatan yg wujud tapi tak punya PR (n/a). Lagipun blog ini tak well optimized pun main belasah saja. Sesiapa yg pernah ke blog Dr. Mahathir sbg contoh - http://www.chedet.com/ punya PR5 dgn pengunjung memcecah 6 juta!

Cukup dengan itu, back to topic - Online Shopping - cari parts mountain bike.

Ada 2 site yg biasa aku pergi http://www.pricepoint.com/ dan http://www.wheelworld.com/

Pricepoint.com punya stok yg byk. Cuba cari old stock atau barang yg 'rare', tiada di Malaysia. Jersey, kasut, aksesori. Check bargain basement. Shipping agak mahal dgn menyusutnya ringgit. Harga shipping dikategori mengikut jumlah belian i.e 49.98, 99.98 etc. USD! Shipping guna DHL/UPS akan sampai kurang seminggu.

Wheelworld.com juga ada stok barangan yg byk. Website inilah tempat gua dapat helmet Giro Xen 07' pada harga diskaun USD79 + shipping USD29. Total dlm RM beberapa bulan lalu hanya RM349. F.Y.I helmet yg sama dijual di Malaysia pada harga tidak kurang RM500. Model 08' lebih mahal dari itu. Shipping lebih murah guna USPS (penaja Lance Armstrong dulu) tapi akan sampai lewat 2-3 minggu.

Habiskan masa cuci mata bulan puasa. Tapi bulan puasa usah berbohong. Inilah masa sesuai utk berterus-terang dgn org rumah anda akan nilai sebenar basikal anda. Ada ulama' berpendapat org yg kekal dlm dosa kecil (seperti berbohong) sepanjang masa, adalah Fasik. Ini tidak boleh jadi wali anak perempuan kahwin. Wallahu'alam.
Read more...

Wednesday, September 3, 2008

Episod 3 - Video Aksi2 Menyayat Hati Semua Peserta

Siri tajaan Kopi Aik Cheong ini merupakan episod ketiga & terakhir kepada "Bila Mountain Biker Memasak".

Tiada yg lebih menyayat hati dari menonton video mountain biker tanpa satu pun aksi di atas hendal & crank basikal. Yang ada hanyalah lakonan ketika makan, terdampar di batuan, mencuci periuk & lagak ngeri yg biasa dilakukan oleh badak2 di seluruh dunia iaitu berendam, berendam & berendam hingga jari kecut.

Tiada sebarang 'cut' atau editing special effect bagi nampak ganas dilakukan pada video ini untuk mengekalkan kejujuran lakonan semua peserta. Biar pun pendek tapi punya banyak kenangan terindah. Kita saksikan!

AMARAN! Jika anda mengharapkan aksi lincah ganas & hebat seperti drop dari bangunan 3 tingkat, anda akan menyesal. Video ini khusus bagi mereka yg boleh menerima aktiviti santai sebagai sebahagian dari dunia mountain bike.



PinkBike.com video link: http://www.pinkbike.com/video/37121/
YouTube.com video link: http://www.youtube.com/watch?v=qnkA1XGsGX0

Bagi yg telah menjenguk keseluruhan 3 episod & mungkin berminat, aktiviti2 berikutnya InsyaAllah akan diadakan selepas Aidilfitri (masa belum ditetapkan). Tidak kira anda beginner, atau tengah2, atau otai tujuh keturunan, jika boleh menerima aktiviti kayuh slow dekat2 (kecuali jika dikejar babi & anaknya) & melepak ramai2 tepi sungai, kehadiran adalah dialu2kan. Mungkin jika kehadiran menggalakkan, kenduri potong kambing boleh diadakan. Air sungai free yg sentiasa mengalir sejuk utk dimandi, disediakan utk keluarga yg ingin berpicnic sambil lakinya meninggalkan mereka utk memenuhi nafsu berbasikal.
Read more...