Tuesday, November 27, 2007

Full Loop di Bukit Cermin

Ahad 25 November 2007. Plan pada hari ini adalah utk ride full loop Bukit Cermin.


Sebahagian dari rider di puncak DIGI

Seperti biasa bersidang di Mamak Jennah sambil menanti yg lain tiba. Hampir pukul 9 pagi barulah semua bersiap & memulakan kayuhan ke trailhead. Sudah siap menunggu di trailhead adalah Sham & beberapa rakan yg lain melebihi 10 orang semuanya.

Climb bermula seperti biasa hingga ke Digi. Sebelum sampai ke sini pun dah ramai rider yg give-up-tolak.termasuk ada yang singgah sebentar di Celcom. Bila semua sudah sampai atas tinggal satu lagi halangan, turun. Aku ambil laluan Snake-Trail Tolak-Steve loop-Slope (ada yg tergolek di Snake sampai makan pasir), sementara yg lain ada yg terus masuk ke Steve loop-Slope.


Dari kiri: Steve, Han, Sham & Din lepak rehat di Slope

Dari situ terus ke single track menuju ke satu slope (titi asal dibuang kerana reput).


Steve di singletrack


Wak (loska - lost ka?) 2nd time around


Khairul, silap tayar la pulak!

Selepas section itu, terus descent menuju ke 3ft ramp. Aku skip jump ni sebab nak ride XC sahaja. Rider lain tidak lepas peluang utk layan ramp beberapa kali. Yg tergolek pun boleh tahan.



Wak di 3ft ramp (try yg ke2)

Bila selesai, semua meneruskan ride melalui 2 titi (ada yg tergolek kat titi tu, nasib baik tak berguling terus ke gaung) menuju ke downhill yg terakhir. Terdapat gangguan di downhill terakhir ini berikutan kerja2 melebar laluan kebun hingga menutup sebahagian laluan.

Aku terus turun sehingga drop terakhir. Alamak! aku lupa yg seatpost aku tinggi. Terus landing dgn saddle sedikit terkena perut. Nasib baik tak tergolek. Ada juga member yg tak tahu ada drop di hujung tu (1st time lalu).

Kitorang teriak: "Hah... jump, jump!"

Rider: "Jump???"


Terus member tu jump & landing, tayar slide... gedebum landing belakang badan kat pokok. Habis bergegar satu pokok. Tapi rider & bike ok, boleh bangun & gelak lagi. Aku pun drop sekali lagi (saddle rendah la pulak). Wak pun drop juga. Kemudian pujuk seorang lagi member utk buat drop, "Kitorang ambik video ni". Dia pun setuju, terus layan. Tinggi dia angkat basikal, tapi malang tidak berbau, terus landing & cium pokok. Nasib cukup baik sebab bike sahaja yg cium pokok, rider ok (sama dgn bike aku pulak tu, Dawg). Tapi yg peritnya, fork sampai bengkok. Confirm kena upgrade.


Penangan si pokok!

Beberapa rider lain yg mulanya nak drop, terus cancel bila tengok fork bengkok tersebut. Cukup la utk hari itu.


Keluarga KONA. 2 Dawg, Coiler & Stinky


Air, air, air...


Lepak2 dari kiri depan, clockwise: Sham, Han, Aku, Faizal (terlindung), Ijan, Din (terlindung), Steve & Enul

1 comments:

Anonymous said...

asalamualaikum bro
gue kechik
nak tanye cket katne bkt cermin, putra heigth belah maner
gue nak join lu org kayuh lasak skali bole ker
gue dr carjunk
br lg nak belajor kayuh lasak
ni no kal 012 219 5442