Friday, December 28, 2007

Mountain Break Teaser


http://youtube.com/watch?v=txsYwkJfC9o
Read more...

Wednesday, December 26, 2007

Sungai Bernam - Selat Melaka

Sempena Aidiladha, aku mengambil bercuti ke kampung halaman di Kampung Parit Baru, Sabak Bernam.


Hardtail burukku di trail sepanjang Hutan Bakau Selat Melaka

Kampung ini terletak berhampiran Pantai Sungai Ular (nama lama), di pesisiran Selat Melaka. Sebahagian aliran arusnya menerjah ke Sungai Bernam yg merupakan sempadan di antara Kampung Sungai Ayer Tawar (Selangor) & Hutan Melintang di Perak.


Sebahagian laluan di pesisir pantai

Dahulu, pesisiran pantai ini dipenuhi hutan bakau yg merimbun. Kini sebahagiannya terpaksa dilupuskan hasil pembangunan kerajaan negeri bagi mewujudkan institusi2 tertentu. Di antaranya ialah ILDAS, sebuah Politeknik & Insitut Perakaunan Negara. Pasir selat yg dulu mendiami pesisiran, kini ditukar sebahagiannya kepada batu2 & binaan konkrit bagi mencegah hakisan. Namun masih terdapat sisa2 laluan kampung (singletrack) di sepanjang pesisiran terbabit. Aku mengambil kesempatan dari cuti tempoh hari utk membawa keluarga bersiar2 & menghirup udara pantai sambil keesokkan harinya, aku capai hardtail buruk aku utk ride di sepanjang pesisiran Selat Melaka.


Dulunya berpasir, kini berbatu http://www.youtube.com/watch?v=HYUTcE7OKM0


2 anakku, Nurnisa (duduk) & Nursolihin (baju biru) bersama anak saudaraku


Nurnisa

Aku hanya berkesempatan utk ride di sebahagian laluan yg tidak pasti berapa jumlah jaraknya, tetapi cukup utk riadah & mengeluarkan sedikit peluh. Apa yg ada di trail, layan.
Read more...

Monday, December 17, 2007

XC Downhill di RRI

Ahad 16/12/07, sekitar pukul 8.00 pagi aku sudah berada di Caltex berhampiran RRI Sungai Buloh sementara menanti yg lain tiba.


XC atau Downhill? Semua ada di RRI

Bagi aku, ini ride pertama aku di RRI. Yg aku tahu trail ini pernah digunakan utk race Sukan Sea. Melalui beberapa kenalan, juga beberapa photo yg sempat aku tengok, terdapat sedikit pembinaan trail downhill & lite freeride di kawasan tersebut.

Basically ride terbahagi 2. First layan XC dulu, kemudian baru masuk ke part downhill & lite freeride.

Cross Country

Sekitar 8.30 pagi, member2 dah mula sampai. Kami unpacking semua barang & mula ride sekitar pukul 9.00 pagi.


Toco, kasi pam tayar dulu bro!


Yazid, aku pun ada Scrap gak, tgh cat!


Dan Anthem S

Permulaan ride kami memasuki climb tarmac sebelum menerjah ke laluan offroad kebun getah. Keseluruhannya adalah double track yg bersih dgn climb yg sederhana panjang & tidak terlalu curam. Kali ini cuma aku, Toco, Lan & Dan yg ride XC, sementara yg lain Yazid & Adi terus tolak bike utk ke bahagian downhill. Toco menjadi pemandu arah sebab pernah ride di sini sebelumnya, sementara aku, Lan & Dan mengekori di belakang.


Climb tarmac dulu


Macam nak kayuh pergi pasar je ni!

Bersama Toco, kami buat 1 short loop sebelum try short downhill yg pertama (menuruni teres kebun getah).


Sekitar laluan double track. Lan (depan) diekori oleh Toco


Pendek pun penat juga, aku kena ambik angin dulu!

Kemudian masuk semula ke laluan double track yg lain & agak panjang. Namun keseluruhannya, XC ride agak pendek & selesai dalam jangka waktu yg singkat.

Downhill & Lite Freeride

Di penghujung ride, kami memasuki climb tarmac utama tadi seperti sebelumnya dan memasuki satu lorong ke kanan di pertengahan perjalanan.

