Tuesday, January 8, 2008

Layan Drop Baru di RRI

Seperti yg dirancang beberapa hari sebelumnya, aku ke RRI (Sabtu 05/01/08) utk bersama2 Wak serta beberapa rakan membina trail. Sekitar 8.40 aku sampai di Caltex & bertemu Wak serta 2 lagi rakannya, Udang & Rizal yg akan turut serta.


Awal2 dah pancit, lepas ni pancit masa climb pulak

Selepas Wak selesai minum kami bertolak masuk ke RRI. Sampai di tapak projek, Udang & Rizal sudah sedia menunggu. Terdapat satu drop baru yg masih sekitar 50% siap. Wak terus mencuba & berjaya land tanpa masalah. Aku pun semangat nak cuba, namun bila sampai di hujung platform tu aku batalkan niat & terus melompat turun ke kanan. Alamak, dia punya angle & line agak senget, dicampur dgn permukaan hadapan tanah yg off camber. Selepas berbincang, kami mencari kayu mati yg agak besar sebagai penahan tanah & meratakan kawasan landing tersebut serta membetulkan angle mana yg patut. Hasilnya best, puas hati.


Angkut kayu dulu. Dari kiri : Rizal, Aku & Udang


Cangkul time!


Raja Ramp RRI, Wak!


Drop baru dari pandangan depan, cantik tak?

Selepas selesai, Wak meneruskan agendanya utk recce line downhill selepas drop tersebut dan aku sempat menuruni satu lurah utk test line mana yg sesuai. Selepas beberapa ketika, kami memutuskan utk menyambung kerja di sesi yg lain. Memandangkan waktu hampir tengahari, kami memilih utk test ride drop yg baru siap.


Dah turun, kena tolak naik la balik... umf... umf...umf

Wak memulakan sesi test dgn beberapa percubaan. Selepas itu Udang, Wak & Rizal sama2 menolak bike naik ke atas utk buat test run. Aku pula agak malas & memilih utk test dari bawah. Dengan jogging speed, aku test drop itu 2 kali berturut2 & berjaya landing dgn baik, syok! Wak & Udang mengulangi membuat beberapa test run dengan kelajuan yg lebih berbanding aku. Terdapat beberapa insiden kecil termasuk aku & Wak yg sama2 tergelincir pada permukaan tanah yg masih lembut & belum padat selepas drop tersebut.


Fuyoh!!! Wak sekarang lebih mantap... don't play2


Hati2, lurah gelinciran... adus! http://www.youtube.com/watch?v=OCrdSDVEEm4


Higher speed testing, Udang! http://broadbandsports.com/node/13655


Wak yg semakin laju http://broadbandsports.com/node/13656

Apapun, drop tersebut memang best & cukup smooth dari segi kedudukan jarak pelantar & permukaan landing. Cuma utk kesemua drop yg aku buat, berakhir dgn rantai aku terlompat jatuh ke granny ring.

2 comments:

Jack Hii said...

Cool man! Ada map ke? Atau GPS coordinates ke?

Alimuddin 'Don' Shahid said...

no map so far. but if u happen to come from shah alam, take a road to sg buloh (nursery) park at caltex. the trailhead is at the 1st nursery... tarmac climb. there's a lot of riders on sat & sun 8-9 am