Wednesday, July 16, 2008

Kajang Perdana Ride

Sunday ride bersama PCC: http://pcc-cycling.freeservers.com/& member2 Republic of Puchong di Kajang Perdana. Jangkaan jarak 22km merintasi Kebun durian, getah & kelapa sawit. Kali ini, kami konvoi beberapa kenderaan dari Puchong & tiba di Kajang Perdana sekitar 8 pagi.


Kawasan takungan rider2 terlibat

Sebaik sampai, ramai rider2 dari PCC yg dah standby. Tak sure dgn bilangan rider keseluruhan yg agak ramai. Sebahagian memang familiar, sering nampak kelibat di bash2 anjuran KLMBH.


Driver ROP, Ezam. Hari ini test kasut & pedal clipless baru


Jiran sepakat Kay (Doppleganger) & Shah

Briefing agak awal, majoriti rider PCC memang punctual tapi masih sanggup menunggu sedikit masa utk rider yg bersiap agak lewat. Trail marking (pink paper) agak limited, so leader hanya drop di junction2 utama. Anyway, ride ini free so, tak expect byk. Keseluruhan mereka cukup friendly.


Aikss! Ada peti sejuk?


Sesi briefing ringkas

Climb, Tolak & Relak

Ride start sekitar 8.30. First few kilometers, laluan agak flat. Climb pertama tamat di tempat mengumpul durian. Climb agak perit bagi sesetengah rider, so biasalah... tolak. Semua kemudian berhenti sambil menunggu saki-baki rider berkumpul.


Macam biasa mesti ada time tunnel menuju twilight zone!


Dah penat climb, kalau dapat durian best ni!


Steady bro, ada durian ni!


Tak larat boleh tolak, jgn segan2


Lepak dulu, cium bau durian!

Dakian kemudiannya bersambung ke aras yg lebih steep & technical, sedikit licin. Majoriti rider terpaksa tolak utk menghabiskan climb yg cukup panjang. Sebahagian memilih utk turunkan heart rate di spot2 tertentu sebelum berkumpul semula di ladang sawit berhampiran.


Climb lagi tak habis2


Dan lagi climb... dah nama pun basikal bukit


Adoi! Bukan takde power, licin la, tolak la...

Long Descent

Sampai tahap ini, group mula terbahagi 2. Yg dah sampai kena menunggu agak lama, tapi group lain tak nampak2 juga batang basikalnya. Maybe lepak di penghujung climb sebelumnya cari angin lebih.


Bersama org lama ROP, Abg Ijan (layan kona gak)


Mana yg lain ni Bro, hehehe...


Boleh jalan dulu tak ni?

Leader kemudian decide utk u-turn & check saki-baki rider sebelum ride bersambung tanpa group yg tertinggal. Beberapa km kemudian, laluan menurun dgn agak panjang. Laluan ini adalah yg sama pada Presidential Ride terdahulu. Satu doubletrack yg panjang dgn beberapa kerikil (batu) section, (so tayar boleh slide sedikit ke kiri/kanan) juga sedikit corner. Ada rider yg terjatuh selepas section ini, banyak juga calar-balar tapi boleh continue ride. Actually, byk lagi insiden yg hanya diketahui bila semua dah sampai/lepak di kedai mamak (kes terlebih syok/layan). Tiada yg serius.

Habis descent tersebut semua berkumpul semula kecuali group yg tertinggal tadi, masih tak nampak batang hidung. Pancit nafas ke tayar??? Jadi leader decide utk track balik selepas brief laluan seterusnya.


Mana diorang ni Bro? Hehehe...

Mana nak keluar ni?

Perjalanan seterusnya agak mudah. Tiada lagi killer climb yg kena tolak setengah nyawa. Cuma kumpulan kemudian berpecah2. Paper mark tak ada since kertas tu ada pada leader tadi. Terpaksa track ikut kesan tayar Nevegal ke Panaracer ni?


Ok... jalan, jalan, jalan...


On road semula sblm offroad balik


Kat mana ni pun tak tahulah, belasah!

Last2 group aku ni keluar ke jalan besar sebelum menuju ke tapak letak kereta tadi (mujur ada member setempat yg tahu jalan). Ceh!!! dah ada yg sampai, chicken dari selepas descent panjang tadi. Bersih & tak berpeluh dah, hampeh!


Sampai juga akhirnya, mana korang tadi?


Mana diorang ni tak sampai2 lagi?


Aikss, dah berlubang kasut baru kau???


Masuk balik ke van rasmi ROP, balik dah le...

Lepas lepak borak2, semua rider dah sampai, wajah puas, decide pula mana nak ride next week. Batu Dam? Ok, ohh... Rider PCC pun kebetulan ke Batu Dam juga. Cantik. Thanks pada semua rider PCC (jumpa seorang lagi rider Dawg - Deluxe). Happy Riding.

Total Riding Time : 1.57.22
Distance : 22.8km
Average Speed : 11.6km/h
Maximum Speed : 42.8km/h

0 comments: