Monday, April 28, 2008

Saturday Blues

Minggu yg cukup busy. Injury (yet, another motorbike accident!) belum pulih sepenuhnya selepas 3 minggu. Giro Xen yg ditunggu pun tak sampai lagi walaupun dah clear local custom 17 April lepas. Crap! GPS masih dlm perancangan. Apapun, aku perlukan something utk mount pada bike sebagai rekod. So, aku managed utk dapatkan satu cyclo computer dari KSH & mount malam Sabtu lepas. Tak sure pukul berapa aku tidur malam/pagi tu.


'Mata Kucing' Velo 8

Rubber Research Institute

Ding dong... Huh! dah pukul 7!!! Aiseh, gua ada janji nak ride pukul 7 pagi tu. SMS dulu.

Aku: Aku baru bangun ni.
Mie: Aku kat caltex dah ni.
Aku: Ko kayuh la dulu & balik kalau ada hal. Paling awal aku sampai pukul 8.
Mie: Aku tunggu.


Tunggu? Kena pergi juga. Tak boleh cancel. Zup zap... mandi, solat, cari jersey, punggah bike. Pukul 8.17 baru sampai Caltex. Tiada kelibat rider lain, just the two of us. Tanpa proper warm-up, terus enter trail. Plan nak cepat habis sebab ada hal itu ini nak attend selepasnya.


Sunyi sopi takdo oghang, apo nak dikato...

After 4.2 Kilometers

Kami managed utk clear loop tu lebih pantas dari biasa. But then, badan rasa lain macam and zzzzzzz... bonked! Mungkin tak cukup tidur, tak warming up and bla bla bla.


Baru 4.km bai!


Nak tido ke nak kayuh?


Bagai melukut di tepi gantang... hehehe

Goofing Around

Aku rasa segar sedikit selepas bangun. Continue ride selepas itu dan menuju descent ke ramp. Aku lead, sebelum dengar ada suara memanggil dari belakang. Bila toleh, member tu dah tergolek pun. He would be fine, no problem.

Lepak sebentar di kawasan ramp. Kaki rasa tak sedap tapi dah alang2 sampai, layan ramp sikit. Up, up on the way.


Bukan main lagi pakai jeans!


Ok la utk org baru bangun tido...

5 minutes later

Click 2-3 shot & proceed ke descent seterusnya sebelum keluar. Zoom... merempit celah pokok getah. Disebabkan jarang ke sini, trail tak terlalu ingat & tak sangka ada longkang yg panjang. Aiseh! Rasanya dulu tak macam ni. Opss... termasuk pulak, slow down. Hoi! aku macam terdengar ada suara di belakang. Aku okey, tak crash. Tapi yg di belakang lain ceritanya. Dah ikut terlalu dekat, boom!


Hehehe... bike ada, mana ridernya?

Kenapa trail jadi macam ni? Inilah padahnya bila selalu drag brek & tayar belakang semasa descent.

Luckily, everything's fine. So continue ke descent seterusnya & habis sekitar 10 pagi. Lepak minum depan masjid sebelum balik. Still, langsung tak nampak kelibat rider2 lain yg selalu berkayuh di RRI.


Tetangga teres

Playin' with my 2 kids

Sampai ke rumah sejam berikutnya, anak2 aku dah siap menunggu. R&R sebentar sebelum bersiap dan bertolak ke kampung atas urusan tertentu.


Mau lawan?


Geng Bas Sekolah

Penat masih tak hilang. Mula drive sekitar 2.30 dan sampai pada 4 petang. At least dapatlah bawa famili jalan2.

Say hello to my RM300 Hardtail

Di kampung, dapatlah jenguk HT lama ini. So far, hardtail ni tiada masalah dalam jagaan abang aku. Frame dah repainted ke light blue sebelum ini. Anyway, tak sempat nak ride keliling kampung pun.


Hi, lama tak jumpa!


Tak sempat ride la pulak...

Menjelang Isyak, selepas semua urusan selesai, terpaksa berpatah balik ke Puchong kerana ada kerja yg perlu diselesaikan esok/malam ini. Tapi tak dapat lakukan apa2 bila pukul 12 malam baru tiba dirumah dan terus flat. Penat habis.

0 comments: