Wednesday, December 26, 2007

Sungai Bernam - Selat Melaka

Sempena Aidiladha, aku mengambil bercuti ke kampung halaman di Kampung Parit Baru, Sabak Bernam.


Hardtail burukku di trail sepanjang Hutan Bakau Selat Melaka

Kampung ini terletak berhampiran Pantai Sungai Ular (nama lama), di pesisiran Selat Melaka. Sebahagian aliran arusnya menerjah ke Sungai Bernam yg merupakan sempadan di antara Kampung Sungai Ayer Tawar (Selangor) & Hutan Melintang di Perak.


Sebahagian laluan di pesisir pantai

Dahulu, pesisiran pantai ini dipenuhi hutan bakau yg merimbun. Kini sebahagiannya terpaksa dilupuskan hasil pembangunan kerajaan negeri bagi mewujudkan institusi2 tertentu. Di antaranya ialah ILDAS, sebuah Politeknik & Insitut Perakaunan Negara. Pasir selat yg dulu mendiami pesisiran, kini ditukar sebahagiannya kepada batu2 & binaan konkrit bagi mencegah hakisan. Namun masih terdapat sisa2 laluan kampung (singletrack) di sepanjang pesisiran terbabit. Aku mengambil kesempatan dari cuti tempoh hari utk membawa keluarga bersiar2 & menghirup udara pantai sambil keesokkan harinya, aku capai hardtail buruk aku utk ride di sepanjang pesisiran Selat Melaka.


Dulunya berpasir, kini berbatu http://www.youtube.com/watch?v=HYUTcE7OKM0


2 anakku, Nurnisa (duduk) & Nursolihin (baju biru) bersama anak saudaraku


Nurnisa

Aku hanya berkesempatan utk ride di sebahagian laluan yg tidak pasti berapa jumlah jaraknya, tetapi cukup utk riadah & mengeluarkan sedikit peluh. Apa yg ada di trail, layan.

1 comments:

Shahnon said...

Menarik tempat ni. Thanks for sharing bro.