Friday, January 11, 2008

DaBomb ToRaBoRa & Recon 351

Aku singgah di CMS Bicycle semalam utk cari v-brake fork host. Alhamdulillah ada. Kemudian, baru je paling muka nak balik, aku terpandang satu frame hardtail warna hitam. Mulanya aku hanya dapat baca Da Bomb, bila perhati betul2 baru dapat baca selebihnya, DaBomb ToRaBoRa XC.


Bayangkanya warna hitam! http://www.dabombbike.com/

Saiz ngam 15". Original frame tapi harga agak murah. Fikir2 aku memang nak setup satu hardtail, boleh la buat training apa yg patut. Sambil2 tu bila ada free boleh ride dgn orang rumah.

Tapi aku masih sangsi yg frame tu original memandangkan harganya yg agak murah. Uncle Goh (owner CMS) kata boleh check di internet utk kepastian. Lepas tu aku tanya dia, "ada jual fork RockShox tak?". Terus dia kata, "kalau mau boleh angkat itu", sambil menunjuk ke arah Jamis Parker yg tergantung bersama fork RockShox Recon 351 warna silver. Boleh tahan fork ni. Adjustable 85mm-130mm. Berat lebih berbanding Revelation tapi feel lebih kurang. Masa ni aku tak check fork tu coil atau 'air', tapi adjustment tu cantik utk XC & aggresif sikit2.

Takpelah, aku angkat. Sebelum tu aku nego utk bayar installment ikut suka (masuk buku & takde interest), dah habis bayar baru angkat. Uncle Goh kata "ok, bayar ikut you lah". Best ni, siap bagi diskaun lagi. So masuk bukulah, satu frame, OEM fork & satu headset sealed bearing (oversized). Bila nak complete project ni bergantunglah pada kadar bayaran aku.

Apapun sebelum keluar kedai semalam, aku pesan ke Uncle Goh nak check frame tu kat internet dulu utk confirm original atau tak. So, pagi tadi aku check, confirm original! Dan lebih menarik, Da Bomb offer 2 model ToRaBoRa utk XC & Dirt. Aku terus call Uncle Goh, "itu frame sama fork confirm saya ambik!". Sambil2 tu aku check sekali fork tu, sebab setahu aku Recon ni utk XC. Rupa2nya RockShox dah offer 2 model utk XC & AM. Model aku adalah utk AM (patutlah adjustment sampai 130mm) dgn berat 2148g (4.73 lbs) & coil U-Turn (mati2 aku ingat 'air' mcm Revelation, patut lembut semacam je).


Macam ni lah kalau hitam! ToRaBoRa versi Dirt http://www.dabombbike.com/

Apa aku nak buat dgn bike ni? Kayuh XC, layan hash & belajar trick (ada member aku guna frame XC utk dirt jump, gila betul!). Layan je lah. Bila nak bina complete bike ni pun, aku tak tau. Tengok poketlah.

Al Kisah Tora Bora

Tora Bora (Pashto: تورا بورا, “black dust” ), known locally as Spīn Ghar, is a cave complex situated in the White Mountains (Safed Koh) of eastern Afghanistan (34°07′N, 70°13′E), in the Pachir Wa Agam District of Nangarhar province, approximately 50km west of the Khyber Pass and 10km north of the border of the Federally Administered Tribal Areas (FATA) in Pakistan.

During the US invasion of Afghanistan it was one of the last strongholds of the Taliban. As the suspected hide-out of Al-Qaeda leader Osama bin Laden, it was the theatre in December 2001 for the Battle of Tora Bora.

0 comments: