Wednesday, July 2, 2008

Epic Bash Ulu Tamu/Rening

29 June 2008, KLMBH Epic Bash bertindih dgn satu lagi program di Kuala Kangsar (Kayuhan Jati Diri). Total loop 45km terbahagi 2, 20km & 25km (dan aku pilih utk easy ride 1 loop).

Easy pun tak easy juga sbb hujan turun sebelumnya. Park di padang bola yg becak sedikit memberi gambaran keadaan trail hari itu. Cuaca juga masih mendung. Sebagai rider, aku berdaftar no42 berbanding Riza no1 (awal dia datang). Bila ride bermula, aku antara rider yg terkebelakang bersama Mie.


Briefing session sebelum bermula

Seperti diduga, trail dah lunyai & licin dilalui oleh berpuluh rider terdahulu. Kebanyakkan climb terpaksa tolak sama ada tak boleh climb akibat licin atau nak conserve energy (payah la climb kalau sekali spin crank, tayar 2 kali pusing). So, separuh jarak pertama (10km) banyak dihabiskan utk tolak hampir semua climb yg ada & climb memang cukup banyak hari itu.


Awal2 dah kena tolak, laluan licin beb!


Masing2 sibuk membuang tanah sebelum meneruskan kayuhan


Masih mendung! Setinggi inilah dakian hari itu

Separuh jarak kedua, aku berselisih dgn Riza yg dah bermula lebih awal. Mie pula dah tertinggal di belakang. Sepanjang laluan seterusnya aku ride bersama Riza sehingga bertemu satu lagi group bersama Joe Adnan yg sedang test ride Banshee Pyre http://joeadnan.blogspot.com/. Dan rasa2nya kami semua dah sesat sebab bertemu di satu simpang sedang kedua2 kumpulan datang dari arah berlainan. Anyway, Banshee yg Joe bawa cukup ringan utk sebuah trailbike 5", compare dgn Kona aku yg uncle tolong tarik masa lalu parit kecil pun complain berat.


Suasana lazim di singletrack pepohon getah


Di kejauhan. Salah satu pemandangan di singletrack

Akhirnya kami jumpa laluan yg sepatutnya, technical descent. Bermula dari sini banyak lagi technical descent yg dilalu. Bertambah tricky bila dicampur dgn kesan hujan & kesan laluan berpuluh rider sebelumnya. Macam sliding bike. Sebahagian descent lagi melalui kawasan pokok getah dgn akar yg timbul2 di sana sini. Tahap licin? Cukup licin hingga boleh tergelincir bila tolak semasa climb, turun apatah lagi!


Kota lama??? Opss... projek terbengkalai daa

Menuju 4km terakhir laluan lebih relak, doubletrack kebanyakkannya. Sehingga aku & Riza sampai, terdapat ramai lagi rider yg belum keluar. Aku tak pasti berapa ramai yg dah sambung ke 2nd loop. Mie call, dia masih tersangkut pada jarak 13km bersama satu kumpulan rider. Selepas lepak/borak beberapa ketika, akhirnya aku & Riza mengambil keputusan utk beredar terlebih dulu.

Sebelum tu ada drama! Beberapa pemuda kampung datang beramai2 ke tapak parking, marah2 kerana padang rosak akibat dilanggar kenderaan yg parking. So selepas berbincang, dengarnya KLMBH terpaksa membayar 'saguhati' utk membaik pulih padang berkenaan.

0 comments: