Wednesday, August 27, 2008

Episod 2 - Resepi & Cara Memasak Dengan Betul Kelolaan Chef AO

Siri tajaan Kopi Aik Cheong ini merupakan episod kedua kepada "Bila Mountain Biker Memasak". Kita minum dulu hanya selepas Maghrib hari ini!



Post kali ini sedikit sebanyak terselit niat jahatku, untuk menjadikan anda semua lebih menderita di bulan Ramadhan terutama yg mengunjungi blog ini dari terbit fajar hingga terbenam matahari! Tapi aku masih punya perikemanusiaan utk menasihatkan anda semua agar tidak meneruskan pembacaan kalian.

AWAS! Penulis tidak bertanggungjawab jika ada yg 'ter'puasa setengah hari, suku hari atau terus sarapan pagi! Tinggalkan blog ini jika iman & kudrat anda hanya senipis kulit bawang yg dikupas di bawah ini.

Terlebih dahulu, mari berkenalan dengan Chef AO. Siapa dia? AO adalah singkatan kepada Anak Otromen. Ya, Otromen! Dan seperti lazim otromen2 terdahulu, beliau dilahirkan dalam keluarga manusia. Namun beliau tidak gemar mengenakan sut getahnya memandangkan cuaca di Malaysia terlalu panas berbanding Jepun, serta tidak sesuai utk aktiviti berbasikal (Hoi! Ko gile ke???). Selain pakar masakan santai tepi sungai, beliau merupakan seorang pemuzik profesional: http://www.azrientertainment.blogspot.com/ & tiupan seksofonnya mampu menumbangkan sebuah basikal! Beliau punya sebuah kitab sakti yg jika dibuka akan membuatkan manusia sekelilingnya menunjukkan gigi, atau yg lebih kritikal terbahak-bahak.

Masak Nasik Sebelum Kebulur

Terus kita ke resepi pertama. Orang Malaysia makan nasik! Jadi, sebelum ada lauk kena ada nasik. Tak pernah kulihat org melayu tanak gandum utk makan tengahari. Dapat dilihat di bawah, Chef AO bersama periuk nasinya.



Ikan Talapia Merah Bakar

Lauk pertama kita... Ikan Tilapia Merah yg dipilih khas oleh Chef AO. Pilihannya cukup segar & gebu. Resepi? Kita kasi bakar saja!



Saksikan kemahiran Chef AO dalam menyediakan masakan ini. Cuci ikan bersih2 & balut saja menggunakan kertas aluminium. Api yg diguna adalah hasil semulajadi dari kayu & daun kering supaya aroma masakan terpelihara (iman anda masih kuat jika mampu membaca hingga tahap ini, syabas!).







Pastikan ikan telah meninggal terlebih dahulu. Kita dilarang menyeksa binatang sebelum memakannya.









Cicah asam cili pedas ini sudah disediakan awal2 oleh Chef AO. Slurppp!!!!



Sardin Masak Petai

Sardin kalau makan dirumah kurang sedap, tapi di tepi sungai... licin!!! 2 tin besar disediakan utk aktiviti kali ini. Potong bawang & cili secukup rasa (pastikan dahulu kesegarannya). Gunakan api semulajadi utk mengekalkan aroma. Goreng bawang terlebih dahulu sebelum memasukkan sardin.

TIP: Jika ketiadaan lesung utk menumbuk cili, boleh dapatkan batu2 bersaiz tapak tapak tangan yg terdapat banyak di persekitaran.













Mana nak cari petai? Kebetulan ada aktiviti perkhemahan 4x4 bersebelahan, jadi berjaya merembat 1 papan petai. Apa tunggu lagi? Masukkan saja! Teruskan membaca jika masih mampu bertahan (pahala puasa anda mungkin sudah berkurang pada tahap ini).

Ikan Masak Asam Pedas

Sekali lagi ikan2 segar pilihan Chef AO digunakan. Basuh dengan teliti. Aku lupa apa nama ikan ni, korang tengoklah sendiri. Seperti masakan sardin tadi, bawang & serai terpilih disediakan dengan cukup teliti. Gunakan juga api semulajadi utk mengekalkan aroma. Masak asam pedas tak susah. Pergi beli perencah kat kedai runcit Tanjung Malim & bukan di kedai basikal Uncle Samy Batu Caves.















Tu dia! Siap masakan ikan asam pedas kita. Panas & menyelerakan. Sesuai bukan saja utk mountain biker, tapi juga utk berbuka puasa atau bersahur (Ingat! Anda berpuasa hehehe).

Kerang Rebus & Bakar

Ini resepi yg paling mudah & berat disediakan oleh Chef AO. Mudah urusan penyediaan tetapi berat urusan pengangkutan, mujur ada sahabat bermotosikal yg membantu. Penyediaannya cukup mudah. Letakkan saja bersebelahan ikan bakar tadi & biarkan terbakar.





Rebus pula menggunakan dapur mini penunu bunsen. Ini adalah hidangan terakhir selepas makan. Kopek & cicah pada air asam. Slurrpppp!!! Licin.

Lupa Diri Bila Makan

Selesai sudah penyediaan lauk-pauk. Maaf, tiada visual maggi disediakan. Masyarakat sudah mula melupakannya. Jom, makan. Saksikan saja aksi2 makan para peserta. Sebahagian hidangan di'serve' menggunakan daun istimewa yg terpilih. Dijamin tidak beracun kerana penulis sendiri masih hidup selepas makan menggunakannya.









Di atas ini dia santapan pertamaku. Nasi sardin & ikan talapia merah bakar beserta air cicah asam pedas.



Ini pula santapan keduaku. Nasi Beriani (putih yg hangit) bersama lauk ikan asam pedas & talapia merah bakar serta sedikit sardin. Dan seperti yg dapat anda saksikan di bawah ini, semuanya licin tinggal tulang, kulit, bekas & daun. Begitu nikmat santapan tadi. Hasil tangan Chef AO & Krew2 pembantu memang hebat. Thumbs UP!





Kesan Penangan Masakan Chef AO Kepada Mountain Biker

Tak dapat dipastikan dgn tepat. Namun dapat dilihat sedikit keadaan terhoyong-hayang sewaktu climb pertama menuju jalan kembali. Mungkin ianya faktor basikal, tiupan angin atau pun perut, tidak dapat dipastikan.







Kesannya pada aku? Pertama, aku dapat merasakan pertambahan berat badan secara mendadak sekitar 1.5 kg. Dua kali tambah nasi memang memberi kesan. Pun begitu, aku masih mampu main kejar2 dgn rider yg lebih muda pada awal saingan pulang. Tapi, sejurus tiba di pertengahan perjalanan, tiba2 lebih 50% tenaga 'ULTRA' aku hilang begitu saja. Nasi dirasakan sudah naik keparas dada & semakin meningkat setinggi 1mm bagi setiap pusingan crank. Tiada yg lebih hina jika membiarkan nasi itu terkeluar semula & ditertawakan hingga berguling-guling oleh rakan2 tanpa belas kasihan. Tindakan segera 'kayuh longlai' dipraktikkan & akhirnya berjaya juga tiba ke garisan penamat dalam keadaan separuh macho.

Kesan pada yg lain? Kurang pasti, tetapi kadar cungapan sebahagian mereka seperti ikan terdampar di daratan. Seorang demi seorang tiba digarisan penamat. Ada yg senyum, ada juga yg separuh senyum. Lihatlah sendiri aksi lepak para peserta bila tiba di garisan penamat.













Penghargaan: Tuan punya blog ini mengucapkan setinggi2 terima kasih pada semua yag terlibat. Pada yg menyediakan dapur (AO & Abg Enol) & semua keperluan masakkan termasuk yg sama2 membantu & terlibat dalam aktiviti ini. Tanpa penglibatan semua, aktiviti kayuh tidak jauh mana tetapi makan dan berendam lebih ini tidak akan dapat dijayakan.

Seterusnya Episod 3 (terakhir) - "Video aksi2 menyayat hati semua peserta" akan muncul. Anda boleh saksikan kemunculannya, itu pun jika anda masih sanggup ke blog ini sepanjang Ramadhan. Selamat Berpuasa!

2 comments:

Joe said...

Kejam betul kau ni. Terliur dibuatnya.

Beskal Chap Ayam said...

teringatkan masa SPM 1989 ke hulu Bendul meriah korang ni laa

mmg kejam kena carik sardin untuk berbuka puasa hari ni terliurrr akuuu