Wednesday, September 12, 2007

Batu Dam Santai Ride 2

Sabtu 08 September 2007. Seperti dijanjikan masa utk Ride Batu Dam long trail sebelum Ramadhan. Pada mulanya tarikh bertukar2 antara Sabtu & Ahad, Frim atau Batu Dam? Akhirnya tetap pada hari Sabtu memandangkan aku tak dapat join pada hari Ahad. Riders yg terlibat rata-rata terdiri dari mereka yg mula2 layan trail Bukit Cermin, Putra Height. Selain aku adalah Sham, Yazid, Lan Anthem, Ejad, Dan, Apai & Adi. 8 orang semuanya.


Dari kiri : Yazid, Lan & Adi sedang bersiap sedia


Ejad sedang check setting basikal Sham

Seperti biasa kami akan bertemu & park kereta berhampiran gate tepi tasik. Permulaan ride seperti biasa, iaitu menyusuri laluan tar menuju ke trailhead.


Sham bersama Giant (Frame lama aku) di permulaan climb pertama


Lan & Adi bersedia utk climb


Climb bermula!!!


Climb menuju pitstop pertama

Selang beberapa minit climb semua sampai di pitstop yg pertama. Memandangkan ada rider yg kurang fit hari tu termasuk yg tidak tidur malam sebelumnya, kami berpecah kepada 2 kumpulan. Apai & Dan memilih utk laluan pendek - descent terus ke sungai. Selainnya memilih utk long trail, maka bermulalah climb yg agak panjang & licin. Akhirnya sampai ke satu anak air sebelum descent yg pertama dan tamat berhampiran sungai.


Yazid & Adi melintasi sungai selepas DH pertama.

Climb selepasnya adalah yg paling perit. Sampai di bahagian tertentu kami terpaksa tolak kerana laluan climb yg bertakuk dgn akar kayu & berbatu. Tidak kurang yg berlongkang. Lebih banyak pokok & ranting kayu yg jatuh termasuk pohon buluh. Akhirnya kami berhenti rehat berhampiran pohon tumbang yg merintangi trail sebelum descent yg terakhir.


Jenis trail yg aku enjoy. Beginilah naik & turun di section yg 'senang'


Raja Rimba!!! Melepak sambil berposing

Downhill terakhir ni cukup mencabar. Aku decide utk jalan dulu. Agak menyesal juga kerana akulah orang pertama yg akan berhadapan dgn perkara2 yg tidak dijangka pada trail berkenaan. Byk pohon buluh tumbang merintangi laluan. Akhirnya selepas melalui satu bahagian yg paling curam & teknikal, berakhirlah descent tersebut. Yazid menyusul kemudian. Ada sedikit kesan luka pada lengan & kaki. Rupa2nya dia terjatuh di tempat aku jatuh beberapa minggu sebelumnya. Keseluruhannya ada 2-3 rider yg jatuh termasuk Ejad yg tersilap ambil line. Selang beberapa minit semua selesai.


Raja Rimba!!! Yazid di exit DH terakhir


Ejad di exit DH terakhir

Kemudian kami menuju ke sungai untuk majlis santai. Apai & Dan telah sedia menunggu. Di sini ada yg layan nasi lemak & roti canai termasuk power stick!


Seperti biasa Lan & Dan mesti layan nasi lemak


Aku & Apai


Double crown T-Bolt & full face helmet kepunyaan Apai.

Hujan kemudian turun renyai2 menyebabkan kami bergegas meneruskan perjalanan. Sampai keluar kami decide utk mandikan basikal di tepi tasik berhampiran pelantar simen. Siap, terus menuju parking. Lan Anthem pula telah bersedia dgn gadget barunya utk mencuci basikal. Selepas relak & enjoy aiskerim, semua beransur pulang. Bekalan terbaik menjelang Ramadhan Al-Mubarak. Selamat berpuasa!


Cara yg betul mencuci basikal seperti yg ditunjukkan oleh Lan Anthem!


Layan aiskrim free dulu sebelum balik. Thanks Adi!!!

More Batu Dam Santai Ride 2 photos : http://www.flickr.com/photos/alimuddin/sets/72157601965770996/detail/

0 comments: