Tuesday, November 27, 2007

Full Loop di Bukit Cermin

Ahad 25 November 2007. Plan pada hari ini adalah utk ride full loop Bukit Cermin.


Sebahagian dari rider di puncak DIGI

Seperti biasa bersidang di Mamak Jennah sambil menanti yg lain tiba. Hampir pukul 9 pagi barulah semua bersiap & memulakan kayuhan ke trailhead. Sudah siap menunggu di trailhead adalah Sham & beberapa rakan yg lain melebihi 10 orang semuanya.

Climb bermula seperti biasa hingga ke Digi. Sebelum sampai ke sini pun dah ramai rider yg give-up-tolak.termasuk ada yang singgah sebentar di Celcom. Bila semua sudah sampai atas tinggal satu lagi halangan, turun. Aku ambil laluan Snake-Trail Tolak-Steve loop-Slope (ada yg tergolek di Snake sampai makan pasir), sementara yg lain ada yg terus masuk ke Steve loop-Slope.


Dari kiri: Steve, Han, Sham & Din lepak rehat di Slope

Dari situ terus ke single track menuju ke satu slope (titi asal dibuang kerana reput).


Steve di singletrack


Wak (loska - lost ka?) 2nd time around


Khairul, silap tayar la pulak!

Selepas section itu, terus descent menuju ke 3ft ramp. Aku skip jump ni sebab nak ride XC sahaja. Rider lain tidak lepas peluang utk layan ramp beberapa kali. Yg tergolek pun boleh tahan.



Wak di 3ft ramp (try yg ke2)

Bila selesai, semua meneruskan ride melalui 2 titi (ada yg tergolek kat titi tu, nasib baik tak berguling terus ke gaung) menuju ke downhill yg terakhir. Terdapat gangguan di downhill terakhir ini berikutan kerja2 melebar laluan kebun hingga menutup sebahagian laluan.

Aku terus turun sehingga drop terakhir. Alamak! aku lupa yg seatpost aku tinggi. Terus landing dgn saddle sedikit terkena perut. Nasib baik tak tergolek. Ada juga member yg tak tahu ada drop di hujung tu (1st time lalu).

Kitorang teriak: "Hah... jump, jump!"

Rider: "Jump???"


Terus member tu jump & landing, tayar slide... gedebum landing belakang badan kat pokok. Habis bergegar satu pokok. Tapi rider & bike ok, boleh bangun & gelak lagi. Aku pun drop sekali lagi (saddle rendah la pulak). Wak pun drop juga. Kemudian pujuk seorang lagi member utk buat drop, "Kitorang ambik video ni". Dia pun setuju, terus layan. Tinggi dia angkat basikal, tapi malang tidak berbau, terus landing & cium pokok. Nasib cukup baik sebab bike sahaja yg cium pokok, rider ok (sama dgn bike aku pulak tu, Dawg). Tapi yg peritnya, fork sampai bengkok. Confirm kena upgrade.


Penangan si pokok!

Beberapa rider lain yg mulanya nak drop, terus cancel bila tengok fork bengkok tersebut. Cukup la utk hari itu.


Keluarga KONA. 2 Dawg, Coiler & Stinky


Air, air, air...


Lepak2 dari kiri depan, clockwise: Sham, Han, Aku, Faizal (terlindung), Ijan, Din (terlindung), Steve & Enul
Read more...

Monday, November 19, 2007

Test Ride Drop & Jump












Read more...

Monday, November 5, 2007

Tolak Bukit Cermin

Putra Height, Sabtu 3 November 2007. Plan adalah utk repair & recce trail. Aku contact Sham tapi dia tak dapat join kerana bekerja. Nasib baik Kay & Ijan join, ada juga member akhirnya.


Aku tengah 'tolak bukit' sebelum buat demo

Kali ni tiada kayuh, tapi 'tolak bukit' dari exit, sambil aku survey trail & beri peluang kepada kay utk training downhill. Kay akhirnya berjaya melakukan double roll berhampiran penghujung trail 3 kali berturut2. Congratulations!


Kay 'tolak bukit' sebelum turun bukit


Selepas 1 crash, Kay berjaya membuat 3 run berturut2

Target utk buat small jump di Titi Patah tak dapat dilaksanakan, memandangkan jarak dgn alur air yg terlalu pendek. Akhirnya kami meletakkan batu di atas alur air supaya tahan lama (menggantikan kayu yg byk kali tukar sbb cepat reput terkena air). Kami bertiga lalu mengumpulkan batu2 yg terdapat di persekitaran. Angkut batu satu-persatu dan susun di atas alur air tersebut. Ratakan supaya tak 'pinch flat'kan tayar.


Kerja2 mengangkut batu dari persekitaran oleh Ijan


Kembali ke zaman batu, Mr. Flinstone!


Idea Ijan utk letak salur air diubah atas faktor karat & ketahanan


Proses penyusunan batu berhati2 agar tidak 'pinch flat'kan tayar


Testing. Smooth baby, smooottthhh!
Read more...