Monday, January 28, 2008

Bash Kiara

Hash pertama 2008 oleh Kuala Lumpur Mountain Bike Hash (KLMBH) berlangsung di Kiara pada Ahad 27/01/08. Sekitar 9 pagi aku sampai di tapak mula utk register bagi tahun 2008 sambil menunggu rakan2 lain.


http://www.youtube.com/watch?v=3m8LRr_b3QY

Hampir waktu bermula, hanya Han, Enol & Ijan yang muncul. Selain itu ada kenalan lain seperti Kelolo & XTCBoy. Aku register no.50 utk long loop & berpakat dgn Han utk ride sekali.

Sekitar 9.30 ride bermula. Long loop rider dilepaskan dahulu diikuti 5 minit kemudian oleh scenic (short loop) rider. Kiara adalah kiara, masuk terus ke singletrack, climb & teknikal.

Nasib tak baik kerana awal2 terpaksa mendaki di laluan yg sepatutnya org turun. Maka 'sindrom saddle bawah dagu' melanda majoriti rider, tolak! Bagi yg mempunyai kapasiti jantung 'racer', masih mampu mendaki di beberapa bahagian. Namun bagi yang empunya jantung 'weekend warrior' macam aku, semua itu adalah mustahil.

Jujurnya, aku tak ingat nama2 loop tersebut selain 2k, Twin Peak dan beberapa nama lagi. Tapi bila downhill beramai2, agak mustahil utk buat dgn lancar. Semua bergantung kepada rider2 yg berada di depan. Terdapat bahagian yg tiba2 rider di depan berhenti, mungkin kerana ragu2 nak clear bahagian teknikal. Itu yg berlaku bila aku sedang asyik follow di belakang Han, tiba2 ada rider di depan sekali berhenti. Berhenti pula di bahagian menurun yg agak laju serta teknikal. Aku tiada masalah utk berhenti di belakang Han, tapi mat saleh di belakang aku tidak. Mungkin mat saleh ni (sekitar 40an) sedang syok layan bila rider depan tu berhenti, jadi dia ter'lock' brek depan & ter'endo' ke atas belakang basikal aku. Nasib baik tidak serius dan dia masih boleh ketawa, "Sorry".

Beberapa bahagian selepas itu semakin teknikal menyebabkan ramai rider yg ter'dampar' di kiri kanan laluan, turun & tolak. Jadi terpaksalah elak orang dan basikal semasa turun. Kali ini Han berada di belakang. Bila dia keluar dari loop tu, rasa macam menyesal tak bawak full suspension. Laluan yg kami lalu, beberapa kali menghala ke tarmac sebelum masuk semula offroad di loop berikutnya. Video yg aku ambil tidak merangkumi bahagian teknikal kerana rasa rugi nak turun semata2 nak shoot video.

Selepas keluar masuk singletrack, akhirnya sampai di climb menuju Twin Peak. Di sinilah 'Sindrom kaki pancit' melanda. Han mengeluh kerana menurutnya kekurangan training. Aku pula mahu cari roadbike tahun ni, nak kayuh lebih. Sedang aku follow Han climb, tiba2 dia berhenti dan nak 'chicken out'. Aku pula dalam kepala dah fikir, kalau terus lagi ride, masuk sampai kampung jauh tu. Ok lah, aku pun malas dah, terus turun balik. Bila masuk chicken loop, siap ada 1 mat saleh berkokok, perli. Pendek cerita bukan aku & Han sahaja, tapi Ijan & Wing (member Han) pun follow sekali. Hajat nak keluar di Rock Garden, tapi terbantut kerana ada yg dah lenguh tangan, banyak sangat turun teknikal. Jadi kami keluar terus ke tarmac. Dapat juga cover hampir 8km (apasal rasa macam 15km?).

Sebelum balik aku, Wing & Ijan makan BBQ dulu tajaan Boon Foo (Bike Pro). Enol sampai kemudiannya (short loop). Belum pun heart ratenya turun, dia terus capai pinggan dan ambil makanan. Makan free, sapa nak tolak?

1 comments:

KeLoLo said...

Beruntunglah kamu kerana telah menchickenkan diri kamu. Aku ngan geng BBB + Ejaupun cilok. Satu kenasibaikan sebenarnya...

Kalau tidak ntah kol brapa kluar. Melepas laaaaa...Tapi...keras ponggong wei dihenyak rock garden. Hard tail lagi...