Tuesday, December 11, 2007

Bash Putrajaya - Sg. Merab

Putrajaya/Sg. Merab, Ahad 09/12/07. Aku bertolak dari rumah sekitar 7.30 pagi utk bertemu dgn member2 lain di Shell sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Putrajaya. Pukul 8.35 semua sudah terpacul di parking yg ditetapkan (berhampiran orang asli settlement).


Sekitar tapak mula/parking hash http://www.youtube.com/watch?v=0WZcvzKI8O0

Setiba kami di situ, kelihatan agak ramai bikers yg sudah sampai. Kami unpacking mana yg patut & setup bike dulu. Lan & member2 dia dah sampai dulu kerana perlu lebih masa utk setup. Selain Lan & 2 orang rakannya, turut join hari itu ialah Steve, Han (Isaac?), Toco (Awie) & Ijad. Aku turut terserempak dgn beberapa member lain seperti Enul, Haris Kelolo & Shuib.


Kasi pump dulu mana yg patut!


Lan sampai dulu bersama 2 rakannya


Ellsworth Epiphany, barang mahal2 wooo....!

Selepas berlegar2 & setup bike lebih kurang, kami start register & ambil no masing2. Fee RM10 dikenakan memandangkan aku bukan member KLMBH (Kuala Lumpur Mountain Bike Hash). Siap pasang no, masing2 posing ambil gambar dulu sebelum short briefing pada pukul 9.20 pagi.


No:28 utk Toco


No:26 utk Aku


Bersama Steve sebelum briefing


Kembar seiras Terrashark (full carbon) & Reef

Sekitar 9.20 briefing diberikan & terus start ride pada pukul 9.30. Aku follow belakang Ijad di group yg paling depan sebelum mereka terbabas (miss direction) & berpatah balik. 1st climb dah ramai yg tolak mungkin sebab licin & terus traffic jem di check point pertama (cari kertas panduan arah).

Bila ride bersambung, pace pada masa itu agak pantas. Aku & Han sekadar follow group di depan. Ada beberapa Mat Saleh yg potong aku termasuklah Pat Brunsdon. So aku just follow pace mereka mulanya sebelum sampai ke climb2 selepas itu, semua terus hilang dgn pantas.

Beberapa climb selepas tu aku dah start tolak, lagi penat sebenarnya berbanding climb low gear. Nak dijadikan cerita, menghampiri separuh perjalanan, shifter cable aku dah hancus. Jadi aku lost byk gear, at least gear 2-3 aku dah tak boleh pakai sebab dia dah mula jump shift ikut suka. Tiap kali aku tukar gear, kena adjust pula cable tension kat shifter aku. Hampeh.


Jom tolak ramai2


Tolak lagi! Dah tak tau kali ke berapa?


Have a break, have a kitkat!

Trail kali ini agak menarik dgn beberapa climb yg tidak terlalu panjang, tetapi sebahagiannya agak steep. Terdapat juga beberapa downhill singletrack yg menarik. Di situlah saja area yg aku boleh keep up dgn group depan (free speed beb!). Tak dapat nak shoot byk foto sebab nak keep up dgn rider2 di depan. Adalah dalam 2 kali aku stop utk ambil gambar, itu pun dah jauh kena tinggal. Diorang tolak bike pun laju, aku pulak slow nak mampus! Last2, menghampiri 30% laluan terakhir, aku terpaksa ride sorang2. Depan & belakang langsung tak nampak kelibat rider lain.

Sekitar pukul 12.08 aku sampai semula ke parking. Kelihatan ramai juga yg dah sampai termasuk yg ikut short trail 9km (aku ambil long 22km). Ijad & Han dah sampai dulu (long), begitu juga Steve (short).


Sejurus selepas sampai, posing dulu!


Commencal Ijad yg comot!


Dawg pengsan seketika, nak kena mandi lepas ni!


Anak org asli setempat, 2 kali dpt icecream free, rider belanja

Selepas return semula nombor, aku & Ijad mandikan bike dulu di sungai berhampiran. Ketika inilah baru Toco sampai & join mandi bike. Bila habis packing semua, barulah kelibat Lan sampai. Selang beberapa minit semua beransur balik ke rumah masing2. Layan.

SC di mana? SC di sini!

Update 12/12/07. Bila aku habis ride Ahad lepas, & bila Toco sampai, Lan masih belum sampai lagi. Hasil penyiasatan aku dgn bantuan jurugambar2 daerah lain, akhirnya Lan (SC - Santa Cruz) berjaya dikesan (termasuk Ijad yg terlajak awal).


Ijad tersangkut bersama2 geng Jomkayuh!


Lan, kanan sekali membelakangi kamera


Lan, kanan sekali bersama2 sebahagian geng Jomkayuh & Mat Saleh

0 comments: