Monday, December 17, 2007

XC Downhill di RRI

Ahad 16/12/07, sekitar pukul 8.00 pagi aku sudah berada di Caltex berhampiran RRI Sungai Buloh sementara menanti yg lain tiba.


XC atau Downhill? Semua ada di RRI

Bagi aku, ini ride pertama aku di RRI. Yg aku tahu trail ini pernah digunakan utk race Sukan Sea. Melalui beberapa kenalan, juga beberapa photo yg sempat aku tengok, terdapat sedikit pembinaan trail downhill & lite freeride di kawasan tersebut.

Basically ride terbahagi 2. First layan XC dulu, kemudian baru masuk ke part downhill & lite freeride.

Cross Country

Sekitar 8.30 pagi, member2 dah mula sampai. Kami unpacking semua barang & mula ride sekitar pukul 9.00 pagi.


Toco, kasi pam tayar dulu bro!


Yazid, aku pun ada Scrap gak, tgh cat!


Dan Anthem S

Permulaan ride kami memasuki climb tarmac sebelum menerjah ke laluan offroad kebun getah. Keseluruhannya adalah double track yg bersih dgn climb yg sederhana panjang & tidak terlalu curam. Kali ini cuma aku, Toco, Lan & Dan yg ride XC, sementara yg lain Yazid & Adi terus tolak bike utk ke bahagian downhill. Toco menjadi pemandu arah sebab pernah ride di sini sebelumnya, sementara aku, Lan & Dan mengekori di belakang.


Climb tarmac dulu


Macam nak kayuh pergi pasar je ni!

Bersama Toco, kami buat 1 short loop sebelum try short downhill yg pertama (menuruni teres kebun getah).


Sekitar laluan double track. Lan (depan) diekori oleh Toco


Pendek pun penat juga, aku kena ambik angin dulu!

Kemudian masuk semula ke laluan double track yg lain & agak panjang. Namun keseluruhannya, XC ride agak pendek & selesai dalam jangka waktu yg singkat.

Downhill & Lite Freeride

Di penghujung ride, kami memasuki climb tarmac utama tadi seperti sebelumnya dan memasuki satu lorong ke kanan di pertengahan perjalanan.

Dari bawah, kami boleh nampak beberapa ramp kayu di bahagian atas. Aku nampak Wak & D'Gang sedang buat kerja trail kat atas. Di sekitar terdapat ramai rider yg lepak termasuk sebahagian yg tolak naik bike & layan turun.


Kawan2 Wak sedang buat kerja2 trail

Sempat juga semua bergotong-royong membuat berm di satu selekoh. Sambil itu ambil video & gambar mereka yg layan ride. Toco & Lan pun layan ramp & jump, beberapa kali, sebelum Lan terpatuk dgn pedalnya sendiri. Dapatlah tatoo di tulang kering.


Penangan pedal 'Abang2 Crank'


2 hardtailers! Nan (kiri) & Yazid


Toco menunjukkan skill meratakan tanah & diperhatikan oleh Wak (baju biru)


Cantik punya berm! Udang (kiri) & Wak


Nan testing trail!

Sebelum balik, sempat aku mencuba drop beberapa kali. Begitu juga member2 yg lain. Secara keseluruhannya, laluan downhill agak lapang dgn jarak pokok antara satu & lain agak jauh dan teratur.


Aku layan drop sikit

Selepas bersalam dgn Wak & d'gang kami (aku, Yazid, Adi, Lan & Toco) beransur dulu melalui descent yg terakhir. Layan, tapi sedikit berhati2 sebab byk ruts yg agak dalam. Ter'miss' 2 ramp (sekitar 1-2ft). Skip dulu kali ni sebab tak kenal trail lagi.

Keluar dari RRI kami menuju ke parking & packing. Seterusnya lepak di tempat makan sebelum kemudiannya beransur pulang.

0 comments: