Tuesday, April 29, 2008

Giro Xen Finally Arrived

My long awaited Giro Xen finally arrived selepas 3 minggu. Phew! Why take so long lah? Guna USPS (United States Postal Service, hmmm.. dulu sponsor Lance Armstrong?) shipment maknanya package ni akan melalui procedure pos biasa. Never thought of that, really. Basically it's cheaper, safer but slower. Nevermind that. Kalau guna DHL atau UPS, normally boleh sampai sekitar 4-5 hari ke muka pintu.

So, pagi2 lagi terpaksa pergi ke Pos Besar KL utk claim package tu kerana 'insured'. Oh! "barang insured kena datang ambik dik, kita tak hantar". Whatever. As long benda tu sampai dgn selamat.


Sampai juga akhirnya... yahooooo.com

Back then, aku dah survey harga Xen. Susah nak dapat. Found one at Joo Ngan. Oh mak! RM520??? Setengah ribu just utk letak kura2 atas kepala? Hmmm... Fox Flux aku pun dapat RM280 mula2 dulu, now maybe sekitar 300 something. Tapi dah rezeki. Dapat satu deal menarik di internet utk Xen 07. Lepas campur shipping harga still affordable, if not cheaper dari Flux.


Am I sexy? Lagi sempoi...


Simple fit... sedang2 saja!


Good coverage utk All Mountain helmet


Lebih selesa, at least utk kepala aku

Compare dgn Flux dari segi weight, it's definitely lighter. Xen 336g dan Flux 372g. dari segi fitting, aku rasa Xen fits better ke kepala aku dgn feel yg lebih round compare dgn Flux yg agak ketat di bahagian side. Not to say Flux tak bagus but, in this case Xen scores better lah. Rupanya juga lebih simple, & that's why I like it!

And, my kids loved it too


Hehehe... ngam le!


Tra la la... hepi hepi!
Read more...

Monday, April 28, 2008

Saturday Blues

Minggu yg cukup busy. Injury (yet, another motorbike accident!) belum pulih sepenuhnya selepas 3 minggu. Giro Xen yg ditunggu pun tak sampai lagi walaupun dah clear local custom 17 April lepas. Crap! GPS masih dlm perancangan. Apapun, aku perlukan something utk mount pada bike sebagai rekod. So, aku managed utk dapatkan satu cyclo computer dari KSH & mount malam Sabtu lepas. Tak sure pukul berapa aku tidur malam/pagi tu.


'Mata Kucing' Velo 8

Rubber Research Institute

Ding dong... Huh! dah pukul 7!!! Aiseh, gua ada janji nak ride pukul 7 pagi tu. SMS dulu.

Aku: Aku baru bangun ni.
Mie: Aku kat caltex dah ni.
Aku: Ko kayuh la dulu & balik kalau ada hal. Paling awal aku sampai pukul 8.
Mie: Aku tunggu.


Tunggu? Kena pergi juga. Tak boleh cancel. Zup zap... mandi, solat, cari jersey, punggah bike. Pukul 8.17 baru sampai Caltex. Tiada kelibat rider lain, just the two of us. Tanpa proper warm-up, terus enter trail. Plan nak cepat habis sebab ada hal itu ini nak attend selepasnya.


Sunyi sopi takdo oghang, apo nak dikato...

After 4.2 Kilometers

Kami managed utk clear loop tu lebih pantas dari biasa. But then, badan rasa lain macam and zzzzzzz... bonked! Mungkin tak cukup tidur, tak warming up and bla bla bla.


Baru 4.km bai!


Nak tido ke nak kayuh?


Bagai melukut di tepi gantang... hehehe

Goofing Around

Aku rasa segar sedikit selepas bangun. Continue ride selepas itu dan menuju descent ke ramp. Aku lead, sebelum dengar ada suara memanggil dari belakang. Bila toleh, member tu dah tergolek pun. He would be fine, no problem.

Lepak sebentar di kawasan ramp. Kaki rasa tak sedap tapi dah alang2 sampai, layan ramp sikit. Up, up on the way.


Bukan main lagi pakai jeans!


Ok la utk org baru bangun tido...

5 minutes later

Click 2-3 shot & proceed ke descent seterusnya sebelum keluar. Zoom... merempit celah pokok getah. Disebabkan jarang ke sini, trail tak terlalu ingat & tak sangka ada longkang yg panjang. Aiseh! Rasanya dulu tak macam ni. Opss... termasuk pulak, slow down. Hoi! aku macam terdengar ada suara di belakang. Aku okey, tak crash. Tapi yg di belakang lain ceritanya. Dah ikut terlalu dekat, boom!


Hehehe... bike ada, mana ridernya?

Kenapa trail jadi macam ni? Inilah padahnya bila selalu drag brek & tayar belakang semasa descent.

Luckily, everything's fine. So continue ke descent seterusnya & habis sekitar 10 pagi. Lepak minum depan masjid sebelum balik. Still, langsung tak nampak kelibat rider2 lain yg selalu berkayuh di RRI.


Tetangga teres

Playin' with my 2 kids

Sampai ke rumah sejam berikutnya, anak2 aku dah siap menunggu. R&R sebentar sebelum bersiap dan bertolak ke kampung atas urusan tertentu.


Mau lawan?


Geng Bas Sekolah

Penat masih tak hilang. Mula drive sekitar 2.30 dan sampai pada 4 petang. At least dapatlah bawa famili jalan2.

Say hello to my RM300 Hardtail

Di kampung, dapatlah jenguk HT lama ini. So far, hardtail ni tiada masalah dalam jagaan abang aku. Frame dah repainted ke light blue sebelum ini. Anyway, tak sempat nak ride keliling kampung pun.


Hi, lama tak jumpa!


Tak sempat ride la pulak...

Menjelang Isyak, selepas semua urusan selesai, terpaksa berpatah balik ke Puchong kerana ada kerja yg perlu diselesaikan esok/malam ini. Tapi tak dapat lakukan apa2 bila pukul 12 malam baru tiba dirumah dan terus flat. Penat habis.
Read more...

Friday, April 25, 2008

Mountain Bike Videos at Pinkbike.com

I repost all my self-edited mountain bike videos at pinkbike.com. They're now look bigger & better but would take longer to download & view. For me, it's worth a wait as their view quality is much more better than YouTube. Check it out!

Batu Dam Santai Ride


Bukit Cermin Trail Riding


Frim Trail Riding Part 1


Satu Pagi di RRI


Hash Kiara 2008

Read more...

Tuesday, April 22, 2008

Trail Balau & Bukit Bujang

Trail Balau & Bukit Bujang adalah laluan pertama yg aku masuk ketika mula2 mengunjungi Frim. Kali terakhir mendaki Bukit Bujang sekitar 2 tahun lepas. Kali pertama juga, aku tersesat hingga memasuki Dream Trail yg masih berkeadaan asal tidak terurus.

Kisah kemasukan ke trail ini adalah atas saranan seorang pegawai Frim yg aku jumpa ketika meminta peta panduan trail yg terdapat di Frim. Menurutnya itu laluan yg paling mudah. Realitinya, Bukit Bujang adalah laluan mendaki hingga ke puncak sebuah tangki air dan berpatah balik. Trail Balau pula adalah laluan memasuki Bukit Bujang, juga berkeadaan yg sama.

Setelah sekian lama tidak mengunjungi trail ini, weekend lalu bersama Mie aku mengunjungi semula. Keadaan masih seperti dulu. Mendaki hingga ke penghujung, sebelum menemui satu teknikal singletrack menuju ke tangki air lalu berpatah balik.


Trail Balau menuju Bukit Bujang


Trail yg sunyi jarang dikunjungi


Dirimbuni pohon2 tua & besar


Technical singletrack menuju ke tangki
Read more...

Tuesday, April 15, 2008

SRAM Sealed Bearing Hub

Satu2nya aktiviti berkaitan mountain biking last sunday, singgah ke Uncle Goh bike shop utk ambil rear wheel. Finally dapat juga hub baru selepas survey beberapa kali utk mencari rear hub sahaja. Very cheap sealed bearing hub cap 'SRAM'? Whatever, asal boleh pusing.


SRAM pun SRAM lah.. janji jalan!

Pada harga RM150, aku no complain. Tak sanggup nak spend terlalu byk utk Hope rear hub & yg seangkatan dgnnya. Berat pun tak jauh beza dari hub stock asal & cukup smooth, tapi tak sure dari segi ketahanan.


Sanggup ke nak spend RM500-1000++ utk hub? Buat masa ni tak sanggup!
Read more...

Wednesday, April 9, 2008

Jejak Rimau di Tanjung Malim

Seperti dipersetujui, pagi Ahad 06 April aku bertolak menuju ke UPSI utk berkumpul bersama2 rider lain. Sedia menunggu adalah Bob bersama seorang rakan. Selepas sebahagian lain sampai termasuk Izamy & ROP (Republic of Puchong), kami bertolak pula ke Warisan Heritage Agro Resort utk bertemu kumpulan rider lain.


Mie tayang bike baru pada Abg Enol & Bob


Sebahagian rider yg terlibat

Ride bermula agak lewat dari sepatutnya. Keseluruhan seramai 18 org semuanya, dari rider tempatan, Puchong & Klang. Trail kali ini adalah trail bahagian kedua dari ride terdahulu http://alimuddin.blogspot.com/2007/08/tg-malim-ride-suka2-2_05.html iaitu melalui satu kawasan kediaman Sang Rimau. Jarak agak pendek (kurang 10km) merangkumi bahagian climb yg agak panjang, berehat di kem 4x4 sebelum tamat melalui satu singletrack.


Selepas climb yg pertama


Taiko, Dr Izany a.ka.a Man Belon


TBolt rule!

Selepas melalui climb yg pertama, terdapat 1 lagi climb yg cukup steep & berlumut. Paling jauh hanya dapat climb separuh jalan sebelum tolak kerana terlalu licin. Selepas bahagian ini terdapat sedikit laluan menurun dgn 'rut' yg agak dalam kerana terkena hakisan air. Terdapat sedikit insiden melibatkan beberapa rider, namun tiada yg serius. Laluan seterusnya adalah menuju kem di tepi sungai. Di laluan ini boleh dilihat beberapa jejak kaki harimau. Tiba di sungai, berehat sambil buat kopi Aik Cheong serta mee segera (lihat galeri photo di bawah) sebelum menuju laluan keluar di singletrack.


Weeeee.... luasnya alam

Selepas puas mandi, makan & rehat, perjalanan disambung ke singletrack berhampiran. The trail is nice, cuma terdapat kesan2 korekan tanah mungkin hasil kerja si khinzir. Laluan dirasakan lebih kasar dari sebelumnya (ke sebab aku pakai hardtail?). Sejurus tamat, sebahagian rider menuju sungai berhampiran utk basuh basikal, mandi, tak kurang ada yg lepak & aku memutuskan utk pulang sekitar pukul 2 petang.


Tersadai selepas tamat singletrack


Lenggang perut pulak bai!

Rakaman sekitar Kem 4x4 dan ride keseluruhannya. Click close 'x' utk replay slide.




Read more...