Dari bawah, kami boleh nampak beberapa ramp kayu di bahagian atas. Aku nampak Wak & D'Gang sedang buat kerja trail kat atas. Di sekitar terdapat ramai rider yg lepak termasuk sebahagian yg tolak naik bike & layan turun.


Kawan2 Wak sedang buat kerja2 trail

Sempat juga semua bergotong-royong membuat berm di satu selekoh. Sambil itu ambil video & gambar mereka yg layan ride. Toco & Lan pun layan ramp & jump, beberapa kali, sebelum Lan terpatuk dgn pedalnya sendiri. Dapatlah tatoo di tulang kering.


Penangan pedal 'Abang2 Crank'


2 hardtailers! Nan (kiri) & Yazid


Toco menunjukkan skill meratakan tanah & diperhatikan oleh Wak (baju biru)


Cantik punya berm! Udang (kiri) & Wak


Nan testing trail!

Sebelum balik, sempat aku mencuba drop beberapa kali. Begitu juga member2 yg lain. Secara keseluruhannya, laluan downhill agak lapang dgn jarak pokok antara satu & lain agak jauh dan teratur.


Aku layan drop sikit

Selepas bersalam dgn Wak & d'gang kami (aku, Yazid, Adi, Lan & Toco) beransur dulu melalui descent yg terakhir. Layan, tapi sedikit berhati2 sebab byk ruts yg agak dalam. Ter'miss' 2 ramp (sekitar 1-2ft). Skip dulu kali ni sebab tak kenal trail lagi.

Keluar dari RRI kami menuju ke parking & packing. Seterusnya lepak di tempat makan sebelum kemudiannya beransur pulang.
Read more...

Tuesday, December 11, 2007

Bash Putrajaya - Sg. Merab

Putrajaya/Sg. Merab, Ahad 09/12/07. Aku bertolak dari rumah sekitar 7.30 pagi utk bertemu dgn member2 lain di Shell sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Putrajaya. Pukul 8.35 semua sudah terpacul di parking yg ditetapkan (berhampiran orang asli settlement).


Sekitar tapak mula/parking hash http://www.youtube.com/watch?v=0WZcvzKI8O0

Setiba kami di situ, kelihatan agak ramai bikers yg sudah sampai. Kami unpacking mana yg patut & setup bike dulu. Lan & member2 dia dah sampai dulu kerana perlu lebih masa utk setup. Selain Lan & 2 orang rakannya, turut join hari itu ialah Steve, Han (Isaac?), Toco (Awie) & Ijad. Aku turut terserempak dgn beberapa member lain seperti Enul, Haris Kelolo & Shuib.


Kasi pump dulu mana yg patut!


Lan sampai dulu bersama 2 rakannya


Ellsworth Epiphany, barang mahal2 wooo....!

Selepas berlegar2 & setup bike lebih kurang, kami start register & ambil no masing2. Fee RM10 dikenakan memandangkan aku bukan member KLMBH (Kuala Lumpur Mountain Bike Hash). Siap pasang no, masing2 posing ambil gambar dulu sebelum short briefing pada pukul 9.20 pagi.


No:28 utk Toco


No:26 utk Aku


Bersama Steve sebelum briefing


Kembar seiras Terrashark (full carbon) & Reef

Sekitar 9.20 briefing diberikan & terus start ride pada pukul 9.30. Aku follow belakang Ijad di group yg paling depan sebelum mereka terbabas (miss direction) & berpatah balik. 1st climb dah ramai yg tolak mungkin sebab licin & terus traffic jem di check point pertama (cari kertas panduan arah).

Bila ride bersambung, pace pada masa itu agak pantas. Aku & Han sekadar follow group di depan. Ada beberapa Mat Saleh yg potong aku termasuklah Pat Brunsdon. So aku just follow pace mereka mulanya sebelum sampai ke climb2 selepas itu, semua terus hilang dgn pantas.

Beberapa climb selepas tu aku dah start tolak, lagi penat sebenarnya berbanding climb low gear. Nak dijadikan cerita, menghampiri separuh perjalanan, shifter cable aku dah hancus. Jadi aku lost byk gear, at least gear 2-3 aku dah tak boleh pakai sebab dia dah mula jump shift ikut suka. Tiap kali aku tukar gear, kena adjust pula cable tension kat shifter aku. Hampeh.


Jom tolak ramai2


Tolak lagi! Dah tak tau kali ke berapa?


Have a break, have a kitkat!

Trail kali ini agak menarik dgn beberapa climb yg tidak terlalu panjang, tetapi sebahagiannya agak steep. Terdapat juga beberapa downhill singletrack yg menarik. Di situlah saja area yg aku boleh keep up dgn group depan (free speed beb!). Tak dapat nak shoot byk foto sebab nak keep up dgn rider2 di depan. Adalah dalam 2 kali aku stop utk ambil gambar, itu pun dah jauh kena tinggal. Diorang tolak bike pun laju, aku pulak slow nak mampus! Last2, menghampiri 30% laluan terakhir, aku terpaksa ride sorang2. Depan & belakang langsung tak nampak kelibat rider lain.

Sekitar pukul 12.08 aku sampai semula ke parking. Kelihatan ramai juga yg dah sampai termasuk yg ikut short trail 9km (aku ambil long 22km). Ijad & Han dah sampai dulu (long), begitu juga Steve (short).


Sejurus selepas sampai, posing dulu!


Commencal Ijad yg comot!


Dawg pengsan seketika, nak kena mandi lepas ni!


Anak org asli setempat, 2 kali dpt icecream free, rider belanja

Selepas return semula nombor, aku & Ijad mandikan bike dulu di sungai berhampiran. Ketika inilah baru Toco sampai & join mandi bike. Bila habis packing semua, barulah kelibat Lan sampai. Selang beberapa minit semua beransur balik ke rumah masing2. Layan.

SC di mana? SC di sini!

Update 12/12/07. Bila aku habis ride Ahad lepas, & bila Toco sampai, Lan masih belum sampai lagi. Hasil penyiasatan aku dgn bantuan jurugambar2 daerah lain, akhirnya Lan (SC - Santa Cruz) berjaya dikesan (termasuk Ijad yg terlajak awal).


Ijad tersangkut bersama2 geng Jomkayuh!


Lan, kanan sekali membelakangi kamera


Lan, kanan sekali bersama2 sebahagian geng Jomkayuh & Mat Saleh
Read more...

Monday, December 10, 2007

3 Round Bukit Ganja

Semasa menunggu member lain decide utk ride di mana, aku pilih utk layan FRIM macam biasa. Kemudian Toco (Awie) call & nak join aku ride sabtu tu.


Di kaki Steroid Hill sebelum climb http://www.youtube.com/watch?v=qVFRBk2Vxyo

Plan asal aku nak ride Dream Trail mungkin dlm 2 loop kalau larat. Tapi bila Toco sampai, terus tukar plan & layan Steroid Hill a.k.a Bukit Ganja.

Ride bermula terus ke Bukit Hari & kemudian rehat sekejap di kaki Steroid Hill. Kemudian aku suruh Toco climb dulu & aku ikut belakang. Habis round pertama, kami lepak2 dulu di puncak.


Atas nasihat Dr. Toco, aku pekena 'stick' penahan sakit dulu

Selang beberapa minit kami turun & climb lagi 1 round. Toco jalan dulu. Bila sampai puncak aku harapkan Toco berhenti relak dulu, last2 dia bantai turun terus. Hampeh betul. Aku pun terpaksa terus turun. Bila sampai bawah aku terserempak dgn 2 rider veteran sedang lepak2. Tapi tak nampak pun Toco?

Rider veteran (2 orang uncle india & cina), "Sudah berapa kali?".

Aku, "2 kali... tadi ada nampak org lalu sini ke?".

Rider veteran, "Ada, tadi dia terus naik manyak laju!".


Apalah angin si Toco ni? Terus belasah lagi 1 round. Last2 aku malas, terus lepak sembang dgn 2 uncle tu. Aku call Toco & bagi tahu aku tunggu kat bawah.

Bila Toco turun, kami sama2 layan sembang2 dgn beberapa rider yg lalu di situ. Selang beberapa minit, baru kami ride semula ke parking kereta & layan makan sebelum balik.
Read more...