Wednesday, February 20, 2008

Saddle Adjustment

Minggu lalu, dgn berpandukan beberapa tips dari beberapa majalah, satu adjustment pada saddle telah aku buat melibatkan ukuran geometri fizikal aku (termasuk cycling shoes). Bermula dgn ukuran panjang kaki (berkasut dari bawah hingga ke kelangkang) utk menentukan ketinggian saddle. Panjang kaki aku adalah 77.3 cm & perlu didarabkan dgn 0.883 utk mendapat ukuran yg sepatutnya. 77.3 cm x 0.883 = 68.2 cm.


Tinggiku = 77.3 cm x 0.883 = 68.2 cm

Seterusnya aku levelkan saddle. Kemudian duduk atas bike utk menentukan kedudukan rail saddle dengan memastikan kedudukan bawah tempurung lutut kaki hadapan selari dengan kedudukan pedal (kaki di atas pedal berkedudukan pukul 3 & 9). Hasilnya aku kena run saddle full ke depan & level. Namun terdapat sedikit pertambahan pada ketinggian saddle. Stem masih tidak terusik pada kedudukan offset.


Levelling

Semasa ride di Kiara pada ahad lepas & tiada lagi terasa sakit di bahagian belakang. Secara keseluruhannya aku perlukan stem yg lebih panjang utk kemudahan semasa mendaki. Aku memilih Thomsom Elite X4, 90mm panjang sebagai pertukaran kepada Truvativ XR 70mm. 90mm bagi aku cukup utk mengimbangi antara climb & descent. Bonus adalah shifter cable & housing dari Jagwire, putih.

3 comments:

KeLoLo said...

Macam nak buat land survey! Teknikal giler bunyinya. Ni kena credit yang baik dalam matematik ngan fizik. Dua-dua aku pelangkung...

Jon said...

Look here

Alimuddin 'Don' Shahid said...

apa susah tuan... calculator kan ada hehe