Monday, January 28, 2008

Bash Kiara

Hash pertama 2008 oleh Kuala Lumpur Mountain Bike Hash (KLMBH) berlangsung di Kiara pada Ahad 27/01/08. Sekitar 9 pagi aku sampai di tapak mula utk register bagi tahun 2008 sambil menunggu rakan2 lain.


http://www.youtube.com/watch?v=3m8LRr_b3QY

Hampir waktu bermula, hanya Han, Enol & Ijan yang muncul. Selain itu ada kenalan lain seperti Kelolo & XTCBoy. Aku register no.50 utk long loop & berpakat dgn Han utk ride sekali.

Sekitar 9.30 ride bermula. Long loop rider dilepaskan dahulu diikuti 5 minit kemudian oleh scenic (short loop) rider. Kiara adalah kiara, masuk terus ke singletrack, climb & teknikal.

Nasib tak baik kerana awal2 terpaksa mendaki di laluan yg sepatutnya org turun. Maka 'sindrom saddle bawah dagu' melanda majoriti rider, tolak! Bagi yg mempunyai kapasiti jantung 'racer', masih mampu mendaki di beberapa bahagian. Namun bagi yang empunya jantung 'weekend warrior' macam aku, semua itu adalah mustahil.

Jujurnya, aku tak ingat nama2 loop tersebut selain 2k, Twin Peak dan beberapa nama lagi. Tapi bila downhill beramai2, agak mustahil utk buat dgn lancar. Semua bergantung kepada rider2 yg berada di depan. Terdapat bahagian yg tiba2 rider di depan berhenti, mungkin kerana ragu2 nak clear bahagian teknikal. Itu yg berlaku bila aku sedang asyik follow di belakang Han, tiba2 ada rider di depan sekali berhenti. Berhenti pula di bahagian menurun yg agak laju serta teknikal. Aku tiada masalah utk berhenti di belakang Han, tapi mat saleh di belakang aku tidak. Mungkin mat saleh ni (sekitar 40an) sedang syok layan bila rider depan tu berhenti, jadi dia ter'lock' brek depan & ter'endo' ke atas belakang basikal aku. Nasib baik tidak serius dan dia masih boleh ketawa, "Sorry".

Beberapa bahagian selepas itu semakin teknikal menyebabkan ramai rider yg ter'dampar' di kiri kanan laluan, turun & tolak. Jadi terpaksalah elak orang dan basikal semasa turun. Kali ini Han berada di belakang. Bila dia keluar dari loop tu, rasa macam menyesal tak bawak full suspension. Laluan yg kami lalu, beberapa kali menghala ke tarmac sebelum masuk semula offroad di loop berikutnya. Video yg aku ambil tidak merangkumi bahagian teknikal kerana rasa rugi nak turun semata2 nak shoot video.

Selepas keluar masuk singletrack, akhirnya sampai di climb menuju Twin Peak. Di sinilah 'Sindrom kaki pancit' melanda. Han mengeluh kerana menurutnya kekurangan training. Aku pula mahu cari roadbike tahun ni, nak kayuh lebih. Sedang aku follow Han climb, tiba2 dia berhenti dan nak 'chicken out'. Aku pula dalam kepala dah fikir, kalau terus lagi ride, masuk sampai kampung jauh tu. Ok lah, aku pun malas dah, terus turun balik. Bila masuk chicken loop, siap ada 1 mat saleh berkokok, perli. Pendek cerita bukan aku & Han sahaja, tapi Ijan & Wing (member Han) pun follow sekali. Hajat nak keluar di Rock Garden, tapi terbantut kerana ada yg dah lenguh tangan, banyak sangat turun teknikal. Jadi kami keluar terus ke tarmac. Dapat juga cover hampir 8km (apasal rasa macam 15km?).

Sebelum balik aku, Wing & Ijan makan BBQ dulu tajaan Boon Foo (Bike Pro). Enol sampai kemudiannya (short loop). Belum pun heart ratenya turun, dia terus capai pinggan dan ambil makanan. Makan free, sapa nak tolak?


Read more...

Thursday, January 24, 2008

Trail Riding dan Recce

Sempena cuti wil2 semalam (23/01/08) aku layan ride di Bukit Cermin bersama geng LOSKA kali ini. Video di bawah ini adalah koleksi footage lama & baru semalam punya.


Trail Riding di Bukit Cermin http://www.youtube.com/watch?v=SaQXCFR76fo

Geng LOSKA yg join ride hari itu adalah Wak, Sabri, Matyen, Faizal & Seken. Sekitar pukul 9 lebih baru start ride.


Deretan jentera LOSKA


LOSKA berhampiran exit trail. Singgah hantar cangkul

Sampai di trailhead, terdapat longgokan kayu yg banyak. Boleh buat stok. Aku & Wak plan utk kumpul kayu tu buat sculpture freeride sikit.


Akhirnya, pucuk dicita ulam mendatang, cukup utk projek

Macam biasa climb bukit tonggek S loop sampai ke DIGI. Setelah puas kembang kempis hidung cari oksigen, akhirnya sampai juga ke puncak. Kedatangan aku di sambut meriah oleh para 'Micheal'. Bila heart rate aku dah mula menurun, barulah kelibat Faizal sampai. Kemudian Wak pula. Eh... Wak sampai dulu? Tolak tu. Yang kayuh tersangkut pula di Celcom. Beberapa minit kemudian baru semua sampai.


Micheal learns to rock!


Faizal bersama fork baru


Wak tolak pun laju ni, pandai simpan NRG!


Kembar seiras, jangan salah naik orang punya!


LOSKA dari kiri: Seken, Matyen, Faizal, Sabri & Wak

Pendek cerita, aku & Wak merancang utk recce laluan downhill yg baru. Sementara yg lain nak ride full loop termasuk Seken & Matyen yg 1st time ke sini.

Aku & Wak meneruskan agenda recce. Akhirnya kami dapat line yg majoritinya 45 degree, mungkin ada satu switchback dan beberapa mini drop.


Tebas Wak bagi clear


Mari mengundi! Satu2nya tanda kami pernah bersemayam di sini


Wak terjun tiruk dulu, boleh ke?


Celah pokok ni kena cangkul la... bila nak sambung?


Macam boleh tolak, kayuh turun boleh ni...


Ooo mak kau terangkat!!!


Dawg ni pandai cari jalan & cukup setia



Nak terjun ke pusing roda? Berapa degree ni?

Selesai recce, aku & Wak bertembung dgn LOSKA yg lain di laluan sebelum downhill terakhir. Terserempak pula dgn kumpulan rider lain yg dipercayai tersesat mencari long loop. Selepas mendapat sedikit panduan & mereka terus gerak utk mencuba. Aku dapati laluan downhill terakhir sudah dinaik taraf dgn beberapa berm yg lebih smooth dipercayai kerja Yazid & member2 PH yg training downhill. Bila habis layan section tu, aku bawa Wak tour 'kaki' ke atas semula di bahagian yg aku plan nak buat drop atau mini teknikal section/stunt. Nampak seperti tiada masalah kerana stok kayu dah ada di trail head. Bila aku & Wak turun balik, geng LOSKA ni dah siap bersidang.


Sidang jemaah LOSKA, tergempar!

Sebelum balik kami tinjau bahagian drop hujung tu & plan apa2 pembaikan yg boleh dibuat. Hari ni tiada sebarang jump/drop.
Read more...

Tuesday, January 22, 2008

Merentas Desa Frim

Kali ini aku janji utk ride dgn Toco. On the way ke Frim, Ijad pula call kata nak ride di Frim dgn member dia. So, set jumpa di dalam sebab aku masuk ikut entrance & dia pula ikut laluan Sungai Buloh.


Gaya terbaru Dawg dgn rim baru di Dream Trail

Kerana berjaga lewat malam, maka aku terlambat dari biasa. Toco dah sampai dulu. Kami bermula dgn climb rover trail. Dari situ kami terus masuk ke Bukit Hari hingga ke kaki Steroid Hill. Selang beberapa minit Ijad & member dia sampai (nama Azam, kaki road). Ijad pulak lama tak kayuh sebab ikut group MSN ke tour Malaysia sebagai mekanik. Cancel Steroid Hill, terus berpatah ke Bukit Hari - 501 trail.


Dari Kiri: Azam, Toco & Ijad di kaki Steroid Hill

Di 501, aku ikut Ijad & Azam masuk ke satu singletrack yg 1st time aku masuk. Cukup layan. Oklah, time nasi lemak pula berhampiran tempat org mandi & main air. Habis makan aku ikut Ijad & Azam ke Dream Trail manakala Toco balik dulu kerada ada urusan lain.


Letih juga layan Dream Trail ni

Selepas Dream Trail aku memilih utk balik. Tinggallah Ijad & Azam berkayuh lagi menuju jalan pulang.


http://www.youtube.com/watch?v=HMlymozzZbY
Read more...

Tuesday, January 15, 2008

Kembali ke Kiara

Ahad 13/01/08 aku ride di Kiara setelah hampir 2 tahun tak jejak kaki. Satu trail pun aku tak ingat kecuali climb ke Twin Peak. Berbekalkan GPS manual (peta) & ditemani oleh Lan & Dan, kami belasah. Nak jadikan cerita, Lan lupa bawa helmet. Redah sajalah.


2 bersaudara. Lan & Dan di parking lot

Yang aku ingat hari tu, selepas park kat taman tepi tasik, kami masuk ikut Carnival, masuk kanan ke titi kecil dan terus climb.


Adegan yg tak ingin kita lihat! http://www.youtube.com/watch?v=oTRsturjzZA

Lepas tolak sini sana, climb berbelit2 (byk kali tengok GPS manual) sampailah simpang ke Rock garden. Selepas meredah laluan berbatu, kami keluar balik ke parking. Eh, cepatnya habis. Tak puas.


Kembara seniman jalanan. Loop mana ni?


Tinggal kenangan...


Original Heckler. Clone punya dah masuk Malaysia. Beware!!!


Banyaknya Swithback...


Rock Garden. Licin siot batu ni!


Bukan tak mau Xtreme... topi keledar lupa bawak!

Lan beri cadangan utk tengok Adeep & Hood layan downhill. Maknanya kena climb tarmac pula sampai ke X junction. Selepas habis climb & lepak di pondok bersama Adeep & Hood, kami climb menuju ke tempat rider layan jump. Boleh check video berikut hasil editing Lan beberapa minggu sebelumnya.


Kiara Highway Star http://lansc.blogspot.com/

Habis sesi tu, kami keluar melalui Rock Garden, kecuali aku yg tersalah ambil lorong & keluar di tempat mula2 aku climb tadi.
Read more...

Friday, January 11, 2008

DaBomb ToRaBoRa & Recon 351

Aku singgah di CMS Bicycle semalam utk cari v-brake fork host. Alhamdulillah ada. Kemudian, baru je paling muka nak balik, aku terpandang satu frame hardtail warna hitam. Mulanya aku hanya dapat baca Da Bomb, bila perhati betul2 baru dapat baca selebihnya, DaBomb ToRaBoRa XC.


Bayangkanya warna hitam! http://www.dabombbike.com/

Saiz ngam 15". Original frame tapi harga agak murah. Fikir2 aku memang nak setup satu hardtail, boleh la buat training apa yg patut. Sambil2 tu bila ada free boleh ride dgn orang rumah.

Tapi aku masih sangsi yg frame tu original memandangkan harganya yg agak murah. Uncle Goh (owner CMS) kata boleh check di internet utk kepastian. Lepas tu aku tanya dia, "ada jual fork RockShox tak?". Terus dia kata, "kalau mau boleh angkat itu", sambil menunjuk ke arah Jamis Parker yg tergantung bersama fork RockShox Recon 351 warna silver. Boleh tahan fork ni. Adjustable 85mm-130mm. Berat lebih berbanding Revelation tapi feel lebih kurang. Masa ni aku tak check fork tu coil atau 'air', tapi adjustment tu cantik utk XC & aggresif sikit2.

Takpelah, aku angkat. Sebelum tu aku nego utk bayar installment ikut suka (masuk buku & takde interest), dah habis bayar baru angkat. Uncle Goh kata "ok, bayar ikut you lah". Best ni, siap bagi diskaun lagi. So masuk bukulah, satu frame, OEM fork & satu headset sealed bearing (oversized). Bila nak complete project ni bergantunglah pada kadar bayaran aku.

Apapun sebelum keluar kedai semalam, aku pesan ke Uncle Goh nak check frame tu kat internet dulu utk confirm original atau tak. So, pagi tadi aku check, confirm original! Dan lebih menarik, Da Bomb offer 2 model ToRaBoRa utk XC & Dirt. Aku terus call Uncle Goh, "itu frame sama fork confirm saya ambik!". Sambil2 tu aku check sekali fork tu, sebab setahu aku Recon ni utk XC. Rupa2nya RockShox dah offer 2 model utk XC & AM. Model aku adalah utk AM (patutlah adjustment sampai 130mm) dgn berat 2148g (4.73 lbs) & coil U-Turn (mati2 aku ingat 'air' mcm Revelation, patut lembut semacam je).


Macam ni lah kalau hitam! ToRaBoRa versi Dirt http://www.dabombbike.com/

Apa aku nak buat dgn bike ni? Kayuh XC, layan hash & belajar trick (ada member aku guna frame XC utk dirt jump, gila betul!). Layan je lah. Bila nak bina complete bike ni pun, aku tak tau. Tengok poketlah.

Al Kisah Tora Bora

Tora Bora (Pashto: تورا بورا, “black dust” ), known locally as Spīn Ghar, is a cave complex situated in the White Mountains (Safed Koh) of eastern Afghanistan (34°07′N, 70°13′E), in the Pachir Wa Agam District of Nangarhar province, approximately 50km west of the Khyber Pass and 10km north of the border of the Federally Administered Tribal Areas (FATA) in Pakistan.

During the US invasion of Afghanistan it was one of the last strongholds of the Taliban. As the suspected hide-out of Al-Qaeda leader Osama bin Laden, it was the theatre in December 2001 for the Battle of Tora Bora.
Read more...

Tuesday, January 8, 2008

Layan Drop Baru di RRI

Seperti yg dirancang beberapa hari sebelumnya, aku ke RRI (Sabtu 05/01/08) utk bersama2 Wak serta beberapa rakan membina trail. Sekitar 8.40 aku sampai di Caltex & bertemu Wak serta 2 lagi rakannya, Udang & Rizal yg akan turut serta.


Awal2 dah pancit, lepas ni pancit masa climb pulak

Selepas Wak selesai minum kami bertolak masuk ke RRI. Sampai di tapak projek, Udang & Rizal sudah sedia menunggu. Terdapat satu drop baru yg masih sekitar 50% siap. Wak terus mencuba & berjaya land tanpa masalah. Aku pun semangat nak cuba, namun bila sampai di hujung platform tu aku batalkan niat & terus melompat turun ke kanan. Alamak, dia punya angle & line agak senget, dicampur dgn permukaan hadapan tanah yg off camber. Selepas berbincang, kami mencari kayu mati yg agak besar sebagai penahan tanah & meratakan kawasan landing tersebut serta membetulkan angle mana yg patut. Hasilnya best, puas hati.


Angkut kayu dulu. Dari kiri : Rizal, Aku & Udang


Cangkul time!


Raja Ramp RRI, Wak!


Drop baru dari pandangan depan, cantik tak?

Selepas selesai, Wak meneruskan agendanya utk recce line downhill selepas drop tersebut dan aku sempat menuruni satu lurah utk test line mana yg sesuai. Selepas beberapa ketika, kami memutuskan utk menyambung kerja di sesi yg lain. Memandangkan waktu hampir tengahari, kami memilih utk test ride drop yg baru siap.


Dah turun, kena tolak naik la balik... umf... umf...umf

Wak memulakan sesi test dgn beberapa percubaan. Selepas itu Udang, Wak & Rizal sama2 menolak bike naik ke atas utk buat test run. Aku pula agak malas & memilih utk test dari bawah. Dengan jogging speed, aku test drop itu 2 kali berturut2 & berjaya landing dgn baik, syok! Wak & Udang mengulangi membuat beberapa test run dengan kelajuan yg lebih berbanding aku. Terdapat beberapa insiden kecil termasuk aku & Wak yg sama2 tergelincir pada permukaan tanah yg masih lembut & belum padat selepas drop tersebut.


Fuyoh!!! Wak sekarang lebih mantap... don't play2


Hati2, lurah gelinciran... adus! http://www.youtube.com/watch?v=OCrdSDVEEm4


Higher speed testing, Udang! http://broadbandsports.com/node/13655


Wak yg semakin laju http://broadbandsports.com/node/13656

Apapun, drop tersebut memang best & cukup smooth dari segi kedudukan jarak pelantar & permukaan landing. Cuma utk kesemua drop yg aku buat, berakhir dgn rantai aku terlompat jatuh ke granny ring.
Read more...