Wednesday, June 25, 2008

Pagi di Putrajaya Wetlands

Minat untuk mencuba terdorong selepas melihat blog http://ahwbiking.blogspot.com/. Dari original plan bersama seorang rakan bertukar ke seramai 9 orang majoriti dari Puchong. Trail adalah, "Flat je, takde kondominium!", mengelilingi tasik & paya yg luas.


Flamingo yg bukan 'hotel' di permulaan trail


Time tunnel, under the bridge

Climb?

Oh my! Trail memang betul2 flat double track. Lucky, ada juga short climb menghala ke tapak pembinaan berhampiran IOI resort. Terpaku menunggu di puncak, seorang Bangla bersama sebilah pisau, "Potong sayur kot?". Itu juga satu2nya descent yg ada, kembali semula ke trail utama.


Ada climb ke tak ni?


After few kilometers, "Mana climb ni?"


Horehhh... ada gak descent, sikit2 jadilah!

Pondok Pohon Bambu

Laluan well maintained. Bersih & ada kemudahan tong sampah. Perjalanan bersambung & melintasi satu kawasan agak rendah digenangi air.


Banjir crossing


Hello... sapa yg tak basah kasut?

Di pertengahan jarak perjalanan terdapat pondok berhampiran rumpunan pohon2 buluh pancing. Ada short climb merintasi laluan pejalan kaki & bersambung di satu taman berhampiran.


Merenung persekitaran yg menghijau


Di bawah rumpun bambu

Barbeque Ber'token'

Laluan terus bersambung ke Wetlands bersebelahan & berakhir di pondok berhampiran perumahan mewah. Wah! "Ada water cooler free! Barbeque set pun ada". " Aiks! Pakai Token?". Yup, barbeque set operated dgn memasukkan token (boleh didapati di pejabat... oppss! kat seberang tasik, jauh wei!!!). Utk kembali ke parking, kami perlu melalui laluan basikal 'utama' menyeberangi jambatan & kembali ke waterpark.


Hampir ke penamat!


Fuyoh!! Barbeque pun pakai token?

Overall, trail ini sesuai utk ride sekadar riadah aerobic yg simple, hirup 'fresh air' sambil borak2 dgn member pesaing.

Total Distance : 16.82km
Riding Time : 1.19.10 hour
Average Speed : 12.7km/h
Maximum Speed : 35.0km/h


Read more...

Monday, June 23, 2008

Taman Botani & Putrajaya Wetlands

Sabtu (21/06/08), paginya spent sepenuh masa dgn famili meneroka 2 taman rekreasi di Putrajaya. Selain utk masa kualiti bersama famili, adalah utk meninjau kegiatan berbasikal yg terdapat di kawasan terbabit.

Taman Botani

Botani - tempat berkumpul beratus specis tumbuhan berhampiran sebuat tasik. Berkebetulan terdapat acara Formula Future. Terdapat sebuah restoren seafood terkenal berhampiran tasik. Cycling? Ok, kena sewa basikal majoriti 'Lerun' termasuk Tandem & baby carrier. So, sesuai utk berkayuh bersama famili mengelilingi laluan khusus utk pejalan kaki & basikal.


Kawasan tasik berhampiran restoren seafood

Wetlands Water Park

Park berhampiran pusat kayak. Sewaan kayak atau bot berkeluarga disediakan dgn fees yg berpatutan. Tempat khusus untuk pemancing juga disediakan. Untuk kayuhan offroad, trail landai berbatu kerikil dibina khas mengelilingi tasik & paya. Inilah trail yang aku lalu keesokkannya ketika berkayuh bersama rakan2 ROP. Berjarak kira2/hampir 20km keseluruhannya, dilengkapi dengan pondok rehat termasuk pusat barbeque ber'token' (1 token mewakili 14 minit operasi).


View dari jeti pemancing


View berhampiran pusat sewaan kayak & bot


Salah satu dari specis tumbuhan persekitaran tasik
Read more...

Friday, June 20, 2008

TST 5 After 7 Months

TST 5 (TERRAIN SELECTION TECHNOLOGY) takes the guess work out of finding the perfect compression setting to perfectly match the terrain and riding style. Finding the right compression feel is a hard adjustment to define since a single ride has a multitude of terrain changes, TST can offer on the fly adjustability. - Marzocchi.com


Apa beza benda ni? Tunggu break-in la dulu

Utk beberapa bulan pertama, aku tak sure apa effect TST 5 (if any, I barely noticed). Marzocchi fork ambil masa cukup lama (40-60hr) utk break-in. So, byk masa awal dihabiskan utk settting air pressure yg bertukar bila feel fork semakin lembut.


Pilih mana suka, keras atau lembut?

(DS) - Best setting for downhill

Well said, aku tak byk buat hi speed downhill (50-100 km/h). Dgn trail familiar yg dilalu, this is not my favourite setting atau yg selalu diguna (kecuali di awal break-in, ini setting yg paling lembut). Unless aku jumpa trail yg boleh run tanpa braking (braking/pumping corner atau utk jump, fork akan masuk jauh ke dalam stroke/bottom dgn terlalu mudah). Rule of thumb: Hi speed downhill & less/no braking, this is a setting for you.

(-) - Best setting for All Mountain

Setting pertengahan antara DS & AM. Hmmm... kalau ke trail seperti Batu Dam dgn descent yg agak panjang dgn moderate speed, less technical & tak perlu braking banyak, ini setting yg aku akan pakai.

(AM) - Best setting for All Mountain

This is all mountain! Plush & smooth. Well balanced. Ini setting yg paling byk aku guna. Even low speed compression tak seperti fork2 lain i.e Fox & Rockshox, tapi feel lebih baik pada moderate/hi speed (something between 40-50 km/h). Cukup balanced utk trail obstacles seperti small drop/jump (3ft) & under braking.

(+) - Best setting for All Mountain

Ok, penggunaan fork ni terhad utk All Mountain & Freeride (bukan Xtreme FR), then setting ini utk Freeride. In case kalau nak layan ramp seperti di RRI/Kiara, this is the right setting.

(CL) - Best setting for uphill, locked fork

Bila kali terakhir kita lock fork utk climb? Aku tak pernah, so setting ni terbiar, tak pernah guna. Mungkin rider yg berbeza akan suka setting yg berbeza. Feel ini adalah based pada 'air pressure' & rebound yg aku tentukan mengikut feel yg aku suka. Utk kebanyakan trail (bash, kiara, frim, rri etc) aku pilih setting (AM) & sekali2 (+) +160mm travel utk lebih firm feel bila jump atau (-) +160mm travel utk long, smooth descent.
Read more...

Monday, June 16, 2008

Short Ride di Kiara

Last minute punya call, 10mlm (Jumaat) baru confirm dgn Mie utk ke Kiara. Morning call. Mie baru bangun walhal aku dah di depan KSH. Ok, ride lewat sikit. So, what's the plan? "2k & errr... tengok la nanti". Start berkayuh, berselisih pula dgn satu wajah familiar yg ramah menyapa, "Assalamualaikum". Oh! Wahid Senario, salah seorang org kuat kayuh Ipoh.


Tak paham la lu ni, belum ride dah cuci basikal?


Antara punca org tak ride Kiara, 2km tarmac climb!!! Push... push!

2k Loop & Apollo

Selepas lepak pondok, turun ke 2k utk merasa trail baru. Flow yg cukup smooth, sebahagian masih agak lembut. Terdapat satu drop kecil (Riza, "Aku yang kerjakan tu!". Tabik Bro), designed utk slow downkan rider (terdapat satu corner di hadapan), seperti yg aku baca dlm TRAKS site yg hanya jelas bila dekat. But, overall cukup fun. Drop? Aku notice & langgar. Tapi mungkin utk beginner, mereka perlu brek & overtime mungkin akan ada sedikit damage pada trail bergantung pada penggunaan brek. Time will tell.


Hari ni pondok tak ramai org, lepak dulu


Antara part yg Extreme, "Sumpah aku tak tolak!".

Berlalu keluar di Apollo, then climb tarmac terus ke trek berkuda utk masuk ke Snakes & Ladders


Apollo 13, "We're in trouble!"

Snakes and Ladders

Kami masuk melalui trek kuda ke Snakes & Ladders. Memang ada ular! Agak besar & panjang berhampiran bridge. Biarkan dulu & ular tu faham, dia pun blah. "Bro, kalau lalu sini kena tolak sikit je lagi". "Boleh keluar sini tak?", cuba & last2 kena tolak naik balik, hampeh! Keluar di climb menuju Twin Peak, Mie & aku berpecah. Dia turun ke tarmac, aku pula lone ranger ke trail Kiara DH race #1.


Ini bukan kuda tapi orang, tumpang lalu Tuanku!


Kat mana ntah ni, main belasah je!

Masuk ke trek DH ada lagi tape kiri kanan. Rasa macam race tanpa penonton. At least dapat taste sikit, since tak pernah berkesempatan utk tengok race sebenar.


Tu dia... rempit jgn tak rempit!

Lalu melepasi Rock Garden, Carnival & terus ke parking. Terdapat byk pokok tumbang di sepanjang laluan, byk tenaga diperlu utk remove nampaknya, since semuanya tumbang melintangi trails.


Salah satu yg tumbang meringtangi laluan


Gap jump, sepi takde org layan

Selepas cuci basikal, terserempak lagi dgn wajah familiar. Rider yg drive straight dari Singapore semata2 utk ride di Kiara (Angela & Wayne kalau tak silap). "Jom minum", "Ok". Lepak sebelah KSH & jumpa Riza yg start ride lewat. Then register terus utk Epic Bash KLMBH lewat bulan ini.


Mandi wajib percuma disediakan
Read more...

Bagan Nakhoda Omar

Selepas ride di Kiara, bersama keluarga bergegas pula ke Sabak Bernam. Destinasi santai lewat petangnya adalah Bagan Nakhoda Omar, perkampungan nelayan berhampiran sebuah pantai di pesisir Selat Melaka.


Dulu sepi tanpa sebarang kemudahan

Dulu merupakan kawasan semulajadi bertebingkan hutan bakau. Overtime ianya dimajukan dgn pelbagai kemudahan rekreasi famili seperti pondok & food court. Bagi peminat memancing, boleh menyewa bot di kelong berhampiran.


Tumpuan nelayan & kaki pancing


Khidmat sewaan bot utk kaki pancing di kelong berhampiran

Terdapat trail di sepanjang pesisir, boleh diguna utk berkayuh tetapi tanpa sebarang bukit. Majoriti trail bersambung di antara satu pantai ke pantai yg lain di sepanjang pesisir.


Aktiviti wajib bermain layang2. My kids loved it
Read more...

Wednesday, June 11, 2008

Atomlab Quickstep Pedals

Pedal Atomlab ni sudah berusia sekitar setahun lebih. Pernah guna SPD termasuk yg ada platform & Crank Brothers Smarty (bad experience... payah nak clip, but once dah clipped performance ok. Used only once then terus jual balik).


Atomlab Quickstep. Simple, tough...

Pendek cerita aku perlu something yg ada platform & mud clearance yg baik. So, bila nampak pedal Atomlab ni terus beli. Harga boleh tahan RM350, tapi berbaloi. Pertama, free maintenance. Aku tak pernah ada masalah dgn cleat & clip, tak perlu adjustment langsung pada spring tension. Kedua, mudah clip & unclip. Spring lembut tapi direka utk lebih grip bila sprint. Satu negatif hanya pada weight, since pedal ni adalah DH specific.
Read more...

Tuesday, June 10, 2008

Kembara Pesisiran Terengganu

Perjalanan percutian dari 31/05/08 hingga 03/06/08 merentasi Kuantan (Pantai Teluk Cempedak), Dungun, Kuala Terengganu (Pantai Batu Burok) menuju ke Besut (Bukit Kluang).

Day 1

Dari Kuala Lumpur (Puchong), arah laluan adalah menuju ke Kuantan (Beserah) utk menghadiri satu majlis sebelum singgah sebentar di Teluk Cempedak (sori, no visual). Seterusnya menyambung perjalanan ke Dungun pada hari yang sama & bermalam di sana.

Day 2

Dari Dungun, bertolak pula ke Kuala Terengganu keesokkannya. Singgah pula di Pantai Batu Burok. Berkebetulan berlangsung acara Sukma (Renang) di pusat akuatik berhampiran. Batu Burok merupakan pantai yg menguatkuasakan larangan mandi, tapi dari segi kemudahan, semuanya lengkap. Terdapat taman rekreasi, restoren, resort atau homestay.


Dilarang mandi!

Tiada plan spesifik utk menetap di mana2. jadi, selepas mundar-mandir akhirnya terdapat sebuah homestay yg kosong. Utk RM80 semalam (Aircond), aku menetap di Homestay diberi gelar 'Kelubang Daik', apa maknanya aku pun tak tahu.


Kelubang Daik


Horse Riding di pesisiran Batu Burok

Sebelah malam, makan di kedai berhampiran pantai sebelum ke bandar mengelilingi Pasar Payang dan taman berhampiran yg terdapat pasar malam &... karaoke. Sumbang betul nyanyian mereka.

Day 3

Menyambung perjalanan ke Besut/Jertih keesokkannya. Oh! Itulah masjid Kristal!!! Hmm.. what a waste? Sampai ke destinasi dan selesai beberapa urusan, petangnya melawat pula ke Bukit Kluang. Terdapat pantai yg tidak kurang indah berhampiran sebuah bukit. Terdapat laluan tangga menuju ke trail 'hiking' yg curamnya cukup membuatkan jantung berdegup laju. Kalaulah ada basikal, mahu rasanya tolak naik dan layan descent!


Kaki hiking boleh lepas lelah di sini!


Pesisiran Bukit Kluang, Besut

Day 4

Hari terakhir, bertolak kembali ke Kuala Lumpur melalui laluan ke Bukit Besi, Kuantan/Jabor dan keluar ke Lebuhraya Pantai Timur. Timing agak kurang baik, tersangkut pada kesesakkan akibat kemalangan maut bas terjatuh gaung. Sesak sepanjang 5km. Berita akhbar esoknya terpampang 2 maut & berbelas lagi cedera.
Read more...

Monday, June 9, 2008

RRI Selepas Hujan

Hari dimulai dengan hujan sedari malam. Hmm.. it's gonna be wet & slippery. On tetap on. Cancel??? No way! "Pukul 8 berhenti la tu". Park di caltex sekitar jam 8 bersama Riza. Mie muncul sejurus kemudian dikuti dgn Mike. Hujan teduh sekitar 8.30 akhirnya. "Nak lompat ke tak?", "Errr... kita tengok la nanti".


Selepas 2 minggu tak mandi, pekena pula wider bar

Kami buat 2 loop (consider 1 & a half). 1 long offroad followed by descent (& huha jump session) & climb semula tarmac utk ulang descent. Met with another 2 riders, rasanya cuma 6 org ride RRI hari ni.

Fisrt Round

Macam biasa, masuk doubletrack kebun getah yg basah. Percikan air memasuki segala lubang yg ada di muka. Lalu climb kerikil & pondok aci, segala pemandangan biasa. Berhenti di pondok sekadar sebentar, sambung semula dan lepak di puncak tangki RRI. Redup.


Hari yg sepi di Bukit eerr... Kerikil kot?


The famous Tangki! I'm on top of the world, oppss... RRI!

"Dah lama tak utilise travel fork ni". "Bila kali terakhir aku rendahkan saddle utk descent?". Itu 2 perkara yg lama aku tak buat. Well, kali ni layan, drop seatpost & adjust travel fork ke full 160mm. "Err... aku pakai wider bar, 27" low rise". Tengok macam mana rasa. Weee... turun, aku lead. "Hmm... memang licin!". Up, up di ramp Mat Jamil, landed safely & stop, tunggu yg lain.

"Ko nak try? Aku ambik gambar". "Cancel la yg lain, licin la". Ok, so berganti2 try, miss clip lebih kurang, terduduk atas tayar etc, tapi takdelah yg tergolek 'dawg'.


Mike & Trance 3, full XT setup!


Dah lama tak tengok TBolt terbang...

Descent hari ni ok, dah ingat line, ruts etc. No incident at all. "Ok, 1 round lagi!". "Bro, ikut tarmac la, takkan nak offroad lagi?".


Meniti titian usang


Aduh... bergegar "Ball Bearing"!!!

2nd Round

Climb balik ke tangki melalui tarmac, borak2 dgn 2 rider lain then terus proceed ke descent lagi sekali. Sempat cilok rider depan (sori bro!) dan terus hingga ke penghujung laluan. Tangga teres rasa makin menggegarkan & wahh... semput, gigil lutut & lagi penat dari yg pertama tadi.

"Hmm... mana yg lain ni?". "Ok la, wa standby 'cam' nanti shoot lu org semua!". Sempat belek2 previous shot tadi, baru la nampak bayang diorang. Ok, action!!!


"Memang ada beza la Recon ni!


Org turun tangga pki kaki, lu pki basikal???

"Bro tadi jatuh la, kat longkang hari tu!". Apa nak buat, laluan tu agak tricky & tak nampak dari atas. Tapi semua ok, so cukup utk hari ni, "Jom minum!".


Habis dah pun, jom minum!

Total Distance : 9.62km
Riding Time : 1.00.14
Average Speed : 9.5km/h
Maximum Speed : 39.8km/h

Read more...