Thursday, September 6, 2007

Putra Height Bikin Trail 3

The Making of....

Beberapa bulan telah berlalu di penuhi dgn aktiviti ride hujung minggu. Trail semakin lama semakin clear. Syok & banyak insiden yg menyakitkan & menggembirakan. Biasanya ride akan bermula di climb melalui trailhead, S loop & ke Digi. Kemudian downhill dari Digi menuju Steve loop. Kemudian akan keluar ke kawasan kemalangan menuju Crank Drop dan layan downhill sampai keluar di Drop Titi Patah. Mencabar tetapi terasa agak pendek. Rata2 geng kayuh mahu lebih panjang. So, recce time!


1st downhill dari Digi turun ke celah2 kelapa sawit

Seperti biasa Sham dgn hasil reccenya bersama Azahari. Aku hanya ikut flow. Kali ni aku bersetuju utk clearkan laluan yg pernah kami lalu dulu. Memang cukup semak sebab tu pada awalnya kau malas nak bersihkan. Kali ini ramai yg turut serta. Yazid, Sham, aku & beberapa orang lagi. Semua bergotong royong memotong dahan & menarik ranting & daun2 yg berselirat. Panjang dalam beberatus meter juga sampai terjumpa 1 swithback ke downhill. Agak short sebelum bertemu ke laluan Trail Tolak. Kerja2 berakhir di situ.

Snake

Pada sesi seterusnya kami abaikan swithback tempoh hari memandangkan laluan terlalu pendek. Jadi kamu teruskan kerja2 melapangkan laluan menuju ke Rumah Kongsi berhampiran pencawang Celcom. Laluan ini agak cantik kerana ia singletrack yg berliku2 yg boleh dilalui tanpa kayuh. Kami bersetuju untuk menamakannya 'Snake'. Di sini juga ada short technical section & slope. Laluan ini aku clearkan bersama Mizi & Sham pada sesi yg lain. Mizi rider 1st yg test slope tu. Sangkut. Ada tunggul pokok di tengah2 slope tu. Terpaksa potong dan ratakan laluan. Laluan seterusnya agak clear & tak banyak kerja. So, pada sesi seterusnya kami touch up section technical & slope tu & pada masa yg sama ada rider2 lain yg test lalu memandangkan tidak semua dapat meluangkan masa disebabkan hal2 tertentu.


Laluan berliku & menurun di Snake!


Lorong menuju ke Rumah Kongsi hasil kerja cangkul hikmat aku!

Trail Tolak

Bila dah berpuas hati dgn keadaan section tersebut kami teruskan utk clearkan section menuju ke Trail Tolak. Trail tolak masih dlm keadaan raw ketika ini. Ia merupakan laluan menuju ke permulaan Steve Loop. Kali ini Aku & Sham dibantu oleh geng baru dari Klang, Mohd & adiknya. Datang khusus utk test ride trail ni. Bukan setakat mereka berdua, Azhari juga muncul bersama cangkul & kapcai. Bersama Sham dia clearkan Trail Tolak. Setelah aku & Mohd selesai cangkul 1 part bersebelahan batu besar, kami pun join clearkan Trail Tolak. Trail ni memang utk tolak sebab mustahil utk climb memandangkan keadaannya yg terlalu teknikal. Terlalu byk kerja perlu dilakukan utk membuatnya rideable, kami tak sanggup! Apapun kami berjaya memanjangkan trail ni beberapa ratus meter.


Climb yg tak boleh climb di Trail Tolak. Di depan tu ada beberapa batu besar!

Bila siap part tersebut bermakna sudah ada 4 technical sections - Digi, Snake, Steve Loop & Crank Drop menuju ke Exit. Utk beberapa minggu seterusnya Aku & Sham spend masa utk recce laluan baru supaya tidak perlu lagi melalui jalan kelapa sawit di kawasan kemalangan. Kadang2 ada rider2 setempat join sekali. Masih gagal utk mencari laluan sesuai. Usaha masih diteruskan.

More Stories

http://alimuddin.blogspot.com/2007/08/bukit-cermin-backyard-trails-putra.html
http://alimuddin.blogspot.com/2007/08/putra-height-bikin-trail-2.html
http://alimuddin.blogspot.com/2007/09/putra-height-bikin-trail-3.html

Putra Height Bikin Trail Photos Gallery
http://www.flickr.com/photos/putraheight/sets/72157601302173197/detail/

0 comments: