Tuesday, April 22, 2008

Trail Balau & Bukit Bujang

Trail Balau & Bukit Bujang adalah laluan pertama yg aku masuk ketika mula2 mengunjungi Frim. Kali terakhir mendaki Bukit Bujang sekitar 2 tahun lepas. Kali pertama juga, aku tersesat hingga memasuki Dream Trail yg masih berkeadaan asal tidak terurus.

Kisah kemasukan ke trail ini adalah atas saranan seorang pegawai Frim yg aku jumpa ketika meminta peta panduan trail yg terdapat di Frim. Menurutnya itu laluan yg paling mudah. Realitinya, Bukit Bujang adalah laluan mendaki hingga ke puncak sebuah tangki air dan berpatah balik. Trail Balau pula adalah laluan memasuki Bukit Bujang, juga berkeadaan yg sama.

Setelah sekian lama tidak mengunjungi trail ini, weekend lalu bersama Mie aku mengunjungi semula. Keadaan masih seperti dulu. Mendaki hingga ke penghujung, sebelum menemui satu teknikal singletrack menuju ke tangki air lalu berpatah balik.


Trail Balau menuju Bukit Bujang


Trail yg sunyi jarang dikunjungi


Dirimbuni pohon2 tua & besar


Technical singletrack menuju ke tangki

0 comments: