Monday, June 16, 2008

Short Ride di Kiara

Last minute punya call, 10mlm (Jumaat) baru confirm dgn Mie utk ke Kiara. Morning call. Mie baru bangun walhal aku dah di depan KSH. Ok, ride lewat sikit. So, what's the plan? "2k & errr... tengok la nanti". Start berkayuh, berselisih pula dgn satu wajah familiar yg ramah menyapa, "Assalamualaikum". Oh! Wahid Senario, salah seorang org kuat kayuh Ipoh.


Tak paham la lu ni, belum ride dah cuci basikal?


Antara punca org tak ride Kiara, 2km tarmac climb!!! Push... push!

2k Loop & Apollo

Selepas lepak pondok, turun ke 2k utk merasa trail baru. Flow yg cukup smooth, sebahagian masih agak lembut. Terdapat satu drop kecil (Riza, "Aku yang kerjakan tu!". Tabik Bro), designed utk slow downkan rider (terdapat satu corner di hadapan), seperti yg aku baca dlm TRAKS site yg hanya jelas bila dekat. But, overall cukup fun. Drop? Aku notice & langgar. Tapi mungkin utk beginner, mereka perlu brek & overtime mungkin akan ada sedikit damage pada trail bergantung pada penggunaan brek. Time will tell.


Hari ni pondok tak ramai org, lepak dulu


Antara part yg Extreme, "Sumpah aku tak tolak!".

Berlalu keluar di Apollo, then climb tarmac terus ke trek berkuda utk masuk ke Snakes & Ladders


Apollo 13, "We're in trouble!"

Snakes and Ladders

Kami masuk melalui trek kuda ke Snakes & Ladders. Memang ada ular! Agak besar & panjang berhampiran bridge. Biarkan dulu & ular tu faham, dia pun blah. "Bro, kalau lalu sini kena tolak sikit je lagi". "Boleh keluar sini tak?", cuba & last2 kena tolak naik balik, hampeh! Keluar di climb menuju Twin Peak, Mie & aku berpecah. Dia turun ke tarmac, aku pula lone ranger ke trail Kiara DH race #1.


Ini bukan kuda tapi orang, tumpang lalu Tuanku!


Kat mana ntah ni, main belasah je!

Masuk ke trek DH ada lagi tape kiri kanan. Rasa macam race tanpa penonton. At least dapat taste sikit, since tak pernah berkesempatan utk tengok race sebenar.


Tu dia... rempit jgn tak rempit!

Lalu melepasi Rock Garden, Carnival & terus ke parking. Terdapat byk pokok tumbang di sepanjang laluan, byk tenaga diperlu utk remove nampaknya, since semuanya tumbang melintangi trails.


Salah satu yg tumbang meringtangi laluan


Gap jump, sepi takde org layan

Selepas cuci basikal, terserempak lagi dgn wajah familiar. Rider yg drive straight dari Singapore semata2 utk ride di Kiara (Angela & Wayne kalau tak silap). "Jom minum", "Ok". Lepak sebelah KSH & jumpa Riza yg start ride lewat. Then register terus utk Epic Bash KLMBH lewat bulan ini.


Mandi wajib percuma disediakan

0 comments: