Monday, February 25, 2008

Steroid Hill

Destinasi ride aku pada hujung minggu sudah (Sabtu). Mulanya bertiga termasuk Awie & Izamy. Di pertengahan, bertemu pula dgn Mustafa & beberapa rakan mtb yg lain. Bagi Izamy & Mustafa, ini merupakan kali pertama mendaki Steroid Hill. Aku sekadar menyelesaikan 1 pusingan manakala Awie 2 pusingan.

Selepas berehat, bersembang & 'toreh pokok', kami berpatah balik utk makan/minum di cafe. Sedia berada di sana adalah Mustafa yg telah turun terlebih dahulu sebelumnya. Kesudahannya adalah bersidang sampai tengahari (lupakan Dream Trail) dgn topik perbualan bersekitar politik pilihanraya hingga ke harga minyak.

0 comments: