Tuesday, June 10, 2008

Kembara Pesisiran Terengganu

Perjalanan percutian dari 31/05/08 hingga 03/06/08 merentasi Kuantan (Pantai Teluk Cempedak), Dungun, Kuala Terengganu (Pantai Batu Burok) menuju ke Besut (Bukit Kluang).

Day 1

Dari Kuala Lumpur (Puchong), arah laluan adalah menuju ke Kuantan (Beserah) utk menghadiri satu majlis sebelum singgah sebentar di Teluk Cempedak (sori, no visual). Seterusnya menyambung perjalanan ke Dungun pada hari yang sama & bermalam di sana.

Day 2

Dari Dungun, bertolak pula ke Kuala Terengganu keesokkannya. Singgah pula di Pantai Batu Burok. Berkebetulan berlangsung acara Sukma (Renang) di pusat akuatik berhampiran. Batu Burok merupakan pantai yg menguatkuasakan larangan mandi, tapi dari segi kemudahan, semuanya lengkap. Terdapat taman rekreasi, restoren, resort atau homestay.


Dilarang mandi!

Tiada plan spesifik utk menetap di mana2. jadi, selepas mundar-mandir akhirnya terdapat sebuah homestay yg kosong. Utk RM80 semalam (Aircond), aku menetap di Homestay diberi gelar 'Kelubang Daik', apa maknanya aku pun tak tahu.


Kelubang Daik


Horse Riding di pesisiran Batu Burok

Sebelah malam, makan di kedai berhampiran pantai sebelum ke bandar mengelilingi Pasar Payang dan taman berhampiran yg terdapat pasar malam &... karaoke. Sumbang betul nyanyian mereka.

Day 3

Menyambung perjalanan ke Besut/Jertih keesokkannya. Oh! Itulah masjid Kristal!!! Hmm.. what a waste? Sampai ke destinasi dan selesai beberapa urusan, petangnya melawat pula ke Bukit Kluang. Terdapat pantai yg tidak kurang indah berhampiran sebuah bukit. Terdapat laluan tangga menuju ke trail 'hiking' yg curamnya cukup membuatkan jantung berdegup laju. Kalaulah ada basikal, mahu rasanya tolak naik dan layan descent!


Kaki hiking boleh lepas lelah di sini!


Pesisiran Bukit Kluang, Besut

Day 4

Hari terakhir, bertolak kembali ke Kuala Lumpur melalui laluan ke Bukit Besi, Kuantan/Jabor dan keluar ke Lebuhraya Pantai Timur. Timing agak kurang baik, tersangkut pada kesesakkan akibat kemalangan maut bas terjatuh gaung. Sesak sepanjang 5km. Berita akhbar esoknya terpampang 2 maut & berbelas lagi cedera.

0 comments: