Monday, February 18, 2008

Kiara Bersama LOSKA

Hari yg dijanjikan, Ahad 17/02/08, sekitar pukul 8.20 pagi aku bertemu Izamy berhampiran KSH TTDI. Selang beberapa minit Wak pula menyusul tiba. Dari situ kami bertiga setup basikal masing2 & kemudian ride menuju ke taman utk bertemu rakan2 lain dari LOSKA iaitu Abg Sabri & Faizal (Dawg buddy). Hijau (LOSKA) pula tiba sejurus sebelum kami memulakan ride utk climb ke X junction.


Bersama Izamy sejurus sebelum ride bermula


Kona buddy, Wak


Abg Sabri bersama Dawg buddy, Faizal


Sejurus sebelum 2k, Wak sudah berada di alam la la la


Smile! posing di X junction

Sebenarnya, masing2 belum menetapkan utk memasuki mana2 loop. Selepas semua bersetuju kami terus memasuki 2k loop. Bermulalah descent yg pertama. Laluan membawa keluar ke satu lagi dakian tarmac. Selepas berehat seketika di simpang 3, sedikit lagi dakian tarmac dilakukan menuju kembali ke X junction. Kami luangkan sedikit masa utk mengembalikan kadar heart rate kepada bit yg lebih relak.

Niat asal adalah utk memasuki loop 4k. Namun atas pemintaan sebahagian yg mahukan laluan ke tokong, semua setuju. Walau bagaimana pun, tiada yg mendaki sehingga ke puncak Twin Peak, sebaliknya kami meluangkan masa melayan beberapa bump & jump yg terdapat di sepanjang laluan. Wak yg tadinya layu tiba2 menjadi cergas bila melihat adanya jump. Jika tidak atas desakan rakan lain yg mahu pulang, tidak pasti berapa kali Wak akan turun naik utk melayan. Ada juga beberapa insiden tunggang terbalik, tapi Alhamdulillah, kecederaan cukup minimal. Tapi, pedih juga nampaknya. Turut kelihatan adalah sebilangan rider downhill yg training di laluan khusus utk perlumbaan pada 24hb ini.


Wak zoom down


Dawg buddy, Faizal


Bagai angin menderu


Aduh Saliha 1


Aduh Saliha 2

Dari situ, kami berlalu turun ke descent yg lain. Majoriti memilih utk skip Rock Garden, jadi kami melalui loop Carnival menuju ke taman. Sempat juga kami menuruni beberapa laluan yg dikhususkan utk perlumbaan akan datang. Sekali lagi kami bertembung dgn beberapa downhiller yg sedang mencuba laluan lumba.


Abg Sabri di race line


Faizal di race line


Wak zoom down


Hijau & Ransom, damn light!


Amacam, best ka?

Sesi hari itu berakhir di taman. Sejurus selepas itu semua yg terlibat menghabiskan sedikit masa berehat sambil minum2 di restoren bersebelahan KSH. Smile, ada 'bunga' di belakang kamu.


Biar betul! 2 orang 4 gelas?

Rentetan peristiwa keseluruhannya (click 'close' utk replay slide). Untuk lebih visual sila ke http://picasaweb.google.com/mafif4/Kiara17thFeb/ hasil dari lensa Abg Sabri.

0 comments: