Wednesday, April 9, 2008

Jejak Rimau di Tanjung Malim

Seperti dipersetujui, pagi Ahad 06 April aku bertolak menuju ke UPSI utk berkumpul bersama2 rider lain. Sedia menunggu adalah Bob bersama seorang rakan. Selepas sebahagian lain sampai termasuk Izamy & ROP (Republic of Puchong), kami bertolak pula ke Warisan Heritage Agro Resort utk bertemu kumpulan rider lain.


Mie tayang bike baru pada Abg Enol & Bob


Sebahagian rider yg terlibat

Ride bermula agak lewat dari sepatutnya. Keseluruhan seramai 18 org semuanya, dari rider tempatan, Puchong & Klang. Trail kali ini adalah trail bahagian kedua dari ride terdahulu http://alimuddin.blogspot.com/2007/08/tg-malim-ride-suka2-2_05.html iaitu melalui satu kawasan kediaman Sang Rimau. Jarak agak pendek (kurang 10km) merangkumi bahagian climb yg agak panjang, berehat di kem 4x4 sebelum tamat melalui satu singletrack.


Selepas climb yg pertama


Taiko, Dr Izany a.ka.a Man Belon


TBolt rule!

Selepas melalui climb yg pertama, terdapat 1 lagi climb yg cukup steep & berlumut. Paling jauh hanya dapat climb separuh jalan sebelum tolak kerana terlalu licin. Selepas bahagian ini terdapat sedikit laluan menurun dgn 'rut' yg agak dalam kerana terkena hakisan air. Terdapat sedikit insiden melibatkan beberapa rider, namun tiada yg serius. Laluan seterusnya adalah menuju kem di tepi sungai. Di laluan ini boleh dilihat beberapa jejak kaki harimau. Tiba di sungai, berehat sambil buat kopi Aik Cheong serta mee segera (lihat galeri photo di bawah) sebelum menuju laluan keluar di singletrack.


Weeeee.... luasnya alam

Selepas puas mandi, makan & rehat, perjalanan disambung ke singletrack berhampiran. The trail is nice, cuma terdapat kesan2 korekan tanah mungkin hasil kerja si khinzir. Laluan dirasakan lebih kasar dari sebelumnya (ke sebab aku pakai hardtail?). Sejurus tamat, sebahagian rider menuju sungai berhampiran utk basuh basikal, mandi, tak kurang ada yg lepak & aku memutuskan utk pulang sekitar pukul 2 petang.


Tersadai selepas tamat singletrack


Lenggang perut pulak bai!

Rakaman sekitar Kem 4x4 dan ride keseluruhannya. Click close 'x' utk replay slide.



0 comments: