Tuesday, July 8, 2008

Naik Tram Taman Botani

06 July 2008 - Plan asal nak sewa basikal & tour Taman Botani di Putrajaya. Tup2 bila sampai, terdampar satu Tram di depan ofis. Minat anak2 terus berubah utk naik benda tu. Cost agak berpatutan, RM14 utk 4 orang (2 dewasa & 2 kanak2). Masa tidak terhad. Boleh minta berhenti utk mengambil gambar.


Nak Tram tu, kalau tak... FIRE!!!


Horehhh hehehe dapat naik Tram!!!


Berpijaklah di bumi nyata. Eh, eh, daun apa ni?

Botani Overview

Bila naik Tram ni baru tahu yg kawasan Botani ini agak luas utk kanak2 berbasikal. Ditambah dgn laluan climb yg sederhana panjang. At least dapat survey tapak laluan & bahagian2 yg menarik. Pada bahagian puncak tertinggi, boleh dilihat view menarik sekitar Putrajaya Wetlands.


Jalan2 cari basikal


Awal2 lagi dah ada climb melalui specis2 paku!

Tram ini beroperasi menggunakan petrol & auto transmission. Travel agak slow guna gear rendah cukup utk anggarkan 'intensity climb' bila berbasikal. Kurang periksa pula jarak keseluruhan loop.


Climb yg terpanjang menuju puncak


Salah satu kemuncak tertinggi


Bukit-bukau buatan, lain macam je!


Yg ini dah macam rumah Mafia!

Aktiviti Berbasikal

Sepanjang 'journey' berselisih juga dgn beberapa pasangan keluarga yg berkayuh dgn basikal sewa. Tempat ini kesimpulannya sesuai utk riadah keluarga. Tidak perlu bawa basikal, helmet, glove, hydrapack bla, bla, bla... simply masuk, park kereta, pilih basikal sewa & ride. Aiseh, lupa pula nak periksa rate sewa basikal.


Riadah famili. Bawa anak pun boleh, kemudahan baby carrier disediakan


Berhampiran tasik Putrajaya Wetlands


Basikal di mana2.


Habis dahhh... jom pi mandi pool pulak!

1 comments:

hanis samsudin said...

nk tau lebih lanjut,blh r contact gua....
rege sewaan beskal rm4-2jam utk hari biase & rm4-1jam pd hari santu ahad serta cuti umum..
tram plak rm4 dewasa.rm3 kanak2..bwh 5taun free...
beskal kiteorg pd hari mggu mmg agak sibuk,smpai lmbat jwbnye xde r beskal..kne tgu turn r jwbnyer....