Thursday, January 24, 2008

Trail Riding dan Recce

Sempena cuti wil2 semalam (23/01/08) aku layan ride di Bukit Cermin bersama geng LOSKA kali ini. Video di bawah ini adalah koleksi footage lama & baru semalam punya.


Trail Riding di Bukit Cermin http://www.youtube.com/watch?v=SaQXCFR76fo

Geng LOSKA yg join ride hari itu adalah Wak, Sabri, Matyen, Faizal & Seken. Sekitar pukul 9 lebih baru start ride.


Deretan jentera LOSKA


LOSKA berhampiran exit trail. Singgah hantar cangkul

Sampai di trailhead, terdapat longgokan kayu yg banyak. Boleh buat stok. Aku & Wak plan utk kumpul kayu tu buat sculpture freeride sikit.


Akhirnya, pucuk dicita ulam mendatang, cukup utk projek

Macam biasa climb bukit tonggek S loop sampai ke DIGI. Setelah puas kembang kempis hidung cari oksigen, akhirnya sampai juga ke puncak. Kedatangan aku di sambut meriah oleh para 'Micheal'. Bila heart rate aku dah mula menurun, barulah kelibat Faizal sampai. Kemudian Wak pula. Eh... Wak sampai dulu? Tolak tu. Yang kayuh tersangkut pula di Celcom. Beberapa minit kemudian baru semua sampai.


Micheal learns to rock!


Faizal bersama fork baru


Wak tolak pun laju ni, pandai simpan NRG!


Kembar seiras, jangan salah naik orang punya!


LOSKA dari kiri: Seken, Matyen, Faizal, Sabri & Wak

Pendek cerita, aku & Wak merancang utk recce laluan downhill yg baru. Sementara yg lain nak ride full loop termasuk Seken & Matyen yg 1st time ke sini.

Aku & Wak meneruskan agenda recce. Akhirnya kami dapat line yg majoritinya 45 degree, mungkin ada satu switchback dan beberapa mini drop.


Tebas Wak bagi clear


Mari mengundi! Satu2nya tanda kami pernah bersemayam di sini


Wak terjun tiruk dulu, boleh ke?


Celah pokok ni kena cangkul la... bila nak sambung?


Macam boleh tolak, kayuh turun boleh ni...


Ooo mak kau terangkat!!!


Dawg ni pandai cari jalan & cukup setia



Nak terjun ke pusing roda? Berapa degree ni?

Selesai recce, aku & Wak bertembung dgn LOSKA yg lain di laluan sebelum downhill terakhir. Terserempak pula dgn kumpulan rider lain yg dipercayai tersesat mencari long loop. Selepas mendapat sedikit panduan & mereka terus gerak utk mencuba. Aku dapati laluan downhill terakhir sudah dinaik taraf dgn beberapa berm yg lebih smooth dipercayai kerja Yazid & member2 PH yg training downhill. Bila habis layan section tu, aku bawa Wak tour 'kaki' ke atas semula di bahagian yg aku plan nak buat drop atau mini teknikal section/stunt. Nampak seperti tiada masalah kerana stok kayu dah ada di trail head. Bila aku & Wak turun balik, geng LOSKA ni dah siap bersidang.


Sidang jemaah LOSKA, tergempar!

Sebelum balik kami tinjau bahagian drop hujung tu & plan apa2 pembaikan yg boleh dibuat. Hari ni tiada sebarang jump/drop.

0 comments: