Monday, May 5, 2008

Bash Kampung Sungai Serai

Hash sepatutnya utk April tapi ditunda ke 4 Mei. Mulanya, aku tak sure utk join atas sebab kesihatan & so, I went to dentist on friday night. Plan sekadar utk cabut gigi, but turns out that gum aku pun ada problem. That's whylah rasa berdenyut semacam. Ok, doc sekadar bagi ubat penahan sakit, ponston. Tak sure berapa byk yg aku ambil sehari semalam, probably 8! So, aku spent the whole saturday dgn mata panas & merah. Stone macam Mat Pit!

I woke up early on sunday. Kepala rasa ding dong lagi... gusi? Err... ok kot? Took a shower, solat but still tak sure nak on hash ke tak. Tapi rasa lega sedikit pagi tu, so aku nekad utk join hash.

So aku keluar & jumpa Izamy di jejantas Sungai Buloh sebelum sambung perjalanan ke Rawang. Selepas melalui beberapa simpang yg agak mengelirukan, kami akhirnya sampai. Han pulak sesat ntah kat mana, but finally managed utk sampai on time sebelum hash bermula. "Eh... Han, U punya rim sama fork sama saya punya la". "Ya ka? Macam adik beradik la".


Sebahagian peserta. Ehh...mana Han?


Jumpa kawan baru... bagi no bro!


Bila nak start ni? Wa dah panas berpeluh ni!

Hash bermula agak lewat. Aku registered no:7, long. Start agak slow (tak confident nak kayuh long ke short?) & tersangkut di pertengahan rider yg ramai. Problem arise bila ada descent. Kena pula sangkut di belakang rider yg hati belum cukup kering utk descent, so brek, brek & brek. Nevermindlah, layan.


Jalan sehala 2 lorong pun traffic jam ka?


Mana trailnya ni wei?

1st 10km aku di depan, Han, Eric & Izamy dah jauh di belakang. Then aku stop utk ambil sedikit photo, buka glove, helmet, backpack & lepak sampai Han & Eric sampai. The rest of the trail aku ride sekali dgn Han. Banyak gila lepak. Total adalah dekat sejam, walhal riding time sekitar 2 jam lebih.


Keluar kebun getah, masuk kebun sawit


Masuk kebun sawit, hari dah mula panas


Steady Bro, baru halfway ni!

The trail is nice with lotsa climb & descent, cukuplah utk mengegarkan Dawg. River crossing pun banyak di campur beberapa section yg perlu tolak basikal. Kebanyakkan laluan trail juga adalah di bawah canopy... ahhh lega.. kurang la sikit panas.


First river crossing. Syok ka?


Bike aku ke Han ni?


Han & 'UBAT POWER'... turns out to be no power hehehe


River crossing lagi hehehe.. sudah panas ka Bro?

Overall aku happy dapat clear long loop walaupun tiba agak lewat (hampir pukul 1), given that keadaan kesihatan yg kurang baik. Once sampai parking, ehh.. cepatnya Mie sampai, tadi tak nampak pun? "Aku jatuh tadi, so keluar ikut short". "Ohhh... jom makan dulu kat kedai". "Ok".

0 comments: