Monday, May 26, 2008

Bash Taman Tasik Semenyih

"I'm taking short!". Hopefully boleh keluar sekitar 11 pagi. Aikss!... apasal sampai 17.95km??? Short ke long? "Kira medium la Bro!".

Location : Taman Tasik Semenyih
Date : 25th May 2008



Dah ramai... registered no 33 hari ni

So macam hash2 yg lain, pagi sebelum jam 9 sampai di parking, register dan siap apa yg patut. Ramai member yg join jauh dan dekat. This time aku ikut short & plan utk habiskan awal since jaraknya sekadar 12km. 9.40 pagi ON! ON!


Ready to roll!


Briefing... sejurus sebelum ber'tolak'

Mari Ber'tolak'

Ok, permulaan agak melenggang, tapi once masuk trail kebun getah, semua dah start tolak even laluan tu rideable. Nevermind, climb macam biasa tapi kena stop juga bila dah tersangkut di tengah2 kelompok yg tolak.


Macam relaks je kali ni!


Masuk trail pun, masih lagi relaks


Hahaha... akhirnya, start tolak


Tolak lagi la, bila yg depan dah tolak

Terdapat 1 lagi climb yg cukup steep menghala ke err... "Arah mana ni?". Satu kelompok naik & satu kelompok turun & berjumpa di tempat yg sama. "Where's the paper?". "ON! ON!" rupa-rupanya bersambung di bawah kebun getah. Ok, tolak turun, ride, climb & stuck lagi sekali.


Buat penat je wa climb, boleh pusing kat sini je!


Amacam? menyesal tak climb tadi?

"ON! ON!" ohh.. kena tolak turun pulak? Sedang elok tolak turun (licin beb!), bertembung pula dgn kumpulan yg ikut shortcut yg lebih mudah, hampeh!


Hei! Where are we?


ON! ON! Down here dudes!

One 'Killer Climb'

Bermula dari saat tolak tadi, aku ride dlm group 4-6 org. Koon (pernah ride sekali di Bukit Cermin), Riza (buyer fork), Mie (sidekick hehehe) & termasuk 2 lagi baru kenal, satu uncle dari Kuantan (byk story pasal Trail Bukit Pelindung) & seorg lagi yg baru first time join hash. So, relaks a bit la, borak2... climb, then stop tunggu yg lain, sampailah habis. Well, tak semudah tu nak habiskan.

Selepas masuk ke dedicated scenic loop, kayuh on flat beberapa km, jumpa anjing yg sibuk nak gigit org, last2 sampai ke satu check point. ON! ON! kena sambung ke laluan mendaki.


Scenic... sebelum ugutan gigitan anjing @$%^#%#!!

Climb dan rehat ramai di pertengahan sebelum menyambung semula. Last2 sampailah di laluan yg tu dia, sayup mata memandang. Laluan naik yg tiada satu rider pun yg berjaya climb, at least sampai pertengahan baru boleh ride. Total jarak climb lebih 1km atau hampir 2m, tak sure.


Wa surrender... lu org boleh climb, you all climb la!


Koon menolak, Riza terdampar kat tepi

Descending, 200m above sea level?

Ada naik bermakna ada turun. Selepas perit dgn climb sebelumnya, tup2 ada laluan menurun yg agak panjang lebih kurang 2km. Laluan agak lebar, tapi aku notice terdapat byk bump utk laluan air bagi mengurangkan hakisan. And the same bump of course, boleh layan jump (hit some & miss some). Satu perkara yg aku rasa pelik, once sampai ke bawah telinga terasa berdengung. Am I going too fast or bunyi angin? "Tu tadi turun dari atas 200m dari paras laut Bro!". "Ooo". Boleh tahan, kena pertimbang utk order GPS.

Short ke Long???


Weee... rasa2 dah nak sampai penghujung ni!


A long way home...

Mengikut reading pada cyclo computer, cuma tinggal 3-4km utk tamat. Tapi pusing punya pusing tak habis2. Keluar tarmac, then offroad balik, climb lagi, tersalah trail (dead end?) pun tak habis2. "Bro, betul ke jalan ni?". Akhirnya nampak juga sign 'HOME', ahhh... lega. Straight ke check out & tengok cyclo computer. "Eh, apsal 17.95km???. "Aku punya 18km lebih bro!". "Bukan ke short 12km je?". "Kira medium la ni hahaha!". Mana datang lagi 5-6km ni, rasanya kami follow paper mark yg betul. Nevermindlah!
Read more...

Tuesday, May 20, 2008

A Journey to the Unknown

Mana nak ride ni? Came last Friday pun tak sure. Last minute baru decide, tempat biasa tapi, "Boleh ke ikut jalan trail itu & ini?". "Ok, pukul 8 park depan Tokong". ON!

First few kilometers macam biasa, warm up. Skip simpang pertama ("Lain macam je Bro?") ke laluan, oh well... dah lama nak masuk tapi tak masuk. This time pun tak masuk juga.

I'm not gonna miss this one!

"Tu arah ke mana tu?". "Tu pusing keluar kat belah sana pulak, ok?". "10 minutes!". Di mana & trail mana? Mereka yg familiar & pernah lalu akan tahu. Tak apa, kita skip climb, at least buat 1 loop & see, ok! Anyway, climb yg satu ini memang terasa cukup berat, so after few spin we gave up.


Kat mana ni?... err, macam pernah nampak!


Wassuppp!!! Depan tu ada climb baik punya, mau naik?

But, please la... 1 round. "Ok! aku ikut ko je". Hmmm... satu round sekitar 2km, not bad. It's a trail less traveled, semak sini sana & oh my... apa tu??? Ini kesan sodokan 'Jungle Khinzir' (sebut dalam hati). Jangan tegur.

Finally, selepas satu pohon tumbang menyembah bumi & satu sesi tolak ("next time bawak cangkul, boleh repair ni Bro!"), completelah satu round. "Next time lepas climb kena masuk sini, wajib!".


Nak bawak cangkul ke next time? Licin ni!


Hei, I see the light... ada harapan!

On the way out... eh eh macam kenal, oh my old Flux! "Eh Bro, helmet baru la... hehehe". Apa khabar Flux lama tuan baru!

Total Distance : 13.92km
Total Time : 1.10.43 hour
Average Speed : 11.8km/h (relak la, why hurry?)
Maximum Speed : 45.1km/h

Read more...

Monday, May 12, 2008

Frim with Republic of Puchong

All set utk ride Frim Ahad 11 Mei. Last minute dpt sms dari Kay mention yg ROP (Republic of Puchong) pun mau join. No prob, ON! So, Ahad 8.30 park depan tokong.

Ahad... on the way ke FRIM, kring kring! "Hello, aku nak mintak maaf ni, aku baru bangun tido", sayup je suara Mie. "Wei, cepat keluar pki baju tu jugak!". Tak jadi hal, hari ni korum ramai lebih dari biasa. ROP ada ahli baru? yup!... di tambah dgn member jomkayuh.com bla bla bla.. ramai + one chinese girl (melanie) & BF. BF jogging saja??? Whatever, tapi group ni stick together dari mula ride sampai tamat (except.. of course her BF la.. donno jog sampai mana?).

Route? Err... Dreamtrail - Bkt Hari - Steroid - 501 (Burung Hantu), amacam? OK, SET!!! Off we go.


Tarmac climb Bukit Bujang

Trail Balau - Dream Trail - Rover

Cuara redup. Climb slo-mo ke Balau sebelum masuk ke Dream Trail. Wait n' Go khusus utk rider di depan, buat pit stop utk slower rider catch up balik. So, ride-regroup n' ride-regroup sebelum tamat di Rover.


Ramai2 masuk Balau Trail


Melanie SOLO... where's the other?


Best aaa ini macam, sejuk tak?

Habis Dream Trail, ramai yg termimpi. So, letak kaki & turunkan heartrate dulu sementara menunggu last group sampai. Trail berhampiran pokok besar yg tumbang nampaknya dah 'clear' kecuali sebuah lagi pokok sebelumnya, kelihatan semakin merendah ke bumi. Opss, ada yang kena pacat? Cepat check semua. Ok, "Jom sambung balik!".


Plan asal aku dgn Mie je, skrg kira tengok?


Steady Bro! Layan


Adegan kejar-mengejar


Habis basah baju gua!

Bukit Hari - Steroid

Tamat Rover terus proceed ke Bukit Hari. Hey, wait! "Apahal tu?". 'Gonggok Gergasi' naik tayar bro! Ok, beri laluan & sambung ride semula.


Boleh cuba pegang tak pakai glove tak?

Hari ni majoriti climb Steroid non-stop, but felt a bit 'pancit' lah. Maybe terkenan penangan Dream Trail yg berjaya suck up 'NRG' hamba2 ni semua. Layan. As usual, clear Steroid terus lepak chit-chat ntah hapa2 & "smile, you're in candid camera!".


Lepak2 tunggu orang pancit hehehe...


Apsal tiba2 ramai senget ke kanan?

Balik Wei... Nasi Lemak - 501 (Burung hantu?)

Mission accomplished! Climb sudah, XC sudah, descent sudah & teknikal pun sudah. Time utk nasi lemak. "Jom kat waterfall, pukul 1 pun ada lagi nasi lemak!". "Ye ke?". Kejor yeop kejor.


Upacara control 'angin perut' sebelum chicken ke 501


Shah layan jiwa di 501


Yippi... dah habih boleh pi makan


Control bro... control, ada burung hantu kat blkg!


Cool bro, layan!


Allo... ada burung ke hantu kat dalam?

Turun masuk 501, descent & singletrack lebih kurang dan menuju terus ke waterfall. "Mana ada nasi lemak oi?". Aiseh kempunan la nasi lemak kukus Abg Kelantan ni.


Balik wei... nasi lemak dah bungkus!

Mee Goreng Tujuh, Bubur Nasi & Air.. err... berapa mau?


Burrrpppppp!!!!!!


Jumlah cawan & pinggan yg tidak seimbang dgn jumlah perut

Di mana ada gerai di situ ada mee! Last2 semua mengisi perut di kedai makan berhampiran entrance FRIM mengadap tokong. "Eh.. Melanie, where's your BF?". "Itu pun sampai". Bro, next time bawa bike, we ride together okey? Overall semua ok, fun, happy, kenyang... bla bla bla blah! Balik.

Total Distance : 17km
Riding Time : 1.28.00 hour
Average Speed : 11.8km/h
Maximum Speed : 44.8km/h


Click close(x) utk replay slide. Enjoy!

Read more...

Monday, May 5, 2008

Bash Kampung Sungai Serai

Hash sepatutnya utk April tapi ditunda ke 4 Mei. Mulanya, aku tak sure utk join atas sebab kesihatan & so, I went to dentist on friday night. Plan sekadar utk cabut gigi, but turns out that gum aku pun ada problem. That's whylah rasa berdenyut semacam. Ok, doc sekadar bagi ubat penahan sakit, ponston. Tak sure berapa byk yg aku ambil sehari semalam, probably 8! So, aku spent the whole saturday dgn mata panas & merah. Stone macam Mat Pit!

I woke up early on sunday. Kepala rasa ding dong lagi... gusi? Err... ok kot? Took a shower, solat but still tak sure nak on hash ke tak. Tapi rasa lega sedikit pagi tu, so aku nekad utk join hash.

So aku keluar & jumpa Izamy di jejantas Sungai Buloh sebelum sambung perjalanan ke Rawang. Selepas melalui beberapa simpang yg agak mengelirukan, kami akhirnya sampai. Han pulak sesat ntah kat mana, but finally managed utk sampai on time sebelum hash bermula. "Eh... Han, U punya rim sama fork sama saya punya la". "Ya ka? Macam adik beradik la".


Sebahagian peserta. Ehh...mana Han?


Jumpa kawan baru... bagi no bro!


Bila nak start ni? Wa dah panas berpeluh ni!

Hash bermula agak lewat. Aku registered no:7, long. Start agak slow (tak confident nak kayuh long ke short?) & tersangkut di pertengahan rider yg ramai. Problem arise bila ada descent. Kena pula sangkut di belakang rider yg hati belum cukup kering utk descent, so brek, brek & brek. Nevermindlah, layan.


Jalan sehala 2 lorong pun traffic jam ka?


Mana trailnya ni wei?

1st 10km aku di depan, Han, Eric & Izamy dah jauh di belakang. Then aku stop utk ambil sedikit photo, buka glove, helmet, backpack & lepak sampai Han & Eric sampai. The rest of the trail aku ride sekali dgn Han. Banyak gila lepak. Total adalah dekat sejam, walhal riding time sekitar 2 jam lebih.


Keluar kebun getah, masuk kebun sawit


Masuk kebun sawit, hari dah mula panas


Steady Bro, baru halfway ni!

The trail is nice with lotsa climb & descent, cukuplah utk mengegarkan Dawg. River crossing pun banyak di campur beberapa section yg perlu tolak basikal. Kebanyakkan laluan trail juga adalah di bawah canopy... ahhh lega.. kurang la sikit panas.


First river crossing. Syok ka?


Bike aku ke Han ni?


Han & 'UBAT POWER'... turns out to be no power hehehe


River crossing lagi hehehe.. sudah panas ka Bro?

Overall aku happy dapat clear long loop walaupun tiba agak lewat (hampir pukul 1), given that keadaan kesihatan yg kurang baik. Once sampai parking, ehh.. cepatnya Mie sampai, tadi tak nampak pun? "Aku jatuh tadi, so keluar ikut short". "Ohhh... jom makan dulu kat kedai". "Ok".


Read more...