Monday, March 31, 2008

Bash Bandar Tasik Puteri

Date: Sunday 30th March 2008
Venue: Bandar Tasik Puteri (BTP), Rawang


Sekitar jam 8 aku berjumpa Ejau & Izamy di Hentian Jejantas Sg Buloh. Han masih dlm perjalanan, so kami terus ke BTP & berkumpul di sana. Selepas register & bertegur sapa dgn Haris Kelolo (hares) termasuk seorang member lain dari BTP, baru Han tiba bersama Eric. Kay & Shah muncul sejurus sebelum bermula briefing.

Han, Eric, Ejau, Izamy & aku register utk long loop manakala Shah & Kay scenic loop. Trail majoriti adalah laluan kebun kelapa sawit beserta beberapa laluan menuruni teres.


Laluan bersih di rimbunan pepohon sawit


Para riders di pertengahan jarak perjalanan


Litespeed Titanium HT


Han & Eric sebelum kehabisan air, smile...

Halfway kami bertemu dgn seorang budak yg menjadi guide ke beberapa laluan alternatif. Aku sempat follow budak ni menuruni beberapa teres. Dgn confident dia roll smoothly semua teres tu tanpa turun & tolak, sebelum memberi laluan. Not bad!


Kecil-kecil cili padi, turun teres tak tolak tu!


Where to go?


Good Ol' Stumjumper!


Turun teres, atas atau tepi basikal... tolak!


FS heaven!


Riding solo


Keluar dari teres terakhir sebelum terjelir di tengah panas

Selepas beberapa kesulitan termasuk kehabisan air pada laluan terakhir yg terbuka di bawah panas terik, aku & Han berjaya menghabiskan hampir 30km. Eric berada di depan manakala Izamy telah jauh di belakang.

Selepas memulangkan nombor aku bergegas balik. On the way Ejau call bertanya perihal hash tadi memandangkan dia keluar lebih awal. Menghampiri tol USJ, Izamy pula call menyatakan beliau berjaya keluar akhirnya. Bravo! Ist hash, took long loop & finished!


Read more...

Tuesday, March 25, 2008

Full Sus or Hardtail?

Seorang dari fullsus ke hardtail, yg seorang lagi sebaliknya. Trail minggu ini adalah Bukit Hari - Steroid Hill & 501. Damage yg teruk adalah di Bukit Hari. Pengurusan Frim sedang upgrade beberapa projek, so trail sudah dilapangkan. Di beberapa bahagian tanah terlalu lembut bila terkena hujan pada malam sebelumnya. Descent di beberapa bahagian rasa seperti 'sliding bike'. Nevermind, at least dapat test WTB Moto Raptor di wet trail. Not Bad.


Proud owner. 2.6k Haro Shift + free Sombrio glove, what a bargain!


Apasal bawak hardtail bro? Errr..... syok?


501 trail. Jalan masuk pun dah kena sodok!
Read more...

Wednesday, March 19, 2008

ToraBora Shakedown

Ini kali kedua ride hardtail ni. Frame DaBomb ToraBora XC dan parts keseluruhannya adalah stock dari Jamis Parker. Pendek kata XC frame mix dgn slopestyle bike punya parts. Agak berat utk XC, tapi enjoyable utk trail ride.


Click to enlarge

Frame sizes : S 15"
Frame tubing : Aluminum
Fork : RockShox Recon 351 U-Turn 85mm - 130mm - Coil
Crankset : Shimano series
Pedals : Wellgo flat pedal
Chain : Shimano
Cassette : Shimano (11-32t)
F/D : Shimano Deore
R/D : Shimano Deore
Shifters : Deore Rapid shifter
Handlebar : Easton
Stem : Easton
Brakes : Tektro Auriga
Tires : WTB Moto Raptor 2.4
Rims : WTB Dual Duty FR
Saddle : WTB Soeed V
Seatpost : Da Bomb


Cross logo? Sudah ditutup sebahagian. Sedikit sedutan dari ride di RRI.


Read more...

Tuesday, March 4, 2008

Ride & Recce RRI

Pagi Ahad 02/03/08, bersama Wak dan Izamy. Pukul 10 bermula dakian tarmac memasuki RRI, terus ke penghujung tarmac utk memulakan recce. Pandangan pertama kawasan ini memang terlalu curam. Melihat keadaan, byk kerja yg perlu dibuat.


Wak sedang survey laluan sesuai

Laluan recce ini akan menurun ke trail XC. Dari situ recce bersambung hingga menemui satu laluan yg akan melalui parit kecil dgn air mengalir. Mungkin berpotensi untuk di bina ramp atau titi untuk melintasi parit tersebut.


Gap jump atau bridge?

Selepas puas menjelajah & menolak basikal, rasanya memadailah utk hari itu. Kami akan kembali di lain hari utk kerja2 seterusnya.

Recce report sepertimana yg dipost oleh Wak http://bikintrail.blogspot.com/

Seterusnya kami keluar dan menuju ke tempat ramp. Sedia menunggu adalah Udang, Rizal & Herman. Terdapat satu ramp yg baru dibina oleh Wak & D' Gang selepas siap drop yg agak tinggi tempoh hari. Ramp ini walau pun tidak tinggi tetapi berkedudukan agak sedikit mendongak.


Tidak tinggi, sekadar mendongak


Double trouble!


Landing juga agak sedikit mendongak

Beralih pula ke ramp berkembar atau lebih dikenali dgn panggilan Ramp Mat Jamil.


Double ramp, drop to flat. Pilih size mana suka


Everybody can do this... pump dulu


And launch... weeeeeeeee


Geng perasap Trail, dari kiri: Izamy, Udang & Rizal

Di freeride line ini sudah terdapat 4 ramp/drop. Untuk full descent pun 4 ramp juga. Hari itu juga, Wak sempat me'recce' laluan descent yg lain pula. Bila selesai descent, kami kembali ke Caltex dan mengakhiri sesi di meja makan restoren sarapan tadi.



Ada free, ride!
Regards
Read more...