Tuesday, July 29, 2008

Cross Country di Rubber Research Institute

Plan asal seperti ramai yg akan join. Tapi dgn pelbagai sebab lain (baru bangun tidur, famili matter dll), tinggallah sekadar berempat termasuk aku. Yang lain merupakan 1st time ke RRI.

Cross Country riding at RRI
Bersama Fauzi & Abg Saiful di Pondok Aci

Cross Country riding at RRI
Fimi kanan sekali, juga 1st time di RRI

Ride laluan biasa, turut disertai oleh Koon (hash regular) yg kebetulan turut ke RRI. Sebelum ride, Han call dari Kemensah,"U kat mana?", "Sori la, I cancel Kemensah (bash), next time ok!".

Cross Country riding at RRI
Climb terakhir

Cross Country riding at RRI
Fimi yg murah senyuman

Kami membuat 2 ulangan descent, clear yg 1st then climb semula tarmac halfway hingga ke ramp Mat Jamil & descent lagi sekali.

Cross Country drop at RRI
Hardtail pun belasah je, apa ada hal...

Descending RRI
Di penghujung descent

Riding a bridge
Meniti titian usang
Read more...

Monday, July 28, 2008

Pre Season Week 5 (21-27/07/08)

Kepentingan masih pada aerobic workouts dgn beberapa high intensity workouts. Masa ride seharusnya bertambah (tapi bergantung pada masa free yg ada). Cuma mampu lakukan sebanyak 162.5 mins, kekurangan 92.5 dari target asal.

Monday : 30 minutes cross train or MTB (Done 23.06 mins 7.11km MTB onroad, 10 mins warm-up + 4 sets of interval 5-15 sec sprint, Av 18.5 Mx 36.8)

Tuesday : REST

Wednesday : 1 hour MTB (Done 24.19 mins 8.82km MTB onroad, Av 21.7 Mx 30.7)

Thursday : REST

Friday : 45 minutes cross training session (Done 1 hour 4 mins 21km MTB onroad: http://putrajayacriticalmass.blogspot.com/, Av 20 Mx 38)


Aku kiri sekali. Photo by Uncle D: http://ahwanphotography.blogspot.com/

Saturday : REST

Sunday : 2 hour MTB / Road (Done 51.25 mins 9.29km MTB - Rubber Research Institute, Av 10.8 Mx 45.8)

Target : 255 minutes (Done 162.5 mins 46.22km)

SAMPLE WORKOUTS WEEK 5 TO WEEK 8

• CafĂ© ride. Social ride at conversation pace. Don't try to race your mates up the hills - hold back. No anaerobic work.
• On a rolling course with several easy hills. Stay seated. Don't muscle up the hills.
• Turbo trainer - focus on spinning / technique and maintaining a high cadence of 80-90 rpm.
• Really easy flat ride - focus on keeping high cadence and good technique.
• Time trial on a loop that takes approx 30 minutes. First complete a 10 minute warm up. Then ride the loop as fast as you can. Record your time. This workout can be done in week 5 and then retested in week 8 to check progress.
• Turbo trainer - do a 10 minutes warm up. In an easy gear try to spin as fast as possible for 30 secs. Repeat 5-10 times with 1 minute recovery each time. Allow 10 minutes cool down.

Read more...

Friday, July 25, 2008

Sharper Digital Image

Kesemua photo2 dalam blog ini dishoot menggunakan Digital Camera. Mula2 menggunakan Fujifilm Finepix (http://www.flickr.com/cameras/fujifilm/finepix_a340/)sebelum) sebelumbertukar ke Fujifilm V10 (http://www.flickr.com/cameras/fujifilm/finepix_v10/). Untuk aksi2 lepak semasa ride sememangnya tidak jadi masalah. Cuma utk hi speed action atau drop/jump, sebahagian kita termasuk aku sendiri kadang2 akan mendapat image yg blur.

So, utk occasion yg berkaitan ada 2 teknik yg selalu aku guna (please, aku bukan pro photographer). At least boleh dapat image yg lebih sharp & clear. Pertama utk sample gambar drop di bawah, ini di ambil menggunakan teknik pre-focus. Cukup basic. Cari objek terdekat di mana rider akan lalu & click pre-focus (biasa separuh dari tekanan penuh button shutter). By the time rider sampai, terus full click. Utk image di bawah, mangsa pre-focus adalah bahagian hujung ramp tersebut.

Freeride di RRI

Satu lagi yg biasa aku apply ialah follow pergerakkan rider. Benda ini boleh dibuat dengan atau tanpa pre-focus. Tanpa pre-focus, cameraman perlu faham jarak masa shutter tu tertutup sebelum sampai ke target position (calculation kena tepat, kalau tak boleh ter'miss'). Maknanya klik lebih awal & follow rider tu ke target position. Contoh di bawah ini, aku pre-focus pada bump tempat lompat sebelum follow rider tu sedikit ke depan. So, dapat capture masa rider tengah on air dgn latar yg kabur/bergerak.

Freeride jump at Kiara

Satu lagi sample, pre-focus pada ramp then follow rider.

Freeride drop at RRI

Satu lagi, boleh buat tanpa (utk area terang) atau dgn flash. Tanpa flash biasanya lebih natural.
Read more...

Wednesday, July 23, 2008

Mapping & Training Log di MapMyRide.com

Aku baru berkesempatan utk explore benda ni http://www.mapmyride.com/. Quite interesting, cuma kalau ada Garmin GPS device lebih menarik.



Baru dapat draw satu loop yg biasa aku lalu guna basic tool (sure lebih canggih kalau ada GPS, in fact boleh download benda ni masuk ke GPS kalau tak silap). Macam2 boleh rekod, distance, masa tidur pun ada dan lain2 utk membolehkan check progress yg kita buat. Boleh jga sebagai guide mencari jalan utk ride ke mana2.
Read more...

Monday, July 21, 2008

Base Training Week 4 (14-20/07/08)

Recovery Week. Minggu perantara sebelum kena push next week (Pre Season Week 5). So, kurang aktiviti. Tapi hasil jauh merosot berbanding perancangan. Hasil kesibukkan sekadar berupaya utk satu short ride di Kiara.

Monday : 15 minutes cross train or MTB (Rest)

Tuesday : REST

Wednesday : 30 minutes MTB (Rest)

Thursday : REST

Friday : 30 minutes cross training session (Rest)

Saturday : REST

Sunday : 1 hour 15 minutes MTB / Road (Done 51.38 mins, 7.68km MTB offroad di Kiara, Av 8.9km/h Mx 34.2km/h)


AWAS! Beruk terbang! hehehe

Target : 150 minutes (Only done 51.38 mins 7.68km MTB, alahai...)

Training Wrap-up

Selepas 4 minggu, berikut adalah result/number yg dapat dikumpul. Dari anggaran keseluruhan 960 minit, aku hanya dapat penuhi sebanyak 719.09 minit (kurang 240.91). Keseluruhan jarak sejauh 162.82km utk 4 minggu, jauh berkurang jika dibanding dgn org lain tapi nyata lebih baik dari catatan peribadi sebelumnya.

Latihan seterusnya akan memasuki Fasa Minggu 5-8 (Pre Season) melibatkan climb & interval, InsyaAllah.
Read more...

Sunday, July 20, 2008

Republic of Puchong di Kiara

20 Julai 2008. Plan asal ke Batu Dam dibatal & bertukar ke Kiara (bagi memenuhi permintaan seorang member). Set utk ride 8.30 & bertolak dari Restoren Benazir Puchong pukul 8. Tapi pukul 8.30 masih lepak makan roti canai (sori Mie kena tunggu pulak, faham2lah warga veteran ROP).

X-junction

Pukul 9 lebih baru mula ride. Sebagai memberi semangat, aku beritahu seorang member yg 1st time ke Kiara, "Tarmac climb 500meter je" (sori bro, gurau2 hehehe). Tak kisahlah, yg penting semua sampai atas, kayuh atau pun tolak.


Lepak dulu menunggu yg lain


Miss ROP


Downgiller... Fauzi Dabomb!


Kuda Besi, laju siot dia climb!


Frame baru Ezam, NRS 3


Fimi, sambil climb pun boleh sembang!


Chief Republic of Puchong, Bro Enol

2k loop

Tak semua yg nak turun loop ni, ada yg memilih utk lepak di pondok guard turunkan heart rate. Pasal, habis loop ni kena climb semula, semput. Pada yg turun semua layan.


Downhiller ROP, Abg Ijan


Macam sliding bike je...


Shah yg coollll...


Fimi, jumpa teknikal je dia bantai gelak hehehe


Bro Enol, Apa barang tolak!!!

Descent ke Taman

Habis 2k, lepak lagi. Punya la lama borak2. Tak sure nak pergi mana. Ramai juga yg baru kali pertama ke Kiara, so terpaksa pilih loop yg agak 'mudah'. Akhirnya, kami climb ke wall ride & turun di situ. Baru turun dah ada yg tergolek gara2 bump jump selepas wall ride tanpa melihat switchback yg ada selepasnya.


Fimi layannnn....


Fauzi pun layan...


Ezam, amacam NRS ok tak?

Liku2 selepasnya semua layan, & aku berhenti beberapa kali utk pastikan semua berkumpul semula, sebelum memilih laluan yg lebih mudah (skip trail DH race), dan keluar di loop carnival menuju ke parking taman.


Pitstop sebelum pilih loop

Sebelum habis ini ada yg sudah 'chicken out' ke tarmac berhampiran mungkin akibat tangan & kaki yg sudah terlebih menggigil terutama yg pakai hardtail. Keseluruhan, ride pendek sahaja kurang 1 jam, cuma lepak yg lama. Habis ride lepak lagi.


Jaga! Anda downhiller lalu tu!!!


Jiran sepakat membawa berkat hehehe...

Lagi gambar2 di: http://republicofpuchong.blogspot.com/

Total Riding Time : 51.38
Distance : 7.68km
Average Speed : 8.9km/h
Maximum Speed : 34.2km/h
Read more...

Wednesday, July 16, 2008

Kajang Perdana Ride

Sunday ride bersama PCC: http://pcc-cycling.freeservers.com/& member2 Republic of Puchong di Kajang Perdana. Jangkaan jarak 22km merintasi Kebun durian, getah & kelapa sawit. Kali ini, kami konvoi beberapa kenderaan dari Puchong & tiba di Kajang Perdana sekitar 8 pagi.


Kawasan takungan rider2 terlibat

Sebaik sampai, ramai rider2 dari PCC yg dah standby. Tak sure dgn bilangan rider keseluruhan yg agak ramai. Sebahagian memang familiar, sering nampak kelibat di bash2 anjuran KLMBH.


Driver ROP, Ezam. Hari ini test kasut & pedal clipless baru


Jiran sepakat Kay (Doppleganger) & Shah

Briefing agak awal, majoriti rider PCC memang punctual tapi masih sanggup menunggu sedikit masa utk rider yg bersiap agak lewat. Trail marking (pink paper) agak limited, so leader hanya drop di junction2 utama. Anyway, ride ini free so, tak expect byk. Keseluruhan mereka cukup friendly.


Aikss! Ada peti sejuk?


Sesi briefing ringkas

Climb, Tolak & Relak

Ride start sekitar 8.30. First few kilometers, laluan agak flat. Climb pertama tamat di tempat mengumpul durian. Climb agak perit bagi sesetengah rider, so biasalah... tolak. Semua kemudian berhenti sambil menunggu saki-baki rider berkumpul.


Macam biasa mesti ada time tunnel menuju twilight zone!


Dah penat climb, kalau dapat durian best ni!


Steady bro, ada durian ni!


Tak larat boleh tolak, jgn segan2


Lepak dulu, cium bau durian!

Dakian kemudiannya bersambung ke aras yg lebih steep & technical, sedikit licin. Majoriti rider terpaksa tolak utk menghabiskan climb yg cukup panjang. Sebahagian memilih utk turunkan heart rate di spot2 tertentu sebelum berkumpul semula di ladang sawit berhampiran.


Climb lagi tak habis2


Dan lagi climb... dah nama pun basikal bukit


Adoi! Bukan takde power, licin la, tolak la...

Long Descent

Sampai tahap ini, group mula terbahagi 2. Yg dah sampai kena menunggu agak lama, tapi group lain tak nampak2 juga batang basikalnya. Maybe lepak di penghujung climb sebelumnya cari angin lebih.


Bersama org lama ROP, Abg Ijan (layan kona gak)


Mana yg lain ni Bro, hehehe...


Boleh jalan dulu tak ni?

Leader kemudian decide utk u-turn & check saki-baki rider sebelum ride bersambung tanpa group yg tertinggal. Beberapa km kemudian, laluan menurun dgn agak panjang. Laluan ini adalah yg sama pada Presidential Ride terdahulu. Satu doubletrack yg panjang dgn beberapa kerikil (batu) section, (so tayar boleh slide sedikit ke kiri/kanan) juga sedikit corner. Ada rider yg terjatuh selepas section ini, banyak juga calar-balar tapi boleh continue ride. Actually, byk lagi insiden yg hanya diketahui bila semua dah sampai/lepak di kedai mamak (kes terlebih syok/layan). Tiada yg serius.

Habis descent tersebut semua berkumpul semula kecuali group yg tertinggal tadi, masih tak nampak batang hidung. Pancit nafas ke tayar??? Jadi leader decide utk track balik selepas brief laluan seterusnya.


Mana diorang ni Bro? Hehehe...

Mana nak keluar ni?

Perjalanan seterusnya agak mudah. Tiada lagi killer climb yg kena tolak setengah nyawa. Cuma kumpulan kemudian berpecah2. Paper mark tak ada since kertas tu ada pada leader tadi. Terpaksa track ikut kesan tayar Nevegal ke Panaracer ni?


Ok... jalan, jalan, jalan...


On road semula sblm offroad balik


Kat mana ni pun tak tahulah, belasah!

Last2 group aku ni keluar ke jalan besar sebelum menuju ke tapak letak kereta tadi (mujur ada member setempat yg tahu jalan). Ceh!!! dah ada yg sampai, chicken dari selepas descent panjang tadi. Bersih & tak berpeluh dah, hampeh!


Sampai juga akhirnya, mana korang tadi?


Mana diorang ni tak sampai2 lagi?


Aikss, dah berlubang kasut baru kau???


Masuk balik ke van rasmi ROP, balik dah le...

Lepas lepak borak2, semua rider dah sampai, wajah puas, decide pula mana nak ride next week. Batu Dam? Ok, ohh... Rider PCC pun kebetulan ke Batu Dam juga. Cantik. Thanks pada semua rider PCC (jumpa seorang lagi rider Dawg - Deluxe). Happy Riding.

Total Riding Time : 1.57.22
Distance : 22.8km
Average Speed : 11.6km/h
Maximum Speed : 42.8km/h


Read more...