Tuesday, September 4, 2007

Marzocchi & The Dawg

Rabu petang 29 Ogos 2007 aku ke KSH TTDI ambil fork. Yes! Marzocchi All Mountain SL 1. Datang siap dgn box & manual. Pump sold separately. Sebelum keluar kedai, aku suruh Leong pump angin sikit pada fork tu. 50 psi main chamber & 90 psi bottom out chamber. Lower than recomended.


Marzocchi AMSL 1 comes with box & manual

So balik naik Elegan aku & bawa sekali front wheel yg baru siap pasang Novatec thru axle hub. Sampai di rumah, aku terus buka & buat test wajib. Tekan2 fork tu. Seperti yg aku expect, fork tu feel memang macam kurang sedappada permulaan. Agak keras, siap ada bunyi (knocking) setiap kali aku tekan up to 40mm ke dalam travel fork tu. Aku teringat fork Marzocchi Gran Fondo aku dulu. Keras. Bila low speed ada bunyi knocking. Bila hi speed feel bagus. Bila check sag & tekan2 fork tu ada rasa seperti kesat & sangkut2. Last2 aku jual & tukar ke Revelation. Fork tu member aku pakai. Bila lama2 dia jadi lembut. Menyesal jugalah jual. Rupa2nya fork Marzocchi ni memang begitu. Ambil masa sikit nak break in. Bila dah ok baru performance dia keluar.

Bila fikir perkara tu aku abaikan feel & bunyi tadi. Out of the box, Marzocchi memang begitu. So, perkara pertama yg kena buat, aku cut steerer tube dia. Follow Revelation punya diameter. Siap aku terus masukkan star nut & install fork tu ke Dawg aku. Pehh!!! Mantap nampak bike aku sekarang. Lagi hebat dengan fork panjang. Tapi lagi sekali aku frust bila tekan2 fork tu. Masih keras & tersekat2. Sabar. Aku duduk atas bike langsung tak ada sag. Refer pada manual & kemudian adjust 'air' pressure, tetap sama. Last2 aku kurangkan lagi pressure dia sampai 30 psi di main chamber & 75 psi bottom. Lantaklah. Malam ni aku nak test ride. Rotor pula aku terpaksa downgrade ke 6" dari 7" sebab tak cukup spacer utk caliper since fork ni ada standard mount utk 6". Tanpa caliper adapter maka kena guna spacer. Tak apa, 6" pun cukup utk accomodate riding style aku.


Marzocchi AMSL 1 sejurus selepas siap di pasang. Mantap!

Tiba malam aku keluar test ride. Beberapa meter selepas tu aku berhenti test sag. Ada dalam 20mm!!! Berita baik. Tapi peliknya aku kena henjut2 dulu fork tu baru dapat sag. Kalau duduk tak buat apa2 sag takde pulak. Ok, aku kayuh lagi. Sambil2 tu adjust ATA utk memanjang & pendekkan travel dari 120mm - 160mm. Semasa di 160mm aku tarik brek depan dgn kuat. Wahhh!!! Terasa lembut je fork tu masuk jauh ke dalam travel dia. Lepas tu aku tekan & unweight bike aku. Sekali lagi terasa lembut feel fork tu masuk ke dalam travel dia. Hebat. Hilang rasa tak puas hati. Cuma seperkara yg jadi tanda tanya. Sag masih tak ada bila duduk sahaja & pergerakan fork tu masih agak keras & tersekat2 bila low speed & kena bump yg kecil2. Hi speed & kena bigger bump, ok. Hmmm... nampak gaya fork ni memang utk ride yg aggresif. Balik rumah aku adjust lagi 'air' pressure & rebound. Lupa pula nak adjust tadi. Bila adjust rebound feel lagi ok.


Marzocchi AMSL 1 menanti utk test ride!

Esok petangnya Khamis 30 Ogos, aku test ride lagi. Selepas sesi pertama & adjust 'air' & rebound, fork tu feel lebih baik dari sebelumnya. Knocking sound semakin perlahan. Yg pasti bunyi 'air' dia bila compress lebih lembut berbanding Revelation. Sag lebih mudah dapat bila ride. Still low speed compression masih agak keras & tersekat2. Cannot say much since kedua2 test ride berkenaan adalah onroad. So, esok 31 Ogos merdeka!!! Aku nak test offroad. Tiada plan dgn geng kayuh aku, maka Pulau Meranti adalah destinasi terdekat. Esoknya aku spend selama 3 1/2 jam ride di sekitar Pulau Meranti bersama Ayok & Joe. Last minute mereka join aku XC ride & recce. Ringkasnya fork tu feel semakin bagus time to time. Cukup lembut bila ride di bumpy section. Stiff bila climb tapi active bila hit bump. Aku biarkan travel fork tu di maksimum 160mm most of the time sebab rasa cukup selesa. TST 5 damping aku biarkan terbuka penuh, setting utk long downhill, sebab bila aku set ke All Mountain, fork tu masih terasa agak keras.

Sabtu 01 Ogos aku ke FRIM. Layan solo. Sudah hampir 2 bulan tak jejak kaki ke FRIM. Plan utk 1st time ride di Pipeline singletrack & kemudian Rover trail utk test fork tu di section yg berbatu. Trail Pipeline singletrack bermakna climb naik & patah balik, turun. Agak panjang atas tarmac barulah sampai ke offroad section. Halfway masuk ke situ aku decide utk patah balik since aku rasa tiada yg menarik di situ. Climb aku guna 120mm & downhill 160mm, cukup stabil & relak. Agak lebih selesa utk guna front brake since panjang travel fork tu boleh absorb braking impact dgn lebih baik. Bila memasuki Rover Trail clockwise, aku terkilan. Trail itu sudah diratakan oleh pengurusan FRIM. Ini bermakna laluan yg luas & lebih rata. Semua section2 yg berbatu sudah tiada. Tak dapatlah nak test fork dgn lebih aggresif. So, habis ride tu aku terus balik. Bila fikir feel ride tadi aku adjust air ke 40 psi di main chamber since fork tu dah semakin lembut. Bottom out pressure aku biarkan dahulu.


ATA recomended air pressure (main chamber), aku run 40 psi


Bottom out aku run 75 psi, lower than recomended

Esoknya Ahad 02 Ogos sekali lagi aku ke FRIM. Last minute plan dgn Amir pada malam sebelumnya. Ride tersebut turut disertai oleh Zailani. This time aku nak layan Dream Trail pula. Keluar dari trail tu terus masuk ke Rover Trail menuju ke Bukit Hari. Tapi bila keluar Rover rasa malas pula nak kayuh sampai Steroid Hill. Last2 kayuh & kemudian masuk ke short downhill dari trail Bukit Hari ke 501. Downhill ni agak berlongkang akibat laluan air. Kali ni aku dapat rasa perbezaan ketara fork Marzocchi. Boleh turun lebih laju with less front braking. Less vibration. Lebih mudah control handling & tak perlu risau sgt dgn lopak yg kecil2. Masuk 2nd short DH, aku lepas je bike tu turun, smooth!!!

Selepas 3 hari ride offroad, Marzocchi AM SL 1 ni dah mula keluarkan performance sebenarnya. Makin lama makin bagus. Makin smooth but still, low speed compression belum selembut Revelation but close, very close. Mungkin selepas beberapa sesi 'hard riding' perkara itu akan lebih baik. Perlu lebih masa utk betul2 break in Marzocchi fork. This is just the beginning.

0 comments: