Monday, August 6, 2007

Tg. Malim Ride Suka-suka 2

Aktiviti kali ini lebih kepada percutian famili. So, sampai pada petang Sabtu 04/08/07 di Warisan Heritage Agro Resort, terus ambil kunci chalet. Di chalet terasa agak panas memandangkan tenaga elektrik disalur melalui generator yg hanya beroperasi sekitar pukul 7 petang. Maka, mandilah di sungai berdekatan utk segarkan badan, air memang cukup sejuk sampai terketar2 kedua-dua anak aku.


Inilah chalet tempat aku sekeluarga menginap

Sebahagian yg sampai awal telah keluar menaiki beberapa 4x4 utk survey dan letak tanda pada trail sekitar Selangor. Beberapa jejak harimau Maybank telah dikesan sepanjang aktiviti tersebut.


Bronco sedang memasang penunjuk arah trail. Photo by Kay

Malam selepas makan diadakan sedikit hiburan solo oleh Azri selaku penyanyi & pemain seksofon. Diteruskan pula dengan nyanyian karaoke oleh beberapa rider, hantam sajalah, lagu raya pun ada didendangkan mlm itu. Favourites? Alleycats!!! di'sumbang'kan oleh Bro Enul & Cik Mat. Layan.

Ahad 05/08/07 Riding Time!!!

Jarak Kayuh : 23.72 km + warm-up
Top Speed : 45.2 Km/h (my computer)

Secara dasarnya ride terbahagi 2 iaitu sebelah Perak & Selangor. Cukup menarik kerana trail berhampiran sungai yang merupakan sempadan kedua-dua negeri.

Jadual ride sepatut bermula seawal 8 pagi terpaksa ditangguh berikutan menantikan kehadiran ramai rider dari merata tempat, Ipoh, Puchong, Melawati, Taiping, CRCC dan lain2. Jumlah keseluruhan hampir 30 riders semuanya. Sekitar hampir pukul 10 baru ride bermula. Terdapat dua kenderaan bermotor terlibat sebagai sweeper dan penunjuk arah (Faizal & Aliman). Selain Izani (Man Belon) bersama 4x4 dan Bob selaku photographer.


Aku 2 dari kanan diapit oleh Cik Mat (kanan) & Azri. Photo by Bob

Trail kali ni melibatkan 3 climb yg panjang dipanggil Bukit Lahanat! 1 pada trail Perak & 2 di Selangor. Downhill ada hi-speed & moderate speed termasuk 1 trail singletrack tidak terlalu teknikal di penghujung trail Selangor.


Melalui 4km climb pertama, ramai juga yg pancit disini. Photo by Bob

Trail pertama agak pantas. Climb 4km ramai juga yg sangkut. Sebahagian akan melalui trail terdahulu tetapi disambung ke trail yg baru utk lebih panjang. Terdapat 2 rider yg cedera akibat terjatuh termasuk sebahagian yg terbabas ketika downhill, mungkin kerana terlebih syok layan. Terdapat beberapa tempat yg agak teknikal terutama yg melalui alur air yg mengalir melintasi downhill tersebut. Hampir di penghujung trail inilah aku ditahan oleh 1 apek yg marah kerana kami ride di ladang tersebut. Beliaulah yg mencabut semua penanda trail (apek tersebut telah kena sound keesokkannya dgn orang2 kuat tempatan, beliau telah pun memohon maaf). Sekitar pukul 11.30 selesai ride yg pertama.


Aksi Azri sejurus sebelum start ride trail ke 2

Trail ke 2 lebih perit. Climb yg lebih tinggi & panjang. Sebahagian rider skip trail ni, sebahagian lagi berpatah balik seawal climb yg pertama akibat pancit, termasuk yg memberi pertolongan kepada seorang rider wanita yg kejang otot. Selepas climb pertama terdapat 1 descent sebelum climb ke 2. Climb ke 2 sebahagian besar tolak, hanya 1-2 rider yg lepas. Terdapat 1 lagi descent selepas itu menghala ke singletrack. Dikhabarkan terdapat rider yg terbabas ketika downhill tersebut.


Singletrack yg terdapat dipenghujung trail. Photo by Kay

Memasuki singletrack aku ride agak slow. Ada dalam 4 riders aku bagi potong, sebelum aku cuba kejar semula. Tapi, bukanlah perkara bijak memandangkan dah 3 minggu tak kayuh, semakin menghampiri rider di depan, tiba2 ada 1 titi pendek yg bergoyang2. Aku terus berhenti mengejut kerana ada rider sedang menolak basikal melintasi titi tersebut, time ni la peha aku kejang otot, berhentilah duduk sekejap. Ash datang bagi 'spray gelak' sambil diperhatikan oleh Man Belon. Man Belon pun hairan, masa climb tak pulak kejang otot. Seminit lepas tu bangun dan sambung ride. Aliman & Faizal datang menyusul kemudian. Sempat makan pisang yg Aliman bawak dlm bakul motor. Sekitar pukul 1 tamat lah ride tersebut.

Sejurus itu sedikit demi sedikit riders pulang. Yg menginap enjoy makan tengahari dulu sebelum sebahagian naik 4x4 Man Belon dan mandi berhampiran trail ke 2. Dikhabarkan airnya sejuk & manis. Selepas minum petang barulah semua yg terlibat pulang ke rumah masing2. Satu lagi trip yg cukup menarik.

Tg. Malim Ride Suka-suka 2 Photos Gallery
http://www.flickr.com/photos/alimuddin/sets/72157601298912479/detail/

0 comments: